"Is there something you know that I don't know and you want to tell me but you can't?" Aku terus menghentam Ryan dengan soalan. Mana tidaknya, cara dia pandang aku berlainan dua tiga hari ini. Suaranya juga tersekat sewaktu cakap dengan aku. Tak kisahlah waktu kerja atau waktu makan tengah hari. Yang pasti, sesuatu sedang ganggu Ryan tapi dia tak nak bagitahu aku.
"Ha?" Ryan tercengang membalas aku. Spaghetti yang dia hampir suap ke dalam mulutnya, diletakkan kembali. Dia terkebil-kebil, barangkali terkejut dengan pernyataan aku. Aku pandang Ryan minta penjelasan.
"Come on Pres! We've been working together bukan sehari dua," aku menambah. Mendengar hal itu, Ryan tersenyum tawar.
"Ha'ah la kan, dah berapa lama eh?" Dia soal aku kembali. Namun, aku bukannya nak ingat kembali semua ini. Aku cuma nak tahu apa benda yang mengganggu kotak fikiran Ryan sampaikan dia boleh melayang begitu walhal tengah waktu makan."Yell, weekend ni buat apa?" Soalnya. Aku pandang Ryan lama.
"Kau nak suruh aku kerja ke?" Aku buat reaksi meluat sambil kerutkan dahi.
"Free tak?" Soalnya.Aku berfikir.
"Petang aku date dengan Danny, pagi free je. Pagi Danny ada hal," ujarku.
Ryan pandang aku.
"Come to my house," ajaknya.
Aku kerutkan dahi.Kau nak suruh aku jumpa Madam? Tak nak lah aku.
"Tak nak lah," kataku."Aku ada business talk dengan klien. Astu pintu rumah baharu aku sampai. Tak ada orang kat rumah," ujarnya.
"Come on help me out. Aku kan nak pindah rumah... Kita kan bestie!" Dia memujuk.Kejap. Pindah?
"Pindah?" Soalku terkejut.
"Move out from my parents house," jawab Ryan.
"Why?" Nada suara aku meninggi. Ryan tercengang.
"Kau nak kahwin ke?" Soalku tersengih. Aku memandang Ryan nakal. Nak kahwin tak bagitahu aku? Bestie apa macam ni! Aku senyum sinis, namun Ryan tak membalas soalan aku dengan jawapan.
"Well, nak belajar hidup berdikari..I guess," jawabnya menggaru kepala.
Tapi...aku tak percaya!***
Rozy memandang Stella yang sedang mendukung anaknya. Dia diam sahaja melihat Stella kelihatan cukup gembira mendukung bayi.
"I suka lah bau budak kecik," komen Stella. Rozy angguk.
"Kau tunggulah bila kau ada anak esok. Baru kau tau penat jaga budak," balas Rozy. Stella sengih sahaja.
"Yell dah tau?" Soal Rozy. Stella geleng.
"I nak bagitahu, tapi dia macam sibuk" balas Stella.
Rozy mendengus, dia merasakan apa yang berlaku adalah sesuatu yang dinamakan takdir."You kena cakap dengan dia...nanti dia kecil hati," balas Rozy.
***
Aku sedikit sedih apabila Danny beritahu yang dia tak dapat nak keluar dengan aku pada hujung minggu ini kerana ada hal di luar kawasan.
Walaupun sedih, aku cuba memahami kerja Danny.
"Kalau macam tu, tak apa ke I tolong pres I pindah rumah?" Soalku minta izin. Lagi baik aku minta izin Danny sebelum dia dapat tahu dan cemburu tak tentu pasal.
Mengenali Danny, adalah logik sahaja kalau dia cemburu tak tentu pasal."Okay," balas Danny.
"You tak jealous?" Berhati-hati aku menyoal.
Danny senyap."Jealous," jawabnya sepatah. Aku kerutkan dahi.
"Seriously! Pres dengan I sekadar member je," aku bersungguh beritahu Danny. Danny jeling aku."I know," jawabnya.
"If you don't like, I..." Aku garu kepala.
"Pergilah kemas rumah. Cakap dengan Ryan tu dah kira over time. Pau duit dia," Danny ingatkan aku. Aku sengih pada Danny.
"Nanti hasil duit OT...kita gi makan. I belanja," ujarku riang. Danny ketawa mengekek mendengar ucapan aku.***
"Are you being real?" Soal Vlin. Kepalanya terus kesakitan,terasa seperti dicucuk. Steve memandang Vlin, entah kenapa dia pula rasa bersalah.
"I'm so sorry," ujarnya.
Vlin menjeling.
"Sorry for what? It's not even your fault," ujarku perlahan. Vlin mendengus perlahan.
Steve mendengus sebelum memandang Vlin."I tak tau nak cakap apa. Honestly, I speechless," kata Vlin.
***
Johnny menggaru kepala. Cadangan Ryan untuk dia datang bantu lelaki itu pindah rumah bukanlah satu idea yang baik, apatah lagi kata Ryan, Yellena's turut ada di situ.
Namun, dia mengerti niat baik Ryan.
Budak itu cuma mahu dia dan Yellen's berbaik semula. Tak dinafikan, Ryan memang baik dengannya walaupun mengetahui kes jenayah yang dia lakukan dahulu."Cuba berbaik dengan Yell. Kalau Uncle tunggu, sampai bila pun Yell takkan mengalah. Kita sendiri kena terjah masuk kehidupan Yell, baru dia buka ruang untuk kenal kita," dia masih teringat bagaimana Ryan menjelaskan peribadi anak perempuannya.
Aneh sekali. Orang luar seperti Ryan lebih kenal Yellena's berbanding ayah kandungnya sendiri.
***
Tersengih sendirian aku di atas katil. Petang tadi dah telefon, sekarang sebelum tidur call lagi.Flip rambut.
Nampak tak dia rindukan aku.
"Wah, sakit rindu you parah betul ni!" Aku menegur sebaik angkat telefon. Sambil baring peluk bantal peluk, aku tersengih sendirian. Aku dengar tawa manja Danny di corong telefon.
"I need to hear your voice, otherwise I cannot sleep," katanya. Aku pula yang ketawa.
Danny tiba-tiba diam di corong telefon."Danny, kalau you call I untuk diam, better suruh I hantar voice message, then you tekanlah replay button tu," cadangku.
Dia pula mengekek ketawa."You tak tidur lagi? Esok nak pergi part time..." ujarnya.
Aku diam."Nak tidurlah. Tapi, sembang dengan you dulu. I pun sama. Tak dengar your voice, I tak boleh tidur," balasku.
"By the way, you tau ke kenapa Ryan tak ada angin tak ada ribut nak pindah?" Soalku.
"Is he getting married to Stella?" Aku menyoal seperti polis.
Danny diam."Seriuslah Ryan nak kahwin dengan Stella?!" Soalku.
Danny senyap. Barangkali dia tak mahu pecahkan rahsia.
Tapi; aku tak mudah putus asa. Aku akan korek rahsia sampai...."Yell," Danny memotong aku.
"I nak tidur ni. Penat sangat. Selamat malam. I love you," katanya seraya meletak telefon.
Huh? Dah letak!?
Aku tercengang sebentar. Kejap, dia letak telefon macam itu ajeee! Aku nganga sebentar!Senang nya dia letak telefon! Aku terkebil-kebil. Tak apalah. Mungkin dia penat sangat....

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantikaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...