"You drink too much of his saliva, you let him inside your skirt! And now you're telling me he's keeping a secret from you!" Marah Vlin dicorong telefon. Aku telan air liur seperti biasanya apabila mendengar kata-kata tak bertapis unfiltered dari Vlin.
Tak pelik pun. Aku dah terbiasa. Vlin kalau datang mood period dia, memang akan maki-maki. Tapi, tidak menidakkan bahawa dia antara salah seorang yang menyayangi aku dalam dunia ini.
"Are you done? Sebab I nak turun bawah tengok Ryan," ujarku. Ryan di tingkat bawah menonton drama bersiri. Aku minta pamit sebentar kerana mahu mendengar makian Vlin di corong telefon. Kalau aku tahu nak kena maki, aku mesti takkan angkat telefon, sebaliknya terus berpeluk cuddle dengan Ryan di tingkat bawah.
Kebetulan, Mami Isabella masih belum pulang. Jadi, kami berdua bebas untuk buat perkara suami isteri walaupun di ruang tamu!"The ring? Where did Ryan get the ring?" Soalnya.
Aku senyap, tapi terus ditekan."I tak tau. He didn't tell me the whole story," balasku.
"What are you waiting for!!? Go and ask," katanya.
"Okey," balasku acuh tak acuh."Ask where did he get my ring!" Katanya. Aku angguk sahaja.
"Dengar tak?" Soalnya.
"Dengar," balasku.***
Vlin gigit kuku. Dia memandang ke luar jendela. Saat Steve sedang mandi, dia sempat menelefon Yellena untuk mencari tahu apa yang terjadi kepada Daston.
"Sayang?" Steve menegurnya dari belakang.
"Hmm," balas Vlin dengan senyuman.
"Are we going to drink whiskey tonight?" Soalnya. Vlin angguk sahaja dahulu. Dia mengekori Steve mengambil minuman.
"You rasa idea Isabella tu okey ke?" Soal Vlin. Steve mengambil minuman dan dua buah gelas kaca. Dia kemudian membuka minuman tersebut dan memandang ke arah Vlin.
"Yayasan kebajikan is a good thing to do, we can help many people," ujarnya polos.
"My conglomerates friends also involved dalam yayasan kebajikan," katanya.
"And it's always good to give helps to the needy," tambahnya lalu menuang minuman ke dalam cawan."You're naive," kata Vlin.
"Hm," Steve tak mengerti.
"Just letting you know, most conglomerates used yayasan kebajikan for money laundering purposes," tegur Vlin.
***
"Abang! Tengok apa??" Tegurku sebelum mencium pipi kanan Ryan. Dia tak terkejut, sebaliknya terus menarik aku perlahan agar duduk di sebelahnya. Aku melihat mata Ryan khusyuk menatap kaca televisyen. Drama cina di mana beberapa watak memakai pakaian perisai besi.
Pelakon utama lelaki itu kelihatan tua. Lelaki yang memerankan watak General Ling. Mata Ryan menonton cerita itu dengan khusyuk sampaikan aku berbaring di riba pun tidak dipedulikan.
Seronok sangat ke?
Aku sentuh bahagian jawline Ryan sebelum merayap ke arah lehernya. Dia masih buat biasa sedangkan aku dah cuba bangkitkan nafsu lelakinya. Lama juga aku menggentel cuping telinga Ryan, namun dia tak membalas aku."Abang..." aku kembungkan mulut, dan mencuit pipinya. Dia pantas memegang tangan aku, agar berhenti.
Dia dah tak suka aku ke? Aku rasa sedikit tersentak, apabila Ryan menolak aku."Abang penat lah Princess, abang nak tengok drama ni," ujarnya. Aku tunduk, bangun daripada berbaring di ribanya, berganjak sedikit daripadanya. Aku jeling Ryan, dia masih lagi menonton orang berperisai di kaca televisyen.
Aku yang tak ada perisai ni dia tak nak pulak tengok!
Aku lihat ke arah bahagian dada aku. Sengaja aku tidak memakai pakaian di dalam untuk tarik perhatian dia.
Tapi tak, dia nak tengok jugak orang tua pakai baju perang!Seriously Ryan Chia!
Aku bangun.
Nak tengok sangatkan cerita! Kau tengok lah seorang?!
"You tak nak tengok cerita ni dengan I?" Soalnya polos.
"Tak nak," balasku. Aku berpeluk tubuh memandang ke arahnya. Dia masih khusyuk menonton cerita tanpa menghiraukan aku. Oh, jadi macam ni lah lepas kahwin. Dia dah tak pedulikan aku lagi.
"You tengok sorang-sorang!" Marahku.
"Best kot. Perang," katanya selamba. Aku tercengang. Ryan! Ni namanya nak cari pasal.
"Yang pakai baju perisai tu you nak tengok sangat. I yang takde perisai ni you tak nak tengok! Dah lah! I malas nak cakap dengan you!" Rajukku lalu berlari ke atas.
Usai aku sampai ke bilik, aku paling.
Kosong. Aku terkedu. Sepatutnya Ryan mengejar aku, kami berpelukkan macam baru-baru kahwin. Dia cium ubun-ubun aku dan minta maaf.
Tapi tak.Ah! Cincin Vlin!
Aku kena cari tahu tentang cincin Vlin.Aku berjengket melihat ke arah ruang tamu di bawah,
Ryan masih di ruang tamu menonton drama.***
Disebabkan Ryan masih di ruang tamu, aku kebosanan menantinya di dalam bilik. Arahan Vlin masih lagi mengganggu pemikiran aku. Macam mana aku nak korek kisah silam Ryan sedangkan suami aku tak bagi kerjasama.
Aku buka laci, dan mengambil cincin itu.Macam mana cincin ni boleh ada dekat sini. Aku kerutkan dahi, puas fikir aku masih belum ada jawapan.
Tapi, takkan sebentuk cincin sahaja petunjuknya. Mesti ada benda lain kan?!
Aku pandang ke arah almari pakaian Ryan yang letaknya setentang dengan aku.Tanpa membuang masa, aku terus ke arah almari itu dan membukanya. Satu per satu baju aku selak dan aku buka laci-laci yang ada. Tak ada banyak benda sangat melainkan baju dan pakaiannya.
Tak puas hati. Aku bergerak ke meja kerja Ryan Chia, tak lain tak bukan cuma ada pen dan pembaris besi sahaja. Aku angkat beberapa keping kertas. Satu pun tak menimbulkan kecurigaan di minda aku.Aku duduk di kerusi kerja Ryan. Bosan.
Tak ada bukti. Bahkan, album gambar dia sewaktu kecil pun tak ada. Atas meja kerja Ryan, cuma ada gambar perkahwinan kami dan tiada apa yang mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak. Aku berpusing di atas kerusi Ryan.Aku terpandang almari lampu tidur di sisi katil sebelah Ryan. Segera, aku bangun dan membuka laci tersebut. Album gambar.
Aku nak tahu kenangan Ryan waktu zaman kanak-kanak. Zaman sebelum dia kenal aku. Namun, tak ku jumpa. Yang ada cuma dokumen rasmi, berisi resume dan sijil-sijil penting. Dan sebuah kotak.Kotak apa ni? Aku keluarkan kotak itu dari laci. Belum sempat aku buka, suara Ryan di muka pintu mengejutkan aku.
"Buat apa tu Princess?"
Habis jatuh kotak itu dari pegangan, membuatkan beberapa kotak kecil dan paket di dalamnya jatuh ke atas lantai. Aku terkedu memandang Ryan yang sepertinya sedang menangkap aku lakukan kesalahan jenayah.
"I...i kemas barang. Nak buang barang tak penting," gagap aku menjawab, dan mata aku terpandang barang yang terkeluar dari kotak tersebut.
Seriously?!
Are you kidding me right now?!Kotak kondom dan beberapa paket kondom kecil bertaburan di lantai.
Ryan tersenyum lebar sebelum mendekati aku. Dia membantu aku mengutip barang kepunyaannya dan letakkan kembali ke dalam kotak itu.
"Ni nak buang semua lah ni," komennya nakal memandang aku. Mukanya tampak gembira, di saat aku sudah jegil mata ke arahnya."Naik atas katil tu," arahnya saat tangan cepat mengemas dan diletakkan di atas almari sisi itu. Aku patuh dengan arahan Ryan. Dia kemudian mendekati aku dan mencubit kedua belah pipi aku.
"I should throw away those things bila you cakap you nak cooperate dengan I buat baby," ujarnya.
"Ha?" Aku sedikit terkejut. Lain yang aku cuba buat lain yang jadi ni.
Ryan senyum lebar memandang aku. Dia menyentuh pipi aku dengan lembut sekali.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...