56

12 3 0
                                        

Aku diam sahaja. Mesyuarat itu dihadiri oleh Team A dan Danny.

Danny duduk disebelah aku. Fiq dan Jean duduk serentang dengan kami. Ryan duduk di kerusi pengerusi mesyuarat.

"So...both of you are suggesting we sell the game?" Soal Ryan tegas. Fiq angguk.

"Aku tak setuju," kata Ryan.
Fiq ketawa sinis. Jean kekal tenang.

"Memanglah kau tak setuju," kata Fiq.

"How much diaorang scout kau?" Soal Ryan pada Jean. Dia yakin, Gurami terlebih dahulu menghubungi Jean. Ryan kekal tenang.
"What do you think Danny?" Soal Ryan.

Fiq membuat bunyi sarkastik.
"Kau tanya dia buat apa? Dia bukan Team A," kata Fiq.
"Aku tak faham kenapa dua orang keluarga Chia nak ada kat sini," dia masih tak puas hati. Danny mahu bangun tapi aku pantas menghalang. Walaupun Danny bukan sebahagian daripada Team, tetapi dia sudah lama dengan mereka.

"Aku nak jual game. Jean nak terima tawaran scouting tu. Kau je yang masalah sekarang ni," seperti biasa Fiq lebih berkeras berbanding dengan Jean. Aku diam menjeling Ryan yang cukup tenang.

"Ni blood, sweat and tears kita. Please give me some time to find investor," pujuk Ryan. Dua hari dia menghilang, gara-gara cari sponsor. Nasib sahaja Stella memahami kerjayanya.

"It's the same for you. Kalau kita jual kat Kingsoft pun, kau tetap owner game kan," kata Fiq. Ryan kerutkan dahi.
"Kau jangan nak buat bodoh Ryan! Chia Group antara shareholder Kingsoft!" Tegas Fiq. Jean memandang Ryan tajam. Ryan terkelu.

Fiq bangun.
"Enough with the act Ryan!" Pintanya.
"Kalau kau tak percaya yang Chia Group ada dekat belakang Kingsoft, kau cuba tanya Yell!" Kata Fiq. Ryan yang dari tadi tenang memandang aku.

Kini, tugas aku untuk mainkan peranan sebagai satu-satunya perempuan dalam kumpulan. Tugas aku untuk mainkan peranan agar Ryan menjual game ini pada Vlin.
Aku titiskan air mata yang aku tahan. Entah bagaimana aku begitu mudah menipu. Barangkali aku boleh dapat anugerah pelakon terbaik kalau aku belajar berlakon.

"Takkan kau taktau yang Kingsoft partner up dengan Chia Group?" Soalku. Aku cuba "gaslighting" Ryan.
"I don't want to sell the game," kataku mengesat air mata. Danny mengusap belakang aku. Aku seka air mata.

"But Ryan...kita dengan Chia Group, memang tak boleh lawan," tambahku. Aku pecahkan ayatku dengan tangisan. Ryan seperti tersentak.

"We're selling the game!" Ujar Fiq.

"Kita undi," kata Fiq.

"Raise your hand up kalau nak jual game!" Tegas Fiq. Jean angkat tangan. Mereka pandang Ryan dan Yell.
"Yell!" Panggil Fiq.
Aku menyeka air mataku, Danny sudah bengang apabila Fiq tinggi suara dengan aku.

"Stop fucking crying and make a decision Yellena!!!" Jerkah Fiq membuatkan aku terkejut dan menggeletar. Danny segera menarik kolar baju Fiq, kalau tidak ditahan Ryan sudah lekat buku lima di muka lelaki itu.
"Fiq!" Suara keras Ryan menegur. Aku teresak-esak. Benci betul bila aku kena hidup dalam kepura-puraan macam ni! Nangis je lah! Aku memang dah lama tahan pun!

"Can you guys leave Yell out of this? She's just a girl!!!" kata Danny dah bengang apabila Fiq mengherdik perempuan yang dia suka.

"Fine," kata Ryan.
"If you guys want to sell. We sell," katanya. Jean dan Fiq berpandangan setuju. Ryan pandang aku yang masih menangis. Sebelum dia tinggalkan kami, dia sempat tepuk bahu aku agar jangan menangis.

***

Vlin tersenyum membaca mesej Gurami. Dia meneruskan pemindahan nama geran ladang dan diberikan kepada Yellena.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang