45

16 3 0
                                        

Aku dan Danny berjaya menyelinap keluar. Kami berjalan di sekitar kedai sebelum duduk sahaja di tangga luar. Rumah kedai pejabat kami di tingkat 2, dari tangga kami boleh dengar bunyi musik.

Dah jadi disko ke kat dalam sana? Nasib aku keluar. Aku bukan suka sangat dengan bunyi alunan musik. Tiba-tiba, Danny menampar lengannya kuat. Aku terkejut sedikit.

Kau dah kenapa?

"Nyamuk," balasnya. Dia menunjukkan kesan gigitan nyamuk yang dah kembung padaku. Bintat merah itu bukan satu sebaliknya ada tiga. Hairan! Aku juga ada di situ, tapi nyamuk tak gigit aku pun!

"Kau mesti darah O kan? Nyamuk suka darah O," kataku. Dia angguk. Dah la darah O, pakai baju hitam, berpeluh, memanglah nyamuk suka. Aku buka beg, cuba cari krim nyamuk. Tapi, cuma ada minyak sakit kepala sahaja.
"Nak letak ni?" Soalku. Dia menghulurkan tangan padaku, meminta aku sapukan minyak.

"Hairan betul. Aku pun kat sini, tapi nyamuk tak gigit pulak." Komenku sambil titikan minyak angin padanya. Dia memandang aku lama. Aku sengih. Danny orangnya baik, jadi aku perlu layan dia dengan baik.

Dah la mak cik aku dalam percubaan nak huru harakan hidup keluarga dia.

Mungkin kalau aku baik dengan dia, dia tak adalah benci aku sangat di kemudian hari.
Kot.

"Nyamuk mana boleh gigit you." Katanya menyentuh hujung hidung aku dengan jari telunjuk. Mata kami bertautan. Aku melihat wajah yang jadi gilaan ramai, sampaikan ada yang berebut dengannya! Kacak memanglah dia terpaling kacak. Dengan senyuman menawan, dada bidang, tinggi dan sado, memang dia lah yang paling sempurna.

"I je yang boleh gigit you," dia berkata lagi. Hujung jari telunjuk Danny masih ada di hujung batang hidungku.
"Kau nak gigit aku kat mana?" Entah setan apa yang rasuk sampaikan aku boleh tanya soalan hilang akal macam ni! Aku pun pelik lepas aku cakap macam tu! Mungkin "mood" ketika itu membuatkan aku terikut dengan langkah Danny.

Hujung jari Danny bergerak ke arah bibirku. Dia meletakkan hujung jari telunjuk antara bibir atas dan bawahku.
Matanya memandang hujung jari telunjuk yang ada pada bibirku.

"You'll see. I'll bite you anywhere you like," balasnya, masih lagi dalam mood pelik ini. Aku pun tak faham. Memang lampu dekat tangga tak terlampau terang. Aku duduk satu anak tangga atas daripadanya.
Aku membuka mulut dan menggigit lembut hujung jari Danny.

"Too bad. Aku dah gigit. Haha," kataku kekok. Danny memandang anak mataku sementara hujung jarinya dalam mulut aku!

Woi! Gila!
Aku undur ke belakang. Apa yang aku dah buat! Aku dah tak waras ke? Aku dah tak waras ke macam mana! Apa yang buat aku jadi tak betul macam ni! Muka Danny merah padam! Barangkali dia marah sebab aku gigit jari dia.

Kalut. Aku segera bangun dan masuk kembali ke dalam pejabat.

Setelah itu, aku dah tak pedulikan Danny!

***

Ryan tercari-cari Yell. Stella sedang minum dan bersembang dengan rakan perempuannya. Ryan risau. Dia cuba halang Fiq dari buka muzik, tapi Fiq tak mahu dengar. Sejujurnya, dia risau kalau Yell tak selesa parti ini berubah jadi disko.

"Cari apa?" Soal Rozy melihat Ryan terpusing-pusing.
"Nampak Yell?" Soal Ryan. Rozy diam.

Ini satu hal lagi! Boleh tak Ryan jaga jarak sikit dengan Yell! Lepas ni, kerja kumpulan lagilah dia tak dapat nak halang!

"Keluar dengan Danny," balas Rozy. Ryan kelihatan lega mendengarnya.

"You seems relieved," komen Rozy. Tak sangka pula Ryan akan tenang. Yell sudah cakap, Ryan takkan goyah dengan perasaan pada Stella. Yell pula, dah cakap dia tak kisah sangat pasal Ryan.

Mungkin setakat ni selamat?
Eh....

"Yell tak suka bising macam ni. Danny bawa dia keluar okeylah," komen Ryan. Rozy angguk.
"Prihatin kau kan dekat Yell," komen Rozy. Ryan angguk.

"Yell kan bestie kita," tegas Ryan. Rozy senyum.

Harapnya sekadar bestie sahajalah. Elok juga Yell menyelinap keluar dengan Danny. Mana tahu...

***

Vlin terjaga dari tidur. Kelihatan Steve masih lagi duduk termenung di meja kerja. Suite D'Generouz Hotel Tingkat 16 itu merupakan tempat lepak baharu mereka. Tak perlu risau kantoi dengan Jennifer, kawalan keselamatan dekat sini sangat ketat, tak mudah tembus. Apatah lagi, keluarga D'Generouz baik dengan mereka.

"Apa yang you buat?" Vlin mencapai baju tidur yang tersangkut di kepala katil. Dia mengikat tali baju tidur sebelum berjalan ke arah Steve.
"Perah otak." Jawab Steve.

Vlin menarik kerusi, melihat kertas kerja yang kosong. Dia memandang Steve.

"Tasha already come up with the plan. Tapi...I rasa my ayah won't like it. He hates politician," komen Steve.
"Madam Natasha kan tengah bercinta dengan politician. Make sense dia nak libatkam political company dalam Chia Group," komen Vlin.

"Tu yang I tak nak," sambur Steve. Vlin angguk faham.

"So...you ada idea baru?" Soal Vlin.

"I ingat nak involved in F&B, tapi...dah ada. We need something new and fresh," komen Steve. Dia mengeluh.
"Maybe my ayah right. I don't have the talent to lead the company," komen Steve.

Vlin memegang lengan Steve.
"You yang fikir banyak sangat. Your ayah never said a thing," kata Vlin.
"Don't worry too much about Madam Natasha," Vlin cuba tenangkan.

Steve diam. Dia sikit pun tak terpujuk dengan kata-kata Vlin. Dia mengelus lembut pipi Vlin. Wanita yang sentiasa beri semangat dan cuba menjadi teman terbaik untuknya.

"Kalau you tak da idea sangat...nak dengar proposal I?" Soal Vlin. Mata Steve berubah ingin tahu.
"Gaming industry. Technologies," kata Vlin tersenyum yakin.

"Gaming?" Soal Steve.

Vlin mengeluarkan telefon bimbit. Telefon tekan-tekan itu seperti sudah lama namun masih kukuh.
"You nampak benda ni?" Soal Vlin. Steve angguk.

"I heard, this things will become something important in the future," kata Vlin. Steve memandang ke arah Vlin, tersenyum. Vlin barangkali boleh jadi penyuntik semangat dan pemecah kepada masalahnya.

***

Ryan memandang Danny yang sedang baring di atas katil. Sambil menatap komputer riba dia tersengih-sengih. Ryan sebenarnya sedikit penat kerana mengemas setelah tamat parti mereka. Nasiblah yang lain ada untuk tolong. Danny juga tolong sedikit, tapi pulang lebih awal.

"Apa yang seronok sangat tu!" Soal Ryan, melihat anak saudaranya macam monyet gembira.

Danny menutup komputer riba dan menarik selimut.
"Tak nak bagitahu," katanya lalu menekup muka. Kakinya ditendang tanpa sebab ke udara membuatkan Ryan hanya mampu tersengih kekok.

***
Gembira! Danny gembira dengan cara Yell melayan. Ini baru langkah mula, akan ada banyak lagi perkara yang akan terjadi seterusnya!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang