52

13 3 0
                                        

🎵 : 体面 -于文文 tǐ miàn : yǔ wén wén

IGCC.

Pertandingan IGCC dianjurkan dengan penuh gilang gemilang. Ramai pelabur dan beberapa orang daripada syarikat media datang ke booth kami untuk melihat sendiri permainan video yang telah kami berjaya bangunkan. Kehadiran Professor Ju menambahkan lagi seri booth kami. Tak sangka ramai kenalan dia. Hari pertama berlangsung dengan jayanya.

Permainan video kami telah dipatenkan. Jadi, kalau hendak jual mesti dapat persetujuan semua pihak. Tapi, aku tak rasa Ryan akan jual.

Jika kami menang pertandingan ini, kami akan diberi pilihan sama ada melancarkan sendiri permainan ataupun melancarkan permainan ini dibawah syarikat besar.
Bagi orang macam aku, rasanya untuk lancarkan sendiri permainan ini akan makan masa yang lama. Lagipun, wang dana yang diperoleh juga takdalah banyak mana.

"Ramai gak yang datang," bisik Ryan. Aku angguk. Hari ini Ryan kelihatan kacak dengan memakai suit. Ya lah, dia kan ketua dan menjelaskan permainan pada orang, mestilah tampak kemas. Suit hitam dengan baju kemeja hitam, dilengkapi dengan tali leher biru gelap. Rambutnya disikat kebawah, tampak mesra pelanggan. Satu kekurangan pada hari ini ialah, Ryan tidak memakai cermin mata. Sayangnya, aku lagi suka dia berkaca mata.

Mereka bertiga mengenakan baju suit yang kemas. Aku pula memakai blaus putih dan seluar slack hitam agar tampak formal. Hujan renyai-renyai di luar dewan pertandingan. Pertandingan selama tiga hari ini menarik perhatian ramai orang. Lapar pula. Dah pukul 3tapi masih belum makan tengah hari, sudahlah sarapan pun tak makan.

"Lapar weh," kata Fiq. Aku pandang Fiq.

"Aku gi beli makanan. Korang jaga booth," kataku. Fiq memandang aku.
"Hujan tu," balasnya.
"Takpe. Aku ada payung," tunjukku pada payung kecil di belakang beg. Fiq angguk. Jean masih memberi penerangan kepada pengunjung. Aku tahu, antara kami berempat semua orang tengah kelaparan.

"Kalau aku stay pun, bukannya aku cekap sangat nak explain," kataku melihat Jean yang bersungguh memberi penerangan kepada seorang tetamu wanita. Tampak biasa sahaja wanita itu.

"Jom Yell," Ryan mengajak aku membeli makanan.
"Ha! Kau pergi dengan Ryan," kata Fiq sebelum sambung buat kerja menarik pengungjung ke booth kami.

***

"Nama I Gurami," ujar wanita itu. Sekali pandang nampak biasa sahaja. Dia memakai baju blaus kosong bercorak bunga dan seluar jeans. Wajahnya disolek nipis, wanita pertengahan usia yang tak nampak tua.

"Jean. Jean Terry," balas Jean menyambut huluran kartu nama wanita itu. Dia terkejut. Wanita yang kelihatan biasa-biasa itu merupakan CEO Kingsoft Gaming, antara pioneer dalam industri permainan video dan mainan atas talian.
"Siapa yang main core in charge this project. If you don't mind," katanya tersenyum.

Jean menjeling Fiq yang melayan tetamu. Ryan dan Yell keluar pergi cari makanan.

"Idea asal saya dan Ryan. Ryan in charge design, coding. Fiq in charge background and coding while me in charge of coding, characters and design. Yellena market purposes and promotions," kata Jean. Wanita itu angguk perlahan.

"Empat orang je?" Soalnya. Jean angguk.

"This cute character? Was it yours?" Soalnya.
"This cute character nama dia Angie. A very powerful warrior in combat game. Some characters Ryan and Fiq come up with too," kata Jean.

"Very good," puji Gurami.
"Have potential," katanya melihat watak animasi Angie itu.
Game yang mereka cipta. Warrior in BattleLand.Game di mana memerlukan dua tiga pemain dalam satu pasukan menentang pasukan lain secara 2D.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang