163

14 2 0
                                        

Aku pakai make up secantik yang boleh. Dah lama aku tak berdandan. Tapi, apa salahnya sekali sekala aku melawa untuk tengok idola aku Taylor Swiss! Aku memakai foundation dan gincu. Saat aku kagum melihat penampilan diri sendiri di cermin, aku terpandang mata Ryan yang ralit memerhatikan aku dari atas katil.

Apabila aku terpandang dia, Ryan boleh sengih melebar!

"Apa tengok-tengok?" Soalku. Tangan kanan masih memegang maskara. Aku pusing sedikit melihat Ryan yang terkekek ketawa. Aku pakai make up nampak pelik ke? Aku ketap bibir. Mungkin tak cantik macam Stella, tapi...ah! Apa aku kisah! Aku nak pergi konsert Taylor Swiss kot!
Ryan bangun dari katil dan berjalan ke arah aku. Dia menarik satu lagi kerusi dan duduk di sebelah aku, melihat barang-barang make up aku di atas meja.

"I was wondering...if you know how to make up, kenapa I don't remember you pakai pergi kerja," katanya.
Aku pandang Ryan.
"I did wear make up," balasku.
"Tapi tak heavy lah, just the basic," kataku selamba.
Ryan kemudian mendekat dengan aku. Terkebil-kebil dia mengamati muka aku.

"Pelik,"
"You did wear the 'heavy' make up. But..." Ryan tenung muka aku. Aku pulak yang rasa tak selesa.

"But apa?" Soalku berundur sedikit. Jangan dekat-dekat.

"But you look the same," katanya. Aku berkerut. Penat aku bersiap, dia boleh kata aku nampak sama.
"As pretty as always," tambahnya dengan sengihan sebelum duduk tegak. Aku gigit bibir bawah dan menahan senyum. Aku kemudian menyapu blusher pada pipi. Rasa togel pula pipi aku tak ada pemerah pipi.

"Eh," katanya.
"I thought you already wore the blush," dia mengusik. Aku juihkan bibir dan menjeling. Damien melihat barang-barang aku sebelum matanya tertarik dengan stiker rama-rama manik yang ada di atas meja.

"Ni nak guna macam mana?" Soalnya musykil. Aku sengih, mencapai stiker itu dari tangannya dan menunjukkan bahawa stiker ini kegunaannya untuk ditampal di kawasan mata.

"Yell, you really suprised me you know. Never thought that you will like all of these,"kata Ryan tenang. Aku tunduk seketika swbelum kembali memandang Ryan.
"Is it ugly on me?" Perlahan aku bersuara. Mungkin bagi Ryan, seorang Yellena tak sesuai memperagakan aksesori yang comel sebegini. Maklumlah, tengok sahaja mula garang aku dekat cermin! Langsung tak sesuai!

"Nope," katanya.
"You're so cute! Let me stick it on you," balasnya mengambil stiker itu kembali. Aku dongak sedikit lantas memejamkan mata untuk beri peluang pada Ryan melekatkan stiker rama-rama itu pada wajahku. Aku pejamkan mata, namun tak terasa sebarang pergerakkan dari Ryan. Jadi aku buka sebelah mata, melihat Ryan mematung memandang aku.

"Oi," tegurku menyedarkan Ryan dari mengelamun di siang hari.

****

"I happy kita macam ini," kata Vlin. Dia senang dengan hubungannya dengan Steve. Tiada sebarang dokumen legeslasi dan mereka bebas bercinta antara satu sama lain. Bahkan, kalau ada yang suruh dia berkahwin sekalipun, mustahil dia akan setuju. Keadaan ketikamini sudah cukuo baik untuk dia dan Steve, buat apa dia mengeruhkan keadaan. Kali terakhir dia berkahwin dengan bekas suaminya Daston satu ketika dahulu, membuatkan Vlin sedar satu perkara.
Mereka lebih baik bercinta berbanding berkahwin. Berkahwin bukan sekadar cinta semata, ianya lebih ke arah tanggungjawab dan perkongsian hidup. Buktinya, setelah dis bercerai dengan Daston, hubungan mereka lebih baik berbanding waktu mereka bersama sebelum ini.

Steve angguk. Dia ikutkan sahaja. Kalau ada berita, dia akan bayar wartawan untuk mereka tutup mulut. Tapi, gosip cinta orang tua sepertinya tidak semenarik artis muda zaman kini.

"Katanya Wang Henderson pecat you dari The League," kata Steve cuba membangkitkan topik. Vlin tidak memberitahunya soal kerja, hal itu dia dengar dari pengawal upahan di syarikat yang memberitahunya.
"Bukan pecat lah, I yang letak jawatan," kata Vlin tenang.

Steve diam. Dia tak ada masalah kalau Vlin tak mahu bekerja sekalipun. Pendapatannya lebih dari mencukupi untuk menyara Vlin. Vlin bukan jenis kaki kikis atau mata duitan yang dia kena angkut pergi beli belah setiap hari.
Melihat wajah bersalah Steve, Vlin tersenyum.
"It's not because of you okay," kata Vlin.

Steve masih laginrasa bersalah, dia percaya yang dia punca Vlin dipecat.

Vlin akhirnya mendengus.

"Actually, I setuju sebab your dad asked me to lead Chia Group legislative team," terang Vlin selamba. Terbuntang mata Steve mendengarnya.
"You agree?" Steve menyoal dalam senyuman gembira. Andai kata Vlin setuju, maksudnya hari-hari dia boleh jumpa Vlin di HQ.
Vlin diam seketika.

"I tak setuju lagi," kata Vlin.

"But, I'll think about it," Vlin memberi pengharapan.

***

"He goes to Singapore for a vacation?" Soal Natasha kepada salah seorang pegawai di jabatan setiausaha.

"Concert Madam," spy itu membetulkan.

"With someone?" Soal Natasha.

"Saya syak someone tu Miss Yell, sebab Miss Yell ambil cuti seminggu," kata spy yang berkhidmat untuk Natasha. Spy itu dengan Yellena tak pernah bercakap walhal mereka satu jabatan. Dia berkhidmat untuk Puan Natasha Chia, CEO besar Chia Department Stores. Lagipun, jawatan Natasha paling besar di situ! Dia harus bijak memilih pihak.

"Are they dating?" Soalan Natasha mencemaskan pekerja yang mendengar. Beberapa orang pekerja berpandangan.

"They are not exactly dating, but seems like..." spy itu mengatur ayat. Nak kata Pengarah Ryan dan Cik Yellena bercinta, mereka tak nampak macam pasangan baru mula bercinta.
Namun, mereka berdua dapat bergaul dengan selesa, macam orang yang dah lama kenal.

Macam mana nak cakap ya?!

"Excuse me!" Natasha mulai mahukan jawapan.

"They're close?" Spy itu menjawab dalam bentuk ayat tanya. Natasha diam seketika. Dia tak tahu motif apa Ryan mendekati Yellena! Tak cukup dengan Vlin yang menjebak abangnya! Dah la si Yellena tunada sejarah dengan Danny! Kebetulan sekalipun, dia tak rasa begitu!

Apa yang buat dia lebih curiga ialah ayah! Tak pernah ayah tawarkan seorang perempuan mengetuai HQ, Chia Group kali ini ayahnya mencemar duli berbuat demikian. Bukan dia tak tahu kebolehan Vlin! Ya! Dia mengakui bahawa Vlin itu genius, tapi dalam masa yang sama, dia tak dapat mengawal rasa cemburu dalam dirinya akan wanita itu!

Ayah tak pernah beri dia peluang! Peluang paling hebat ialah Chia Department Stores, satu entiti berasingan dari Chia Group! Dia nak kerja di HQ jugak!

Natasha merengus! Tak ada sebutir habuk pun alasan untuk dia cari kelemahan Vlin. Vlin bukannya jenis kaki kikis untuk dia label mata duitan! Bahkan, Vlin pernah tolong dia untuk jatuhkan syarikat Ryan dengan pelan projek anti-gagal!

Tapi, kali ini dah lebih! Tak ada sesiapa yang boleh dipercayai melainkan usahanya sendiri!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang