98

9 1 0
                                        

Enchanted- Taylor Swift

Petang itu aku menjemput Vlin di lapangan terbang. Disebabkan Vlin ke luar negeri, jadi akulah yang bergaya menggunakan kereta sport merahnya ke mana-mana.

"How's your business trip?" Soalku.
Vlin pandang aku. Dia kemudian ketawa kuat.

"You percaya I pergi business trip?" Soal Vlin. Aku bundarkan mata ke arahnya. Dah tu kau pergi mana? Kalau kau tak pergi business trip, kau pergi mana sebenarnya! Aku pandang Vlin! Kemudian, dia suruh aku pandang jalan raya, memandu kan!

"Dah tu, where did you go?" Soalku.

"I pergi trip dengan Steve!" Ujarnya.
Aku hampir tertekan brek kereta di tengah lebuh raya. Vlin pandang aku.
"Kau nak bunuh kita ke gila!" Templaknya. Aku teruskan memandu dengan rasa tak puas hati dan marah! Sanggup dia tipu aku! Aku tak pernah rahsiakan apa-apa daripadanya.

"Cuba teka kami pergi mana?" Dengan ceria dia menyoal aku. Aku menjeling. Sekarang masa nak ceria begitukah! Tak ingat tempoh hari atas kapal, bukan main lagi dia menangis teringatkan Daston.

"We go to Paris," ujarnya. Menggeletar aku dibuatnya. Dah la Stella pun dekat Paris jugak!

"Paris?" Soalku.
Dia angguk.

"You don't see Stella? She was there too, shooting," tambahku. Muka Vlin berubah bebal.

"You ingat Paris tu kecil ke?" Soalnya. Jelas, Vlin tak jumpa Stella sewaktu dia di Paris. Tapi, manalah nak tahu kan! Vlin ke sana atas identiti pelancong, Steve Chia juga boleh tahan terkenal. Kalau ada paparazi tak ambil gambar Stella tapi ambil gambar dia dan Steve macam mana?

"You ingat I dengan Steve bodoh sangat ke nak kena tangkap dengan public? Dah berapa tahun kami bersama, mana pernah kantoi!"Vlin tegaskan pada aku penuh keyakinan. Aku diam.

Betul jugak.
Danny pun tak pernah tangkap mereka.

"I bought you a lot. Perfumes, bags..." katanya ceria.
Aku jeling Vlin. Dia tampak senang hati.

"Why are you so happy about?" Soalku. Wajahnya kembali berubah.
"I'm not," tegasnya.

***

Ryan mendengus. Entah mengapa beberapa hari kebelakangan ini dia asyik teringatkan Yellena. Dia masih tak dapat melupakan kecantikkan Yellena memakai gaun putih tempoh hari. Walaupun sebelum itu Yell mengenakan one piece dress hitam yang seksi, namun tak boleh menandingi dress putih  ala pengantin itu.

Gayanya macam suci dan ayu sangat! Senyuman nipis Yell juga turut membuatkan gadis itu tambar bersinar. Setiap kali gadis dengan mata bundar itu merenungnya, jantung Ryan berdegup kencang. Bahkan, degupan jantungnya turut kedengaran begitu kuat! Kan malu macam tu! Walaupun Yell tak perasan yang Ryan sedang tak tentu arah waktu itu, namun dia dapat rasakan yang dia seperti orang tak betul.

Ryan geleng laju-laju! Tak boleh macam ni! Yell cuma kawan, tak lebih dari itu! Lagipun Yell tu teman wanita anak saudaranya, merangkap rakan karib teman wanitanya! Takkanlah sebab Yell cantik untuk ketika itu sahaja, Ryan jatuh hati! Itulah nafsu lelaki! Lelaki ni pantang nampak perempuan cantik sikit!

Ryan melajukan mesin larian. Barangkali dengan berlari lebih laju dia akan lupakan kes dengan Yell tempoh hari.

Telefon Ryan berbunyi. Uncle Johnny.

***

Melihat Vlin gembira menyusun tas tangan dan minyak wangi sedikit sebanyak melegakan perasaan aku. Sejak kejadian atas kapal layar temph hari, mood Vlin sedikit tidak terkawal. Kadang bila malam dia akan menangis tiba-tiba.

Vlin bukanlah seorang yang lemah. Namun begitu, dia juga tidak cukup kuat untuk menghadapi semua yang berlaku. Sebagai keluarga, aku perlu ada untuk menyokong dia. Kami berdua cuma ada satu sama lain sahaja dalam dunia ini.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang