75

22 2 4
                                        

Aku keluar makan tengah hari dengan Danny. Nak buat macam mana, tepat pukul 12 dia dah terpacak dekat lobi bangunan tunggu aku turun. Nak tak nak, aku kena juga ikut dia keluar makan.

Seperti biasa, aku akan pesan nasi goreng cina. Danny pula pesan nasi berlauk biasa. Sambil makan, kami lihat orang lalu lalang.

Aku lihat seorang perempuan dengan anak-anaknya keluar dari kereta. Sambil mulut kunyah makanan, aku pandang mereka. Susahnya jadi perempuan ada anak ramai. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk berada di dalam posisi wanita tersebut.
"Is everything good?" Soal Danny.

"Well...good," balasku.

Jeda.

"Is there something on your mind?" Soalnya, barangkali tak puas hati dengan jawapan samba lewa aku. Aku pandang Danny. Danny memang sentiasa boleh teka yang aku sedang berfikir.

"Just that, semalam bercanggah pendapat dengan Ryan pasal pemilihan jurucakap Shopa," ujarku. Danny mendengar. Danny sentiasa ada untuk dengar luahan perasaan aku.
"Tapi sekarang dah okey," tambahku lagi. Danny angguk. Dia tak memberi sebarang sepatah dua kata, sebaliknya fokus mendengar cerita aku sahaja.

"I should get a car," ujarku apabila terpandang perempuan tadi masuk kereta.

"Tiba-tiba?" Soal Danny, barangkali tak sedar yang aku asyik perhatikan perempuan tadi dengan anak-anaknya yang turun naik kereta.

"Should I buy a house then?" Soalku sekali lagi. Mana lagi okey? Buat loan beli kereta ataupun loan beli rumah. Keadaan kewangan aku ketika ini sebenarnya agak mampu untuk buat pinjaman.

"Well, a house can wait. Bila kita kahwin nanti, kita boleh cari rumah sama-sama," kata Danny selamba. Aku sentap.
Bila kita kahwin? Aku telan air liur. Wajah Danny yang selamba badak itu aku tenung lama-lama. Kau serius ke? Kenapa cakap macam tu! Kau jangan bagi aku letak harapan woi!

Bila kita kahwin nanti...
Ayat Danny terngiang di telinga aku.

***

Stella mengangguk tenang. Ryan berterus terang dengannya bahawa pemilihan model dan jurucakap baru untuk Shopa ada di bawah bidang kuasa Yellena.

"So...you nak cakap, Yell recommend artis lain?" Soal Stella. Ryan tak bagitahu pulak siapa. Tapi, yang pasti bukan dirinya. Yellena tak cakap apa-apa dengan Stella.

"Sayang...I did mention your name during the meeting," terang Ryan.
"I memang nak tolong you sayang," tambah Ryan lagi. Stella diam.

"But, Yell urus syarikat,so..." dalam berterus terang, Ryan menyuarakan pendapatnya. Dia tak mahu dituduh gila kuasa. Saat mereka berkeputusan untuk bekerjasama, awal lagi dah mention. Yell urus syarikat, Ryan akan uruskan RnD.

"But, you're the boss!" Kata Stella. Dia memang teringin nak jadi jurucakap produk. Siapa yang ada dalam kepala Yellena sampaikan Stella yang merupakan rakan baik tidak dipilih. Ryan pandang Stella. Wajahnya sedikit berubah.

"You boss ke Yell yang boss? Kenapa you nak kena ikut Yell pulak? Yell lah yang kena ikut you!" Tegas Stella. Dia tak faham kenapa Ryan mengalah dengan Yellena. Yellena cuma seorang pekerja. Memang lah Yell ada pangkat yang tinggi dalam Shopa, namun Ryan selaku pemegang kuasa veto boleh sahaja buat ikut suka hatinya.

"Memanglah I boss, tapi..." Ryan jadi serba salah. Apa yang Stella cakap itu tak salah. Ryan boleh sahaja bertegas dengan Yell untuk gunakan Stella sebagai jurucakap.
Stella pandang Ryan tak berkelip. Dia mahukan jawapan.

"Sayang, please jangan bagi I pening," rungut Ryan. Dia sudah membuat keputusan untuk percayakan Yell dan Abraham. Sebelum ini dia tak pernah campur tangan dalam urusan syarikat: semuanya Yell dan Abraham uruskan dengan lancar.

Stella merengus. Dia bangun dari sofa.

"Suka hati you lah sayang. Company you, bukan company I. Jangan sampai orang bawah lawan boss," kata Stella.

***

Aku melayan perasaan. Sekali sekala aku tersenyum. Sambil minum kopi, aku pandang ke luar jendela pejabat. Kononnya ambil angin. Tinggi jugak pejabat sewa kami.
Orang lalu lalang di bawah kelihatan begitu kerdil. Mungkin ianya satu titik norma bagi orang yang di atas untuk meludah ke bawah. Macam yang kita tahu, manusia hidup dengan kasta dan kelas. Mereka yang di atas akan meludah ke bawah. Mereka yang di bawah akan melangut ke atas, cuba mencapai langit nun jauh tinggi di sana.

"Bila kita kahwin nanti..."

Ayat Danny terngiang-ngiang bagai halwa di telinga aku. Aku tersenyum. Dia nak kahwin dengan aku? Spontan nya?
Barangkali ini apa yang Rozy rasakan sewaktu Jean melamarnya. Ah, tapi Danny bukan melamar aku pun!

Bahagia? Geli hati!? Tak keruan?

Atau...

Berbunga-bunga?

Entah kenapa aku rasa seperti bahagia, tapi tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Setiap saat aku rasa seperti nak tersenyum, namun aku bukannya bodoh untuk tersenyum tiba-tiba tanpa sebab.

"Yell..." Abraham memanggil.

"Bila kita kahwin nanti..." masih aku teringat kata-kata Danny! Aaaa!!!! Hik! Apa ni! Fokus lah Yellena! Kau berangan kenapa?!

"Yell!" Sergahan Abraham membuatkan aku terkejut. Hampir terlepas mug berisi kopi o yang aku minum.
"Kau melayang sampai mana dah!" Katanya dalam nada tegas, barangkali pelik aku yang jarang mengelamun jadi tak tentu hala.

"Aku..." aku telan air liur, terkebil-kebil seketika. Aduh! Boleh pulak aku layan perasaan sampai ke mana hala! Sempat lagi aku teringat ayat Danny! Sempat lagi aku terasa "berbunga-bunga" walhal aku dekat ofis! Aduh!

"Apa hal?" Sengaja aku ubah topik.

"Team kita dah kawtim dengan Kwan Yul. Dia dah start standby," ujarnya dengan senyuman. Aku angguk sambil tersenyum.

***

Vlin senyum sinis. Rasa kelakar. Dia menemani Natasha keluar beli belah. Mereka tak rapat, namun keadaan membuatkan mereka rapat.

"Heard that my brother belikan you rantai," komen Natasha. Sambil itu dia memegang kasut mahal rekaan LimmyLoo.
"Well..." Vlin angkat kening.

"You tak ambil? So sayang..." kata Natasha,

"I don't date him for money," balas Vlin, kekal tenang. Natasha angkat kening, sambil tersenyum sinis.
Natasha memanggil pelayan kedai. Dia suruh pelayan itu mengambil kasut size baharu untuk Vlin.

"Saiz 7, is that okay?" Tanya Natasha.

"You nak beli untuk I?" Soal Vlin, tak menyangka. Natasha senyum.

"Well...I beli hadiah terima kasih sebab you bagi I proposal Shopa 2.0 tu," kata Natasha. Dia pandang Vlin.
"Fikir balik, you lagi function daripada kak ipar I..." komen Natasha. Vlin ketawa.

"Maaf, Puan. The only size tujuh dah takde stok. Stok kita cuma sepasang sahaja untuk satu-satu kedai. Dah ada customer ambil," terang pelayan kedai. Dia kelihatan takut-takut. Wanita depannya itu popular. Natasha Chia, ada ura-ura mengatakan dia kekasih hati Menteri Ekonomi yang baru, pernah bercinta dengan Freddie Kobayashi, seorang pelakon popular dan mempunyai anak bersama.

"What the hell!" Jerkah Natasha kuat. Melihat gadis kedai itu terkulat-kulat kena marah, Vlin diam sahaja. Dia lebih suka memerhati, dan menjeling keadaan sekeliling. Bila makin teruk, baru dia akan campur, konon memainkan peranan sebagai peguam.

"Dia beli harga ni ke? I bayar lebih! I tak kira, I nak jugak!" Tegas Natasha.
"Tapi Puan.."gadis itu cukup kasihan.

"I don't know. Kerja you! You kena buat," arah Natasha.

"I yang beli, you still nak ke?" Soal satu suara. Natasha dan Vlin serentak memandang.

Jennifer.
Isteri Steve Chia.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang