65

13 3 2
                                        

Vlin memberikan aku lampu hijau. Katanya dia sudah berjaya temukan pelabur di kalangan pelanggan khidmat guaman. Aku tak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak, tapi kedengaran sedikit menakutkan.

Ya lah! Lima juta bukan amaun yang sedikit.

"Tak balik rumah sewa?" Soalnya. Aku angguk, mengatakan sekejap lagi aku akan pulang. Aku meletakkan kopi panas di hadapannya.

"Arrange the meeting for me and Ryan Chia," katanya tegas. Aku ketap bibir. Betul lah. Nak melabur mesti nak bersua muka...
Tapi..

Kau serius lah nak jumpa Ryan Chia! Kau kan ada skandal dengan abang dia.

"It's time Yell," katanya. Aku senyap sahaja.
"I'm taking my steps precautiously Yellena," tegasnya sambil minum kopi.

Aku angkat kening. Buat masa ini baik aku ikut sahaja dan jangan gagalkan rancangan Vlin. Bukan senang untuk dia capai tahap ini. Lagipun, aku nak tahu juga kebenaran di sebalik kisah kematian Pak Cik Daston.
"Mana you dapat lima juta? Steve Chia?" Soalku. Vlin senyum gembira. Dia kemudian memandang aku sambil memangku muka.

"Nak tahu?" Soalnya. Aku pandang dia tak berkelip. Kalau nak bagitahu aku dengar.
"Adalah," dia berahsia. Percaya betul klien dengan Vlin sampai boleh amanahkan dia uruskan aset. Wang bernilai lima juta bukannya sedikit.

"Vlin," panggilku tegas. Kalau tak mahu cerita, aku tak nak terlibat!

"Tang Foundation," katanya. Aku telan air liur. Aku masih ingat lagi dengan dua orang tua itu. Sangka aku mereka dah putuskan hubungan dengan Vlin. Ibu bapa pak cik Daston takkan lah nak tolong...

"Yell...duit ni step pertama I nak cari pembunuh husband I. I akan umpan pembunuh dari keluarga Chia tu keluar," katanya. Aku telan air liur. Salah seorang anggota keluarga Chia ialah pembunuh. Sukar nak hadam, tapi itu yang Vlin sembangkan acap kali.
"You tolong I kan?" Soalnya mencapai tangan aku. Aku mendengus. Dengan orang lain, mungkin aku boleh tolak permintaan mereka. Namun, dengan Vlin...aku tak mampu. Aku tahu permainan mental yang dia mainkan, namun aku lebih memilih untuk ikut perintahnya. Nak tak nak, Vlin cuma nak tahu kebenaran.

Walaupun semua orang akan cakap Vlin tokoh manipulasi, psikopath aku tetap pilih untuk sokong Vlin.
Lagipun, Vlin cuma ada aku. Aku pula cuma ada Vlin sebagai keluarga.

Lewat malam itu, aku menghantar pesanan sms kepada Ryan. Aku sudah siapkan tempat pertemuan dan menyatakan setuju untuk menjadi partner dengannya.
Malam itu Stella keluar lagi. Katanya ada shooting tengah malam. Entah sampai bila aku boleh betahan menyewa dengan Stella. Semakin hari dia semakin sibuk. Baru ni dapat offer watak kedua, nanti tak mustahil boleh bawa peranan watak utama. Takkanlah nak duduk kondo sewa dengan aku yang kerja kerani dan hujung minggu kerja Speedmart. Macam tak sama level lah pulak!

***

Ryan duduk di ruang bacaan. Sejak pulang, dia tinggal dengan ayah dan ibu. Dia anak bongsu, jadi kasihan pula dengan orang tua kalau keluar tinggal sendirian.
Mulanya dia nak bersekedudukan dengan Stella. Tapi, sejak Stella dah jadi pelakon dan artis, susah pula dia nak ada dekat dengan Stella macam selalu. Kalau kena tangkap dengan wartawan atau paparazi, nama baik Stella yang akan membusuk.

Cukuplah circle kecil Stella sahaja yang tahu hubungan mereka ketika ini.

Mesej dari Yell dibaca dengan senyuman. Tak sangka Yell akan jumpa pelabur di saat dia sudah buntu dengan semua perkara. Esok, dia akan berjumpa dengan Mak Cik kepada Yellena untuk urusan pelaburan dan meeting pertama.
Gundah pula rasanya. Dia masih ingat bagaimana Yell begitu takut dengan mak cik yang garang! Ryan tarik nafas.

Ini urusan kerja. Tak apa.

"Ryan," satu suara menegur. Danny.

"Apa kau buat kat sini!" Soal Ryan. Sejak pulang dari luar negara beberapa kali sahaja dia terserempak dengan Danny. Danny tinggal di rumah ibu bapanya, jarang pulang ke rumah besar.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang