"Meeting dismissed kalau takde sapa nak tambah," ujar Ryan setelah membentangkan tatacara pengendalian masalah dengan Kasut Cantik. Aku angguk-angguk sahaja sepanjang mesyuarat. Ryan sendiri yang turun mesyuarat dengan Team Kasut Cantik, jadi aku tak ada benda nak tambah.
"One more Ryan, Yell..." Abraham pecah keheningan mesyuarat yang dah nak tamat. Nicholas jadi terkebil-kebil memandang ke arah kami, masih ada benda yang tak habis lagi ke? Aku pandang Ben sambil berkerut.
"Apa benda?" Ryan pun tak tahu.
"Pasal kau dengan Yell yang orang tengah ship sekarang ni lah~" ayat Abraham lebih kepada memerli. Aku terdiam. Rasa macam nak terus sepak kaki Abraham, tapi aku tahan. Aku dan Ryan berpandangan, bagi kami itu cuma benda bodoh dan gosip murahan sahaja. Tak perlu layan. Stella tak marah, Danny pun tak kisah sebab dia dah biasa kerja begitu.
"For the next single day 11.11 sale, apa kata...korang jadi couple model untuk kempen Shopa?" Cadangnya. Aku jegilkan mata. Ryan pandang Abraham.
"You see, I will come up with the proposal and plan, right now netizen tengah ship korang as couple, kita follow the flow je lah," cadangnya sambil tersengih."Ship cp?" Soal Nicholas.
Ben skrol telefon bimbit."Holy shit! Siap ada #ShopaCouple lah gila!"'kata Ben menekup mulut. Aku terus lihat telefon Ben. Gila! Majalah Exonomic memang sengaja buat macam tu. Aku pandang Ryan sambil berkerut. Aku angkat tangan, betul-betul bengang dengan Exonomic.
"This is too much!" Marahku, menggeleng."Pres, should you come with a statement or social media post saying you had a girlfriend," aku mula mempersoalkan Ryan.
"I don't think so Yell," Ben mencelah. Dia menunjukkan telefon. Ada satu pos daripada Stella.
Living my best life. Please keep my relationship private. Those knows, knows. Focus on work! 💪🏽Now shooting Hi Youth🤣 Thanks for support Starlites🤗
Tercengang aku membaca.Awal lagi Stella di laman sosial peribadi miliknya buat kenyataan. Kemudian, syarikat Stella juga keluarkan kenyataan akan saman mereka yang bercakap dan komen mengenai hubungan Stella.
"Nanti diaorang diam lah tu," Ryan positif. Melihat Ryan positif, aku mendengus berat.
"Right now, kita kena strike while the iron still hot!" Kata Abraham, cuba untuk yakinkan aku dan Ryan dengan idea gila miliknya. Aku garu kepala. Aku tak nak ada kaitan dengan semua ni.
"#BusinessCouple" cadang Nicholas. Aku ingatkan dia tak peduli, tapi dia pun sama naik dengan Abraham.
"#BusinessCouple macam oke," Ryan setuju. Aku nganga mulut. Tak, sekarang ni aku seorang sahaja ke yang rasa benda ni macam tak kena? Ben angguk juga setuju. Gosip murahan macam ni memanglah akan dapat tarik perhatian orang ramai. Aku mencebik, suka hati sahaja.
"Kalau Yell on, aku on je," kata Ryan. Aku nganga, apa benda kau?!
***
Sebelum pulang, aku hantar fail ke bilik Ryan. Dia tersenyum sebaik sahaja melihat aku."Can we talk?" Soalnya. Aku angguk. Tanpa disuruh, aku segera duduk di hadapannya.
"Sorry kalau lately ni buat kau tak selesa," ujarnya. Aku angkat kening. Mesti dia nak cakap pasal gosip yang melanda kami. Bukan sahaja netizen, malah pekerja pejabat, sampai ke guard pun tersengih-sengih bila nampak aku dan Ryan bergandingan bahu.
"It's fine," balasku."Stella okey?" Soalku ingin tahu. Ryan angguk. Ini industri Stella, mesti dia lagi arif berbanding aku.
"Danny?" Soal Ryan beralih padaku. Aku mendengus.
"He doesn't mind. The problem is me," ujarku. Ryan mengangguk mengerti. Dia kenal Danny dari kecil, mestilah dia lagi tahu Danny macam mana orangnya.
"I don't want Danny to get me wrong, you know about Vlin...about..." aku cuba menceritakan. Aku ketap bibir, masih rasa bersalah. Ryan mengeluh perlahan. Dia sengetkan kepala dan tersenyum tawar padaku.
"You really like him aren't you?" Soal Ryan.
"I feel the most happiest when he said he loves me," ujarku.
"I think he makes me happy!" Kataku ceria.
"Yet I do nothing much for him," ujarku lagi."It's fine. Take your time. Lagipun, korang tak sempat nak bercinta puas Danny dah pergi humanitarian mission, so it'll take time," Ryan cuba tenangkan aku.
Aku senyum. Ryan memang pandai pujuk dan buat orang rasa tenang. Dah la dia matang, dan baik.
"Thanks! I feel better,," aku bingkas bangun dan minta diri.
Aku buka pintu.
"Yell..." panggilan Ryan buat aku berpaling 360 darjah semula. Aku pandang Ryan, menanti apa yang dia nak cakap.
"You're not wrong when you said Danny makes you feel the happiest," katanya. Dia senyum padamu.
"But Yellena, you need to remember," katanya tersekat.Aku terkebil-kebil.
"No one gives other people the truly happiness. The things about happiness is...it's lie within you," pesan Ryan.
Aku angguk.
Dalam dunia ni, tak ada orang yang dapat berikan kita kebahagiaan yang sebenar-benarnya melainkan diri sendiri. Bahagia letakknya pada diri sendiri. Tak dinafikan, Ryan memang pandai berkata-kata.
***
"I saw the hashtag~" tak tahu sama ada Vlin perli aku atau dia sekadar buat ayat penyata yang kedengaran menyakitkan telinga. Aku diam tak bercakap.
"Steve siap tanya, you dengan Danny..." belum sempa Vlin habiskan ayat, aku menghentak kaki protes.
"We good!" tegasku. Jujur cakap, aku tak selesa bila orang kenankan aku dengan Ryan. Memanglah semua itu demi publisiti Shopa, dan aku pun tahu konsep cheap marketing boleh pergi jauh. Tapi, itu bukan style aku! Paling penting, kalau nak cheap marketing sekalipun, jangan libatkan aku! Aku pun dah musykil dengan Abraham. Sebelum ini, dia pun anti jugak dengan cheap marketing macam ni, tapi sekarang dia pulak yang siap nak buat plan dan proposal untuk dibentangkan dalam minit mesyuarat yang akan datang! Tak tahulah sama ada dia sekadar nak mengusik atau apa...
Tapi, kalau dia sekadar berniat untuk menyakat, aku minta maaf, aku rasa dia dah melampau dengan gurauan ini.
Kalau dia bukannya niat nak menyakat, sebaliknya serius demi masa depan Shopa, barangkali aku boleh fikir-fikir balik tentang konsep cheap marketing dan perkembangan perniagaan.
Vlin pandang aku dengan senyuman sarkastik. Dia kemudian memeluk aku dari belakang.
"Why? Bukan you dulu suka Ryan ke? It's time now..." bisiknya. Aku ketap bibir. Dah kenapa nak bisik macam setan tepi telinga aku.
"Benda lepas nak ungkit buat apa. I'm good dengan Danny," ujarku tegas.
Vlin memeluk aku erat-erat."Till when? When Danny knows about me and Steve, it's end game Yellena," bisiknya. Aku tarik nafas.
"I don't want to think about that," tegasku.
"By the way Yell, your papa is out of the prison," ujar Vlin. Terasa bagaikan guruh berdentum. Aku diam kaku, memang rasa blur dan tak selesa. Papa yang aku tak ingat sangat.
Aku cuma ingat satu sahaja tentang papa. Dia berdiri di balik kaca, memakai baju biru bernombor dan tengah pegang telefon bercakap dengan nenek. Dia lambai aku, rambutnya warna blonde. Tak macam papa orang lain.
Tapi dah lama aku tak jumpa atau berinteraksi dengannya."Wanna meet him?" Vlin sambil menonton televisyen tanya aku. Cukup kasual dan santai. Tak macam sesuatu benda yang penting. Bagi aku, Vlin agak bijak di situ. Dia tak perlu guna ayat pening kepala panjang lebar, dia bangkitkan hal mengenai papa dalam bentuk santai dan kasual. Di waktu aku tak sangka yang akan dapat soalan mengenai papa.
"No thanks," jawabku perlahan. Papa pun tak cari aku. Barangkali, dia dah mula hidup baharu.
Ya. Dia pun layak cari kebahagiaan sendiri.***

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Storie d'amoreAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...