Ini bukan kali pertama aku bertentang mata dengan Puan Besar Chia, ataupun dikenali sebagai Madam Chia. Wajahnya jelas kelihatan penat, mana taknya dah lewat malam kau kejut orang tua tu bangun.
"Kenapa dengan Ryan?" Soalnya sambil menjerit nama Butler Mike. Aku pernah dengar nama Butler Mike, tapi aku belum berjumpa dengan orangnya.
Ryan tinggal di kediaman keluarga, yang dinamakan 福建家Fu Jian Jia, membawa maksud kebahagiaan dan kesihatan. Pertama kali jejakkan kaki ke rumah utama keluarga Chia, sambil disambut oleh pembantu-pembantu rumah serta butler buatkan aku sedar diri bahawa kami datang dari dunia yang berbeza.
Barangkali, bagi Ryan dan Danny, ada butler yang menyambut mereka tak kira waktu setiap kali pulang ke rumah merupakan hal biasa.Tidak bagi aku ataupun Stella.
"Biasanya Ryan tak minum macam ni," serentak aku dan Madam Chia memberi komen. Kami hanya mampu tersenyum sesama sendiri sementara Butler Mike menguruskan Ryan untuk naik ke atas. Okey jugaklah Ryan kalau mabuk. Dia tak buat benda pelik-pelik melainkan blackout dan tidur tak ingat dunia.
Madam Chia garu kepala.
"Saya balik dulu," ujarku.
"You can call me aunty..." ujarnya.
"But, since you're Danny's girlfriend, might as well call me grandma," katanya sambil tersengih. Aku senyum tak ikhlas.Susah gak eh!
Ternyata seluruh ahli keluarga Chia dah tahu yang aku bercinta dengan Danny Chia.
"I'll just call you Madam Chia," balasku.
"More comfortable," tambahku. Dia angguk-angguk."Why you yang hantar Ryan? Gabriel told me he called Ryan's girlfriend," ujarnya.
"It's not convinient for Stella to come," balasku. Wajah Madam Chia berubah. Dia kemudian tersenyum padaku, menyuruh aku tunggu Butler Mike; menanti lelaki itu hantar aku pulang.Walaupun aku menolak, namun Madam Chia tetap sahaja berkeras dengan ideanya. Katanya tak selamat untuk aku pulang bersendirian. Mungkin itu hanyalah sekadar alasan, lagipun aku tahu, dia cuma nak balas budi aku sebab sanggup terkejar-kejar hantar Ryan pulang.
Aku tunduk, melihat Butler Mike sudah bersedia dengan kereta.
"Yellena," panggilan Madam Chia buat aku terhenti.
"You said that you're Danny's girlfriend isn't it?" tak tahu mengapa dia bercakap begitu, aku angguk sahaja. Wajah Madam Chia tenang sahaja.
"Since you're my grandson girlfriend, shouldn't you and Ryan have some limit?" Soalnya.
"Ryan dah ada teman wanita," tambahnya lagi.Sumpah aku cakap, nenek tua ni cakap dengan senyuman buatkan kau rasa seram sejuk. Bunyi dia sangat menusuk, dia jelas tengah perli aku DENGAN SENYUMAN MANIS!
"Even though you both are close, there's should be a limit between worker and boss," tambahnya, masih dengan senyuman yang membuatkan mata dia nampak macam bulan sabit.
Aku telan air liur. Tak faham kenapa semua orang nak sound tentang hubungan aku dan Ryan.
Kecut juga aku kena tegur macam tu.Mungkin bagi mereka, hubungan aku dan Ryan tak normal.
Aku bukannya nak datang sendiri. Stella yang minta tolong. Stella artis, tak boleh lah nak semborono. Lainlah aku.Dalam perjalanan pulang, aku hanya memerhati lampu jalan yang silih ganti. Mungkin ada benarnya kata orang lain, aku patut letak satu garisan halimunan antara aku dan Ryan.
Tapi macam mana? Aku dah setuju untuk berlakon iklan acah couple dengan Ryan.Aku pandang langit yang gelap. Tak ada bulan mahupun bintang.
Mungkin antara aku dan Ryan,macam langit gelap tersebut. Bulan dan bintang sentiasa ada di langit sana. Persoalannya nampak atau tak nampak sahaja. Aku dan Ryan perlu ada garisan. Garisan yang cukup terang agar orang lain tak salah faham yang kami sekadar kawan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantizmAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...