133

19 1 0
                                        

Aku pandang Danny yang bertegas tak mahu turun. Habis tu; aku kena cepat-cepatlah jumpa Stella sebab Danny tunggu dalam kereta. Aku diam sahaja, sambil tersenyum pahit.

"You tak nak jumpa Stella ke? You dah lama kot dekat Afrika, tak jumpa dia,"pujukku.
"She's an actress! Bukan senang ohh nak jumpa movie star," ujarku.

Danny diam.

"You je lah yang jumpa dia. I tunggu dalam kereta," ujarnya acuh tak acuh.
Aku pandang Danny.
"Okay then," jawabku.

Aku mahu buka pintu kereta, namun tangan Danny laju untuk pegang lengan aku.
"Cepat sikit. Nanti I rindu," balas Danny buatkan aku ketawa.

***

Ryan menerima notis itu awal pagi namun petang dia baru berani buka. Dia dah jangka perkara ini akan berlaku sewaktu dia memutuskan untuk ikut idea Ben dengan cara hack laman web Chia Storeline.
Langkah dia tak adalah begitu bijak.
Memang tak ada trace.

Tapi, satu yang Ben terlepas pandang. Chia Storeline ada Nicholas! Salah seorang yang tahu gerak geri Ryan Chia ketika hacking.
Notis penjualan saham itu membuatkan Ryan mendengus.

Tak sangka Kak Ngah akan jatuhkan dia dengan menggunakan Tang Foundation. Ryan sandar pada kerusi, termenung ke luar ruangan pekerja. Selalu dia akan nampak Yellena terbongkok-bongkok tunduk buat kerja, terkadang tegak macam robot.

Tadi juga, bukan main bahagia lagi kawannya nak jumpa teman lelaki. Berita buruk macam ni buatkan Ryan tak sampai hati nak beritahu Yell walhal dia orang nombor dua Shopa. Tanpa membuang masa, Ryan segera ambil kunci kereta dalam laci. Dia tak boleh ganggu masa Yellena. Teman lelaki kawannya dah balik, lainlah waktu Danny di Afrika dulu. Yell sentiasa ada waktu lapang untuk kerja. Abraham pula dah ada keluarga, tak sesuai untuk dia ajak.

Ben...
Ah...lagi baik dia pergi seorang diri! Ben bukannya boleh membantu! Selain komputer, Ben sangatlah lacking dengan sosial skill.

***

"Caramel Machiato as sorry!" Aku persembahkan minuman di hadapan Stella. Stella tersenyum dan memandang ke arah aku sebelum menyambut cawan itu.
Aku sengih.
Ssisks
"Come in," pelawa Stella. Aki lihat, Genie turut ada. Dia sekadar senyum endah tak endah sahaja padaku, barangkali terlampau khusyuk tonton movie. Rasanya movie itu ada Stella sebagai watak sampingan.

Aku letakkan kedua tapak tangan kehadapan dan minta maaf.
"Sorry, tapi Danny is waiting in the car," beritahu aku. Aku pun tak mahu Danny berdiri terlalu lama.
Muka Stella jadi lain. Aku pandang Stella.

"I did asked him to greet you, nanti lah eh..." ujarku. Danny ni pun satu hal! Dah la Stella ni kawan kita jugak! Sepatutnya, dah dia balik ke sini kenalah tegur or jumpa dengan Stella! Member kot! Dengan Jean dan Rozy aku faham sebab diaorang sibuk dan susah nak jumpa. Stella kawan aku, samalah macam kawan dia jugak!
Ha..ni yang aku nak membebel ni!

"I tak kisah pun tak jumpa Danny," Stella beritahu aku.
Aku kerutkan dahi.

"Later, kita set up double date!" Balasku. Dulu ingat tak macam mana Stella cuba tarik aku dan Danny untuk ikut dia dan Ryan pergi ke pameran lukisan. Sekarang, giliran aku pula untuk plan double date!
"You tau kan...I dengan Ryan..." Stella nampak keberatan.

"Okay! Nanti I set masa!" Balasku tak peduli. Ini peluang untuk Ryan dan Stella berbaik kembali. Aku kena beritahu Ryan supaya dia boleh ambil peluang ini dengan bersungguh-sungguh. Ryan kena cepat pujuk Stella sebelum kawan aku yang seorang ni tawar hati!
Aku tekad! Macam mana Ryan dan Stella tolong aku dengan Danny dahulu, aku akan cuba tolong mereka dalam memperbaiki hubungan tersebut.

***

"You still kawan dengan dia?" Soal Genie melihat Stella membawa caramel machiato masuk ke dalam rumah. Stella pandang Genie.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang