18

19 2 0
                                        

Untung sahaja si kaya Ryan ni bawa kereta, jadi aku menumpang keretanya untuk pergi ke rumah kedai yang diberitahu oleh Stella. Danny senyap dan ikut sahaja, dia juga nampak tak tenang bila aku cakap Stella mungkin dalam bahaya.

Ryan pula?

Aku tak pernah naik kereta selaju ini. Sampaikan aku yang selalunya tenang, rasa macam nak tercabut jantung aku apabila dia menekan hon di persimpangan. Lain macam laju.

Tapi logik juga, kita nak pergi selamatkan orang kan!

"Call polis tak lagi?" Soal Danny. Aku geleng.

"Kau ingat kau wonder woman ke nak pergi selamatkan orang tak call polis!" Makinya. Berdesing telinga aku, tapi apa yang dia cakap ada betulnya.
"Nak cakap apa call polis?" Soalku.

"Member I kena scam? Mungkin diaorang akan kena culik? Kes tak sampai 24jam lagi," sindirku. Aku tak pernah rasa telefon polis akan membantu. Danny mencebik, barangkali setuju dengan pendapat aku. Buat masa ini, kami bertiga masih tak tahu apa yang terjadi. Ryan tak senang duduk, macam cacing kepanasan, memandu pun dah macam pelesit. Aku syak waktu dia langgar lampu trafik tadi mesti kena saman cctv.

Sebaik sahaja tiba, Ryan memarkir kereta di hujung. Kelihatan seorang lelaki yang sedang merokok sedang marah-marah dengan tiga orang lelaki. Aku hulurkan kepala antara kerusi pemandu dan penumpang hadapan.
"Stella kat dalam sana," ujarku.

"Yell, call Stella balik," arah Ryan. Aku hanya menurut, namun Stella tak angkat. Barangkali telefonnya mati atau apa-apa terjadi.

"Tak angkat," kataku. Ryan memejamkan mata, jelas terpancar riak kerisauan di wajahnya.
Aku mencapai kemuncak kerisauan. Segera aku mencuba untuk buka pintu kereta BMW putih itu namun dikunci dari dalam.
"Hoi, bukaklah!" Marahku.

"Kau nak buat apa gila?!" Marah Danny. Aku masih cuba membuka pintu. Ryan pula, berdegil tak mahu bukakan pintu. Aku lihat lelaki-lelaki itu sudah masuk ke dalam rumah kedai. Stella dalam bahaya.

"Ryan! Bukak!" Arahku. Pelik betul pintu kereta ni, bila aku nak buka dia terkunci sendiri!

"Yell! We need a plan!" Kata Ryan, masih rasional hingga saat ini.
"We don't need a plan! Kalau korang takut, korang stay sini," kataku tegas.
Aku takkan bahayakan Stella sementara mereka berdua fikirkan rancangan.

"Kau ada plan ke?" Soal Ryan. Tak habis-habis dengan plan. Aku merentap kolar baju Ryan, jarak wajahnya dengan aku cuma beberapa centimeter sahaja.
"My plan is, kita redah!" Ujarku. Ryan telan air liur. Dia memandang Danny.

Wajah mereka cemas.

Sebenarnya, ada benarnya juga apa yang Danny dan Ryan risaukan. Kita tak tahu sama ada mereka mempunyai senjata atau tidak. Plan aku untuk redah dan terjah bukan sahaja berani tempah maut malahan sangatlah tak berotak.

"Now! Open the door!" Marahku. Ryan cemas. Namun, dia menurut. Aku segera keluar.

Kalau apa-apa jadi pada Stella, memang nahas aku kerjakan orang tersebut!

***

"Tak tukar baju lagi!!!!" Herdikkan lelaki itu membuatkan Stella dan Rozy semakin ketakutan. Beberapa orang lelaki juga masuk, membuatkan Stella sudah menitik air mata.

"Korang bogelkan dia!" Arah lelaki dengan kumis tebal itu. Seorang lelaki mendekati Rozy, manakala dua orang lagi mendekati Stella. Lelaki berkumis tebal itu hanya memerhati dari tepi sambil melihat ke arah kamera yang sudah siap terpasang.

Stella meronta kuat, namun tenaga dua lelaki itu lebih kuat. Baju blaus yang dipakai sedikit terkoyak apabila direntap dengan kasar. Butang baju Stella tercabut.
Berlainan dengan Rozy yang lebih melawan, Rozy berjaya mencakar lengan lelaki itu. Namun, rambutnya pula direntap kasar. Suara tangisan perempuan bergema.

"What the hell is going on!" Suara perempuan bergema. Semua orang terhenti. Baik lelaki yang memegang Stella dan Rozy, baik mangsa dan lelaki berkumis.
Tubuh gadis itu sedikit tembam, tak adalah kecil molek, tak adalah kurus tinggi, tetapi disebabkan dia pendek dan berisi, dia kelihatan besar dengan baju sweater hitam, bentuk badan yang biasa-biasa. Topi hitam dipakai, namun masih menampakkan wajah cerah yang biasa dengan kaca mata. Merah padam mukanya.Rambutnya disanggul kemas ke dalam topi.

Di sisinya, ada dua orang lelaki. Ryan ada di kanan, manakala Danny ada di kiri.
Berbeza dengan dua jejaka kacak itu, Yellena kelihatan lebih bengis dan bila-bila sahaja boleh meletup.

"Yell..." Ryan mendepakan tangan, bagaikan menyuruh Yellena berundur ke belakang apabila melihat keadaan mangsa di dalam bilik itu.

Namun, suara Ryan tidak boleh menghalan seorang Yellena. Yellena lebih pantas berlari, menendang kamera yang sudah di set up, sebelum menghadiahkan tendangan di perut lelaki berkumis. Melihat lelaki itu sudah jatuh, ketiga-tiga orang yang cuba menanggalkan baju Stella dan Rozy segera menyerang mereka bertiga.

Target mereka ialah Yellena.

Namun, apa yang mereka tak tahu ialah Yellena merupakan juara pertandingan MuayThai Junior Championship di samping memegang tali pinggang hitam kelas 7 dalam taekwando.

Ryan terus menerpa ke arah Stella.
"You okay?" Soalnya. Stella terus memeluk Ryan. D saat itu, Danny dan seorang lagi turut beradu tenaga. Habis terbalik meja yang ada, Danny pula ditumbuk dengan kuat di bahagian muka.

Stella menangis sambil memeluk Rozy. Dia berasa selamat apabila Ryan berada dekat dengannya. Yellena pula sempat mengejar lelaki berkumis itu, namun ditolak sehingga tersungkur. Saat Ryan cuba membantu Stella dan Rozy, dua orang yang menyerang menarik Ryan.

"Ryannn!!!" Teriakkan Stella menyebabkan Yellena tak jadi berlari keluar mengejar lelaki berkumis. Yellena memandang ke belakang. Stella dan Rozy masing-masing sedang berpelukkan sementara Danny sedang membalas tumbukkan.

Ryan pula? Kedua belah Ryan dipegang, manakala seorang lagi sedang menumbuk perutnya. Segera, Yellena berlari merempuh lelaki itu hingga tersungkur. Dia menghadiahkan satu tumbukkan pada lelaki yang tersungkur itu sementara Ryan menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kelas judo untuk menterbalikkan lelaki yang memegangnya.

Saat Yellena bangun, Danny dan seorang lagi masih lagi bertumbuk. Kepala Danny berdarah, manakala lelaki itu mengeluarkan pisau.

Pantas, Yellena bangkit dan berlari ke arah Danny dan lelaki itu. Dengan tendangan 360 darjah kelas taekwando, Yellena menendang tepat kepala lelaki itu. Saat kakinya terkena tepat kepala lelaki yang memegang pisau itu, matanya sempat bertentang dengan Danny yang sudah kesakitan dengan kesan luka pada bibir.

Mata mereka bertentangan.

Danny memandang Yellena tak berkelip. Saat itu, dia merasakan perasaan geli di dalam hatinya.

"Call polis!" Herdikkan Ryan menyebabkan Rozy dan Stella terkocoh-kocoh mencari telefon bimbit. Dia menggunakan tali rafia untuk mengikat kedua lelaki yang menyerang mereka. Saat dia pandang ke arah Danny, seorang lelaki sudah terbaring lesu.
Tangan Ryan sedikit sakit, namun dia rasa cuma terkehel sedikit sahaja pergelangan tangan. Mungkin disebabkan dia sudah lama tak prektis judo, jadi bahunya mungkin lari sedikit apabila lawan dengan lelaki tadi.

Tak mengapa. Asalkan Stella selamat.

"Kau okey?" Pantas Yellena mencapai Danny yang sudah terjelepok jatuh. Lelaki yang ada pisau itu sudah pengsan, dan Yellena sempat menendang pisau itu jauh. Bibir Danny luka, dan matanya juga lebam. Badannya sakit dan terasa sengal.

Berbanding dengan dua jejaka kacak itu, Yellena langsung tak terluka walau sedikitpun. Walaupun dia sempat jatuh, namun dia cepat-cepat bangun kembali.
"Okay," balas Danny. Terasa sentuhan lembut Yellena saat gadis itu risau melihat keadaannya. Yellena mengusap pipi Danny, manakaa Danny cuma memandang ke arah gadis itu sahaja.

Jantungnya berdegup hebat.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang