42

17 2 2
                                    

Danny berpeluk tubuh. Restoran makanan keluarga itu tak berapa ramai orang. Maklumlah, dah agak lewat dari waktu makan tengah hari sebenarnya.

"Kenapa tiba-tiba nak belanja makan?" Terpacul soalan itu dari mulutnya. Aku yang baru gaya nak suap makanan terhenti. Soalan Danny bukanlah tak logik, tapi bila dia tanya sekarang boleh buatkan aku terkedu tak tahu nak balas apa.
"Just to say thank you?" Balasku berbentuk soalan. Danny kerutkan dahi.

Kalau ikut logik akal, seorang Yellena takkan mudah sangat nak belanja Danny makan. Tapi, aku kan nak ucap trimas dekat Danny, jadi aku pun belanja lah dia makan.
Apa yang tak logik kat situ?
Orang buat baik dengan kau, kau pun baik la dengan orang.

What you give, you get back.

"For what?" Kali ini soalan kemahiran berfikir aras tinggi daripada Danny benar-benar mencabar minda aku. Mana taknya, zaman sekolah dahulu aku hafal sahaja buku-buku teks dan buku rujukan! Eh! Sekarang datang kemahiran lain pulak! Aku ni bukan reti berfikir sangat!
"For helping me out," balasku. Sejujur mungkin. Tapi, buat apa aku nak tipu...

Danny memandang aku tak berkelip.
"I helped you?" Soalnya. Polos sahaja riak wajah Danny. Aku ketap bibir. Takkanlah aku nak senaraikan kebaikkan yang dia buat pada aku! Eiii! Meluatnya!
Aku mengetap gigi menjeling Danny. Danny tersenyum sinis.

Kami makan. Senyap sahaja. Sampailah waktu nak bayar.

"Okay. I terima lah niat you nak ucap thanks dekat I dengan belanja makan. But, hari ni biar I yang bayar," katanya. Aku terkebil-kebil. Danny sudah mengeluarkan kad kredit miliknya. Aku juga cepat bawa keluar dompet.
Hello cik abang, kalau kau yang bayar makan tengah hari kita, habis macam mana niat aku nak belanja kau makan? Eh...
"Kan aku cakap, aku belanja," tegasku.

Danny senyum nakal.

"Okay fine. You belanja. Tapi I bayar," tegasnya menghulurkan kad kredit kepada pelayan. Aku tak sempat menghalang. Aku kerutkan dahi. Apa maksud dia, aku belanja dia bayar? Apa dia ingat aku belanja dengan niat ke macam mana? Eh.

"Yell...macam ni lah. I don't want this to end here," ujarnya. Aku terlopong, tak faham. Kau nak cakap apa ni woi?
"Kalau you yang bayar, possibilities untuk kita remain as stranger seems like member after this meal...tu tinggi sangat. I mean, you may feel like kita dah kosong-kosong since you treat me a meal," komen Danny membuatkan aku lagi pening dan pusing!
"I want you to be indebted to me," luahnya. Ha? Aku nganga.
Apa yang kau dapat dengan buat aku rasa terhutang budi dengan kau. Aku garu kepala.

Apa benda mamat ni?

"Aku tak faham la apa yang kau cuba nak cakap," tuturku. Danny senyum.

"I don't want this to be "a meal". I want more," katanya.
Ha? Aku lagi pening! Cuba kau cakap terus terang.

"Okey. I nak you belanja I lagi next time, and next next next next next time," katanya.
Oh, maksud dia lain kali aku kena belanja dia makan lagi lah kan, aku akhirnya angguk.

**

Natasha memandang Steve.
"Mana Jennifer?" Soal Steve. Setelah penat main golf, dia masuk ke kafe. Awalnya, Natasha dan Jennifer sedang minum bersama. Namun, sebaik sahaja Steve habis main golf, kelihatan Natasha sendirian.

"I don't know. Old lady. Maybe penat tunggu you habis," sindirnya. Steve geleng kepala mendengar sindiran Natasha.
Adik perempuannya dan isterinya memang tak sekapal. Setiap kali jumpa pasti akan ada yang masam muka.
Natasha sering menggelarkan Jennifer sebagai perempuan tua, manakala isterinya pula gelarkan Natasha perempuan murah sebab dah banyak kali gagal dalam percintaan.

Steve awalnya mahu buat tak tahu sahaja. Bahkan selama ini dia hanya pura-pura tak ambil peduli. Satu pesanan ringkas dari Vlin membuatkan Steve tersenyum.
Natasha hanya memandangnya. Aneh. Abangnya yang seorang itu jarang tersenyum bahagia. Tak.

Natasha tak pernah lihat abangnya tersenyum bahagia. Baik di hari pernikahan ataupun hari di mana dia dilantik sebagai Vice President Chia Group, tak pernah lagi Natasha melihat wajah abangnya ceria macam tu.

Siapa? Perempuan?

"Tasha...I need to go," kata Steve.

"Nak balik dah ke?" Soal Natasha meletakkan cawan ke atas piring. Dia memandang Steve.

"Ada klien nak jumpa," balas Steve.

Namun, disebabkan arif benar dengan perangai lelaki, Natasha sekali imbas sahaja dah tahu yang abangnya sedang menipu. Natasha Chia, dua kali cerai, bercinta tak usah bagitahulah berapa kali. Sekilas pandang, dah tahu macam mana lelaki menipu. Rasanya, dalam dunia ni, tak ada mana-mana perempuan yang lebih kenal lelaki berbanding Natasha.

Sejujurnya dia rasa kelakar. Jadi, Steve Chia ada perempuan simpanan! Siapa! Siapa yang dah berjaya membolot hati abang yang macam robot tu! Paling penting, siapa yang berani sangat caras suami Jennifer Geo-Chia, pemilik syarikat modelling dan juga merupakan puteri tunggal Geo Construction.

Kelakar!

***

Selepas Ryan menyuruh Rozy tengok-tengokkan Stella dia hanya menurut. Stella masih lagi termenung di atas katil. Ryan pun satu hal. Tiba-tiba sahaja dia suruh tengokkan Stella! Apa pun tak bagitahu kenapa! Tak ada notis! Tak ada pemberitahuan awal. Semuanya kosong sahaja.
Rozy dengan bodohnya menurut, ya lah! Mana nak tahu ada apa-apa yang jadi dengan kawan dia kan!
Kot lah gaduh dengan Ryan!!

Nattie tidak datang bersama, Yell juga entah ke mana hilangnya.

Nattie tak adalah rapat sangat dengan mereka, tapi dia nampaklah sikap Nattie yang tengah cuba nak tarik perhatian mereka tu!

Yell pula...
Yell memang tak akan campur hal kawan-kawan. Kes tempoh hari sewaktu mereka kena maki dengan Jessica. Kes, pensyarah minta dia cakap dengan Stella pasal kehadiran.
Yell jenis yang tak akan campur dengan orang lain.

"Stella, I ingat you kan pernah ambil iklan deodoran! Bila keluar?" Soal Rozy. Dia tiba-tiba teringat yang Stella pernah dengan excited beritahu bahawa dirinya terlibat jadi model iklan deodoran. Bila keluar? Rasanya dah lama juga Stella buat pengambaran. Rozy tak begitu tahu tentang perihal terperinci, namun dia tahu yang Stella pernah cakap pasal tu.

"Oh...tak jadi tu," kata Stella polos.
"Ha? Kenapa?" Soal Rozy kerutkan dahi. Entah apa yang jadi dia tak tahu!

"Ryan tak bagi," ujar Stella pantas. Rozy kerutkan dahi.
Ryan tak bagi? Amboi!
Tapi Ryan bukan jenis yang macam tu...

"Ryan tak bagi?" Soal Rozy macam tak percaya. Ya lah! Ryan yang Rozy kenal bukannya jenis yang akan ...

"Ha'ah. Ryan cakap tak boleh jadi model iklan deodoran, entahlah..." Stella cuba tukar topik. Rozy nganga.
Mungkin betul jugak. Dah jadi model iklan deodoran, mestilah kena seksi tayang ketiak kan, logiklah Ryan tak suka atau tak bagi.

Tapi, tak kahwin lagi dah halang itu ini, kalau kahwin nanti macam mana pulak!

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now