Entah kenapa badan aku rasa lenguh dan kepenatan. Tapi, aku gagahkan juga ikut Natasha masuk ke pejabatnya.
Mukanya mencuka."Later your aunty will come," katanya menyuruh aku menunggu Vlin bersamanya. Aku tak tahu apa yang dia rancangkan. Tapi, jumpa Vlin agak menyeronokkan juga. Selain setelah aku kahwin dia tak balas mesej, hari ini aku boleh ambil kesempatan bertanya, kenapa dia palau aku sejak dua hari ini.
"You will take over tempat Ryan," ujarnya sebaik aku tutup pintu. Aku berkerut tak faham. Aku? Ambil posisi Ryan?
"Papa nak tukar I ke HQ. Ryan will take over Chia Department Stores and Logistic," katanya.
Aku pandang Natasha. Jadi, Ryan akan ambil alih tempat Natasha. Aku diam.
Aku pula? Ditugaskan untuk ambil alih posisi Ryan.Sedangkan lagi ramai pekerja yang umurnya lebih berusia dan matang, lebih berpengalaman untuk posisi Ryan. Kenapa aku yang kena ambil alih?
Aku mendengus.
"Tapi...macam tak sesuai," ujarku berhati-hati, tak mahu membiarkan Natasha salah faham."Apa yang tak sesuai? Sekarang you dah jadi The Youngest Mrs. Chia!" Katanya.
"And you need to agree so I boleh pergi HQ," katanya.Aku garu kepala. Kalau aku minta masa untuk berfikir, nanti apa pula dia akan kutuk aku. Aku tak rasa dia sejenis yang akan suka kalau aku suarakan idea aku. Aku ketap bibir.
"I kena tanya abang dulu," ujarku. Natasha berkerut.
"He'll be okay with it," ujarnya.Aku urut leher. Lenguh, rasa terbeban dengan kerja baharu. Mungkin aku dah terbiasa jadi setiausaha, untuk naik pangkat kerana suami aku merupakan anak pemilik syarikat, rasa serba tak kena sedikit. Aku pandang Natasha.
Aku tak mahu terlampau bergantung pada Ryan dan keluarganya."You need to agree. I nak pergi HQ! Kalau you tak agree, susahlah. Ayah yang nak," katanya.
"Can you give me some time to think?" Soalku.
"I only accept yes as an answer," katanya. Aku angguk.Jeda.
"Ryan told you about Isabella?" Soalnya. Aku angguk.
Natasha mendengus.
"Itu satu hal lagi. Entah ke mana hilangnya, menyusahkan!" Marahnya. Dia bercerita bagaimana dia ingatkan bahawa Mami sudah pulang kembali ke Venice."Err...kak Ngah," panggilku kekok. Dia pandang aku, berkerut. Tak tahu sama ada tak suka mendengar panggilan Kak Ngah ataupun muka dia memang semulajadi suka berkerut.
"Mami kan..." aku atur bicara.
Dia pandang aku."Mami ada kat rumah kitaorang," jujurku. Mulutnya ternganga besar.
***
"Your grandfather asked Yellena to take over Ryan's position in the officee?!!" Tinggi suara Stella. Rasa tak adil sedangkan dia mengahwini bakal pewaris!
Yellena dibenarkan bekerja sebagai jawatan tertinggi, manakala Danny pula akan dihantar ke cawangan luar negara?!"Yell and Ryan boleh monopoli Chia Department Stores and you kena pergi US for it?" Soal Stella.
"Ryan pun pernah kerja kat US. And going there isn't a bad thing," sambil mengemas baju ke dalam bagasi, Danny menenangkan Stella.
"Kalau macam tu I pun nak kerja dekat Chia Group jugak!" Katanya.
Danny berkerut.
"You actress turn mother. How can?!" Marahnya, tak realistik."Excuse me. I dulu belajar business department kot!" Kata Stella sombong.
"You didn't even graduated!" Tambah Danny mengingatkan. Stella merengus kasar. Melihat bagasi-bagasi yang sudah dikemaskan dia rasa tak adil pula dengan layanan keluarga Chia terhadap Danny! Danny anak lelaki kepada CEO Chia Group! Kalau ikutkan, mestilah Danny perlu dapat perhatian lebih!***
"She's stupid...I tell you," Natasha merujuk ke arah aku. Vlin yang baru tiba di pejabat memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.
Aku duduk menggoyangkan kaki, sambil bersandar. Tergendala segala kerja apabila Natasha memaklumkan hal itu kepada Vlin.Dan aku tahu sesuatu. Tujuan Vlin datang ke pejabat bukan sekadar nak hantar dokumen. Dia dan Natasha ada rancangan lain. Kebetulan sahaja aku di sini. Katanya nak hantar dokumen, tapi macam ada perancangan lain.
"Why didn't he booked a hotel for his mami?" Menggeleng Vlin memandang aku.
"Newlyweds shouldn't live with in laws! I talk from experience!" Kata Vlin mendengus tak puas hati."Agree," sambung Natasha.
Vlin yang ada kisah dengan keluarga Daston, manakala Natasha yang pernah berkahwin dua kali menunjukkan pengalaman mereka dalam kehidupan berumah tangga.
"I asked his mami to stay with us," sambutku.
"Bloody!" Maki Vlin.
"Bodoh!" Sambung Natasha. Berada di antara mak cik dan kakak ipar membuatkan aku jadi tercengang apabila kena maki sebegitu rupa! Dah la kedua-dua mereka mampu mengganggu emosi aku.Pintu pejabat Natasha diketuk. Natasha tarik muka sebelum menyuruh orang di luar masuk. Ryan.
"What are you thinking Ryan Chia?" Sembur Natasha apabila Ryan munculkan kepala. Aku tercengang kerana Ryan terus kena serang.
"You know it's not suitable to let your mother to live with your wife. Kalau I tahu you nak buat macam tu, langkah mayat I baru you boleh kahwin dengan Yell," tegas Vlin. Wajahnya merah padam, masam mencuka.
Aku garu kepala dan memandang Ryan yang tunduk bersalah.
"Yell yang tarik mami tinggal dengan kitaorang, and now I can't even chase her out," marah Ryan. Tanpa disuruh dia duduk di kerusi sebelah Vlin. Mukanya merah padam, dan dia bersandar keletihan. Aku memicit lengan Ryan, dia pandang aku kosong sahaja."Kak Ngah la pujuk mami balik vila ke mana ke," pinta Ryan. Natasha mengerutkan dahi, memang dia tak akan setujulah. Vlin kemudian mendengus.
"Benda senang macam ni pun you guys nak suruh Natasha campur tangan?" Perlinya pada kami. Natasha tekup mulut, rasa macam ada penyokong tegar."Louder!" Katanya menepuk tangan.
Aku dan Ryan berpandangan sesama sendiri.
"You guys dah kahwin kan? Benda macam ni you guys kena tanggung sendiri," kata Vlin. Dia pandang aku.
"You pun satu hal. Anything you kena discuss dengan Ryan dulu. You cannot decide it by yourself," marah Vlin padaku.Aku tunduk. Salah aku juga tak dengar cakap Ryan. Ryan dah jelas nak mami tinggal di hotel, aku sebaliknya pula.
Vlin pandang Ryan tegas. Ryan yang mulanya bersandar keletihan ubah posisi."You!" Tegas Vlin.
"You're the husband. You should yse your brain. This woman, sebelah you ni, she's all about emotions! You lah yang kena act rasional with brain!" Marahnya sambil menunjuk ke arah aku. Ryan angguk.***
"Mana boleh macam tu!" Bergegar suara Puan Chia apabila Natasha memaklumkan keberadaan anak perempuan bongsunya di rumah Ryan. Natahsa mendengus dan menggosok cuping telinga.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...