138

13 2 2
                                        

Aku tersembul di muka pintu pejabat Ryan. Kelihatan dia sedang makan kacang sambil melihat komputer.

"Pres!" Sapaku. Aku tersengih melihat Ryan memandang aku. Dia kemudian menjemput aku masuk. Tanpa disuruh, aku bergegas masuk dan terus duduk di kerusi.
Aku hulurkan fail kajian mengenai beberapa orang pelabur luar negara. Contoh bagaimana pelabur luar dapat meningkatkan produktiviti serta keseimbangan ekonomi dalam negara.

"You look glowing," pujinya.

Aku letak tangan di pipi. Tampak ketara sangatkah kebahagiaan di riak wajahku. Aku tersengih.

"Spill the tea!" Katanya. Ryan kemudian tekan tetikus dan memandang aku. Aku sengih ke arah Ryan, acah malu-malu kucing. Melihat aku yang terpaling acah, dia ketawa sinis.
"Amenda, ceritalah!" Ujarnya.

Aku sengih, menampakkan barisan gigi.

"Danny propose aku!" Aku beritahu Ryan.

Wajah Ryan yang tersenyum sedikit terkejut. Namun, kelihatan dia benar-benar tak menyangka dengan berita yang aku sampaikan.
"Kau scam aku eh," dia sepertinya tidak percaya. Aku pandang Ryan sambil angkat kening. Ryan melepaskan tawa. Terpegun dengan kebenaran kata-kata aku.

"Seriuslah!" Dia mendapatkan kepastian. Aku cepat-cepat angguk kepala. Dia kemudian tersenyum untuk aku, tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.

"Kau terima?" Soalnya. Aku geleng.
"Kau tolak?!" Nadanya sedikit marah bercampur terkejut. Barangkali tak faham mengapa aku boleh menolak lamaran begitu sahaja.

"Tak lah! Aku tak bagi jawapan lagi," jawabku membuatkan Ryan melepaskan nafas lega. Dia pandang aku lama. Aku ketap bibir. Ryan memandang aku tak berkelip, masih menanti apa yang akan terkeluar dari mulut aku.

"I'm positively thinking about it," ujarku. Ryan pandang aku tersenyum.
Ryan angguk kepala, setuju dengan ucapan aku.

"Tu jer nak bagitau!" Kataku lalu bangkit dari kerusi. Fail sudah diserahkan dan aku boleh balik sambung kerja kerani aku. Aku angkat tangan dan minta diri. Saat aku pegang tombol pintu, Ryan memanggil namaku. Buatkan aku berhenti serta merta berpaling ke arahnya.

"Ya?" Soalku. Ada apa-apa lagi yang aku terlupa pasal syarikat ke? Maklumlah, otak aku sekarang terbelah dua! Satu penuh dengan mood gembira, satu lagi penuh dengan mood sedih tak puas hati dengan Chia Storeline.

"Are you happy?" Soalnya. Pelik dengan soalan Ryan, aku hanya balas dengan anggukkan dan sengihan. Ikutkan hati, memang aku tengah bahagia pun!
"Of course!" Jawabku.

***
Seluruh tubuh menggeletar hebat. Dia tak pernah rasa takut. Ini merupakan ketakutan yang nyata. Rasa seram sejuk bercampur cemas, nafas turun naik yang tak keruan membuatkan Stella rasa nak berkurung dalam bilik sahaja.

Stella gigit kuku. Sah! Dia dalam permasalahan besar! Bahkan sekarang, dia cuma boleh mengadu dengan ibu bapanya sahaja!

Dan benda yang paling Stella takut ialah masa depannya. Dia bukan sakit biasa-biasa.
Stella cuba meluruskan rambutnya yang kusut, kelihatan segenggam rambut di tangan. Stella cepat-cepat melihat ke arah cermin. Takut benar kalau tiba-tiba rambut yang panjang mengurai menjadi botak akibat stress dan sakitnya.

Stella mendengus. Macam mana sekalipun dia perlu beritahu Genie agar pembantunya itu boleh muncul dengan solusi!

***

Lama Ryan merenung papan kekunci di atas mejanya. Selepas Yellena keluar dari biliknya membawa berita gembira, dia tak sanggup untuk beritahu yang syarikat tak dapat bertahan lama.

Yell kelihatan cukup gembira dan bahagia sebab dapat lamaran. Takkanlah dia nak musnahkan kegembiraan kawannya itu dengan berita duka. Takkan dia nak minta Yell hold dulu perihal kahwin, kerja kuat dengan mereka untuk bangunkan Shopa kembali!?
Ryan mendengus. Saat itu, Abraham masuk ke dalam biliknya.

"Kau tak cakap dengan Yell lagi ke?" Soal Abraham sebaik sahaja masuk. Ryan senyap. Abraham berselisih dengan Yellena sebentar tadi, tampak macam rakannya itu sedang berbunga dan gembira. Disebabkan dia bergegas, tak sempat nak tegur.

"Aku tak sampai hati lah weh," kata Ryan.
"Kawan tu bahagia sebab Danny propose dia," ujar Ryan.

"Danny propose?" Soal Abraham.
Ryan angguk.
"Yell accepted?" Soal Abraham.
Ryan geleng. Wajah Abraham bertukar muram.

Abraham senyap.
Dia kemudian memandang Ryan. Perihal syarikat nak muflis dan mungkin akan dijual kepada orang lain cuma mereka berdua dan Ben sahaja tahu setakat ini. Bahkan, perihal Yayasan Tang nak tarik dana juga cuma mereka tiga sahaja tahu.  Yellena akhir-akhir ini pulang awal kerana ada pemandu peribadi yang asyik jemput dan hantar dia pulang ke rumah.

"Ryan," panggil Abraham.
"Yell dengan kita tak sama," ucapnya.

Ryan memandang Abraham, menantikan apa yang akan muncul dari pemikiran orang kanannya itu.

"Yell tu perempuan. Macam mana sekalipun, dia akan kahwin...and tanggungjawab her husband to take care of her makan, pakaian, tempat tinggal," kata Abraham.
"Kita lelaki Ryan," ujar Abraham.

"We need to provide," ujar Abraham merujuk kepada keluarganya.

"Yell dah kahwin nanti selamat lah dia. She doesn't need to think that much how to make more money for family. Lagipun, Danny kan second in line after your brother according to the inheritance," jelas Abraham.

"Yell just need to marry him. Dia boleh hidup senang weh," kata Abraham.

"Instead of having her to hustle with us, we should let her go and marry her off to someone like Danny," kata Abraham. Ryan senyap.
"Macam bapak orang pulak kita dua nak kahwinkan si Yellena tu," Abraham ketawa sendirian.
"Lucky her, she's can get marry with a rich prince," komen Abraham.

Tapi hakikatnya memang begitu. Di saat syarikat tengah genting begini, adalah lebih baik Yellena cuci tangan dan kahwin dengan Danny. Macam mana sekalipun, mereka akan habiskan banyak masa untuk bangunkan Shopa semula. Pada waktu ini, Yell akan habiskan masa dengan mereka, padahal ini waktu terbaik untuk dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

"Abraham," panggil Ryan. Abraham segera memandang ke arah Ryan. Ryan tersenyum ke arahnya.
"Yell is not someone like that," ujar Ryan.

"She's not after money or inheritance," kata Ryan tegas.

"She's an independent woman," kata Ryan.

"Not because Danny ada duit ...or Danny tu bakal pewaris Chia Group... or Danny Chia is a prince," tambah Ryan.

"Yellena isn't the lucky one," komen Ryan tegas.

"Danny is the lucky one. Yell is incredible, pretty and so.... nice, she's someone that take care of others people well, despite not showing it to the world. She's gorgeous, amazing and..." Ryan hanya memuji.

"She's someone that understand you the most!" Kata Ryan.

"Ryan," Abraham menyampuk.

"You're in love with her!" Kata Abraham. Ryan terdiam. Sambil dia bercerita tentang Yellena, Ryan hanya tersenyum bahagia. Ryan terkejut dengan pernyataan Abraham. Dia ternganga sedikit, barangkali baru tersedar dengan kelakuannya.

Cinta?

***

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang