Hanat.
Siapa cakap jadi orang bekerjaya lebih baik daripada jadi pelajar. Ini lah realiti manusia. Bila kecil, tak sabar nak jadi dewasa. Bila dah dewasa, dia nak jadi kanak-kanak balik.Ini semua disebabkan realiti jadi dewasa yang pahit dan memenatkan. Dah lah susah dapat kerja. Dua tahun! Dua tahun aku kerja sebarangan. Mula aku kerja di sebuah syarikat, namun disebabkan masalah dengan rakan sekerja senior, aku tak tahan jadi aku berhenti. Kemudian, aku kerja di Speedmart hingga sekarang. Dah nak dekat setahun.
Sepanjang dua tahun ini, pelbagai perkara terjadi.
Stella menjadi semakin terkenal. Baru-baru ini dia dapat watak sampingan dalam sebuah drama. Watak pembantu dengan serangkap dialog. Kiranya ada kemajuan lah jugak. Selain itu, aku dapat lihat muka Stella di papan iklan. Okeylah. Dan aku sekarang menumpang di kondominium sewa Stella. Okeylah kan.
Danny? Semakin berjaya dengan karier fotografer. Walaupun dia tak dapat lebarkan sayap ke luar negara, tapi dia masih ada job. Danny selalu keluar dengan aku, sambil mengadu yang dia benci kena ambil gambar manusia sedangkan dia nak ambil gambar pemandangan. Studio foto tempat kerjanya juga ada hubung kait dengan syarikat modelling Stella.
Aku tak adalah selalu keluar dengan Danny. Tapi, adalah beberapa kali kami keluar bersama setiap minggu. Kerap lah jugak. Nak buat macam mana, kadang dia muncul dekat kedai, takkan aku nak halau.
Walaupun aku cuba jaga jarak aku dengan Danny, tapi dia tetap berkeras. Aku harap dia tak betul-betul suka dengan aku. Kes dia confess pada aku dulu. Harapnya sekadar kenangan zaman belajarlah!
Aku tak nak kalau dia tahu pasal mak cik aku dengan ayahnya. Itu satu hal lagi!Rozy dan Fiq, masing-masing dah ada kerja tetap. Rozy bekerja sebagai salah seorang pekedai. Walaupun berbeza dengan jurusan, tapi dia tak memilih kerja. Fiq pula asyik tukar-tukar kerja. Tapi, lebih baik berbanding aku yang kerja di Speedmart. Aku tak cakap kerja di Speedmart tak ada masa depan, tapi kalau boleh aku nak lah cari kerja tetap atau buka syarikat aku sendiri.
Tak apa Yell. Kumpul modal dahulu! Semuanya akan okey sahaja.Jean. Yang paling berjaya antara kami. Beberapa hari lepas keluar di dada akhbar dengan pencapaiannya sebagai engineer game termuda Kingsoft Gaming. Dia juga tak nampak cengkung dan selekeh macam dulu, tampak kemas.
Aku rasa, Jean yang aku kenal dahulu bukannya tak kacak. Dia cuma tak ada duit!
Buktinya, sekarang dia ada follower perempuan yang ramai dan siap ada fans account untuk dirinya! Jelaslah, duit bukan sekadar boleh beli semuanya, malahan duit menjamin kebahagiaan seseorang.Ryan. Aku tak tahu.
Sejak berpisah di lapangan terbang, aku cuma tahu yang dia sihat melalui Stella. Ryan bukan orang yang aktif menggunakan media sosial, jadi aku tak boleh nak stalk dia lebih-lebih.
Lagipun, aku dah lupakan Ryan. Maksud aku, aku dah lupakan perasaan bertepuk sebelah tangan dekat Ryan.***
Nganga. Aku memang akan tercengang setiap kali Danny datang ke Speedmart untuk jemput aku balik setelah tamat syif malam. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Pekerja syif seterusnya telah masuk ganti aku.
"Akak, pakwe akak dah sampai," katanya. Memang tak hairan kalau dia ingat Danny tu pakwe aku. Aku pun tak nafikan sebab malas nak jelaskan panjang-panjang.
"Syok lah! Naik BMW!" Komennya. Aku usya BMW Danny. BMW hitam yang selalu usung aku ke sana sini. Sebab aku malas nak cakap banyak, aku balas pekerja itu dengan sengihan bodoh."Hi," sapaku acuh tak acuh. Tak cakap pun nak datang, tiba-tiba muncul. Danny tak cakap banyak, terus peluk aku. Dah la badan dia besar, nak lemas aku dibuatnya. Mataku membundar terkejut, dengan orang lalu lalang lagi. Aku cuba loloskan diri, macam ikan yang baru keluar dari air.
"It's been so hard today," luahnya.
"Let me hug you a bit," bisiknya. Suaranya kedengaran sedikit berat. Aku menepuk belakang Danny. Entah apa yang terjadi sampaikan dia kedengaran begitu sedih. Danny bukan jenis yang akan sedih.
Pelukkan Danny semakin erat. Dia sembamkan muka pada bahu aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...