Danny buka mata apabila cahaya mentari terik menikam matanya. Dia menutup mata dengan telapak tangan. Perlahan dia cuba bergerak namun merasakan lengannya dihempap sesuatu.
Stella.
Danny buka mata. Stella yang tidak berbaju itu sedang tidur nyenyak di atas lengan kirinya. Danny melihat badannya yang tak berpakaian. Kepalanya bagai dihentak dengan besi. Sakit bukan main lagi. Danny cuba ingat apa yang berlaku semalam sehingga dia dan Stella boleh dalam keadaan begini.
Gila! Walaupun mabuk teruk, dia masih boleh ingat satu per satu perilaku tidak senonohnya semalam. Danny cepat menarik lengannya membuatkan Stella terjaga.
"Sakitlah!" Gerutu Stella apabila rambutnya yang panjang mengurai sedikit tertarik dek rentapan tangan Danny. Stella pandang Danny.
"Stella...I..." Danny cuba menjelaskan, namun saat ini nasi sudah jadi bubur.
"Apa?" Balas Stella tenang."Benda dah jadi," kata Stella. Dia melihat kesan air mani di atas cadar putih itu sebelum mendengus. Bukan sekali dua semalam. Mereka separa sedar separa mabuk. Namun, apabila nafsu menguasai diri, mereka dah tak peduli dengan realiti.
Bukan Danny sorang yang bahagia semalam. Dia juga tak kurang bahagianya. Lelaki yang dahulunya menjadi sekadar "crush", semalam berakhir di dalam dakapannya.
Lebih parah lagi, lelaki itu merupakan teman lelaki kawan baiknya sendiri.
Stella memicit lehernya sendiri sambil, menutup badannya dengan selimut sesekali memandang Danny yang tidak berganjak, macam terhentak sesuatu."Chill lah," kata Stella selamba.
"I feel so guilty to Yellena!" Kata Danny.
"You ingat Yell tu baik sangat ke?!" Marah Stella. Dia rasa Danny buat dia macam mainan. Bila dah tak nak, ditolak ketepi. Danny mencapai seluarnya. Dia bergegas menyarungkan baju meninggalkan Stella sendirian di kapal yatch itu.
Stella melihat Danny keluar. Kesan air mani di atas cadar dipandang tak berkelip. Dia masih ingat dengan jelas sentuhan Danny yang membuatkan dia menggila. Dia masih ingat dengan jelas, tembakan dalam yang membuatkan dia mendesah bagaikan tiada hari esok. Belaian dan ciuman yang cukup untuk buatkan dia yang mabuk makin hanyut dalam rasa cinta dan kasih sayang.
Sayangnya. Hari ini, lelaki yang sama memberinya belaian nikmat itu berlari ke arah orang lain.Stella senyum sinis.
Ya ke macam tu?***
Sakit kepala. Barangkali aku akan demam. Vlin awal lagi sudah keluar, dan aku pula macam nak minta MC sahaja hari ini. Kemudian, baru aku ingat yang hari ini merupakan hujung minggu. Kata Vlin, dia nak pergi mendaki pada hari ini. Tak pelik, aktiviti hujung minggu Vlin memang akan terselit aktiviti mendaki.
Bertentangan dengan aku.
Tak tahulah. Sudah beberapa minggu, hujung minggu kami di Shopa tak tenang. Tak tahu macam mana dengan hari ini. Loceng rumah aku ditekan berkali-kali.
Aku segera berlari buka pintu.Mata kami bertaut. Wajah yang aku rindukan muncul. Tak tahu sama ada ini patung ataupun orang yang betul. Dia tersengih di hadapan aku sambil garu kepala. Wajahnya tak berubah langsung, tetap wajah bad boy kacak yang menarik minat ramai wanita.
"Suprise," sapanya. Aku terus ternganga, memandang Danny dengan mata yang terkebil-kebil sebelum memandang anak matanya.
"It's you!" Kataku. Danny membalas pandangan aku.
"Bila you balik tak bagitau I !" Kataku. Aku dapat rasakan Danny sedikit aneh. Kenapa ya?Dia pandang aku.
Aku pandang dia."Danny," panggilku.
"Yell...I..." dia kelihatan serba salah.
Aku capai tangan Danny.
"Kenapa ni?" Soalku dengan senyuman pahit. Melihat wajah tak gembira Danny buat aku sedih dan panik, rasa cemas.
Aku memegang erat tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...