This is getting out of hand.
Hampir separuh orang pekerja kami tidak datang kerja. Aku dan Ryan saling berpandangan. Malahan, ada pekerja yang datang juga kemukakan notis berhenti kerja.
Katanya, mereka dapat tawaran yang lebih baik. Dan bila aku soal siasat mereka, katanya Chia Storeline mula menarik pekerja kami.Tengok tu! Masalah betul!
"See, aku dah cakap...sebelum kita kena, baik kita serang. Sekarang kita dah kena serang, dah la nak defend pun susah!" Ben merungut. Ada benar kata Ben, kami tak sempat bertahan dah kena serang. Permainan Natasha Chia memang sukar dijangka. Dia langsung tak bagi tempoh untuk kami bertenang! Mula dia serang syarikat kerjasama, kemudian dia tarik pekerja, dah la Nick pun dia dah ambil.
"Kalau kau nak tengok kita melingkup Ryan...suka hati kau lah," Ben marah tak puas hati. Ryan memandang aku. Aku garu kepala, rasa tak selesa dengan kelakuan Ryan. Ryan tunduk, dia meletakkan tangan di atas bahu Abraham sebelum berlalu pergi. Abraham mengisyaratkan aku agar ikut Ryan.
Ben merengus.
"Dah la! Lunch hour! Aku nak gi makan!" Kata Ben. Dia berjalan ke arah bertentangan dengan Ryan. Abraham mendengus. Ryan keras kepala macam lain, Ben pun tak mahu kalah. Akhirnya, dia ikut Ben.***
Stella memakai mask dan topi. Nasib baik ada Genie tumpangkan dia, jadi dia boleh keluar tanpa disyaki atau diserbu peminat. Niat hari ini adalah untuk ajak Yellena datang ke parti kepulangan Danny.
Hari ini, Danny berurusan dengan pereka dalaman studio.Walaupun Stella sekadar nak tak nak sahaja tolong Danny buat parti; dia tetap lakukan dengan harapan Danny akan nampak dia sebagai seorang wanita yang ada taste dan baik sebab boleh tolong member.
Tak kisahlah. Asalkan dia dah memenuhi kehendak Danny.
Jadi, Stella mahu jemput sendiri Yell. Barangkali dia akan terserempak dengan Ryan, tapi bila tengok waktu rehat..
Mungkin jugak Ryan dah keluar dengan Abraham dan Ben. Tadi dia nampak sendiri Ben keluar. Tapi tak nampak Ryan pun.Suasana pejabat Shopa; Good Systems sdn bhd begitu aneh. Tak ada orang. Memang waktu rehat, tapi selalunya akan ada orang! Tak pernah sunyi begini. Selalunya, Stella perasan yang Yell dan dua tiga orang anak buahnya akan keluar lewat sedikit. Dan semestinya ada lagi beberapa pekerja yang makan di pantri. Ini tidak, pintu utama tak ada orang, meja kerja ada yang dah kosong, ada yang penuh dengan kotak. Ada yang masih semak macam biasa.
Aneh sekali.
Stella cari Yellena. Dia dah mesej yang dia akan datang. Tak tengok mesej ke perempuan ni! Stella pandang pintu bilik Ryan yang sedikit terbuka...Yellena.
Ryan.
Mereka sedang berpelukkan!***
Ryan masuk ke dalam bilik kerjanya. Aku ikut Ryan, tapi taklah rapat sangat. Sengaja aku biarkan pintu itu terbuka sedikit.
Aku mengekori Ryan perlahan. Aku berada dalam jarak dua meter belakang darinya.
"Why..." soalnya. Dia meraup muka."Kenapa bila aku rasa macam aku dah nak berjaya, things just get crumbled down," aku mendengus perlahan.
"Malang gila aku ni," luah Ryan. Aku diam sahaja mendengar. Nampak dia macam nak menangis, tapi diseka air matanya. Orang lelaki, mana nak menangis depan perempuan kan!
Aku mendekati Ryan. Perlahan aku mencapai tangannya.Dia berpaling ke arahku perlahan.
"It's always like that. When I think this gonna work, but no...she's always try to out me," luahnya. Aku pandang Ryan. Aku depakan tangan seluas mungkin."Want a bear hug?" Soalku. Aku pandang Ryan tak berkelip.
"Are you a bear?" Soalnya.Aku garu kepala.
"I can be one," balasku. Ryan tersenyum pahit. Dia memeluk aku dan meletakkan kepalanya di bahagian bahu aku.
Aku menepuk belakang Ryan. Aku tahu dia penat, bengang dan tak puas hati dengan semua benda. Aku tahu dia marah namun dia cuba untuk simpan dalam hati. Perasaan kecewa dan tak puas hati bila ahli keluarga sendiri yang sabotaj syarikatnya sangatlah menyakitkan hati.
Tapi, hal ini tak boleh dikira sebagai sabotaj. Ini perniagaan.
Semua orang berlumba-lumba untuk maju, tak ada tempoh bertenang dalam meniaga."It's annoyed me," bisik Ryan.
"I know," balasku."I'm so pissed off and desperate," tambahnya lagi. Aku masih tepuk belakang Ryan.
"Things will get better soon," aku cuba pujuk, entahlah berkesan atau tak."Really?" Soalnya tak percaya.
"Aku tak tahu weh, aku cakap je," aku berterus terang membuatkan Ryan ketawa sinis.Ryan memandang aku. Dia senyum lantas membetulkan rambut aku yang terurai di pipi ke belakang telinga.
"Thank you, my bear~" katanya. Aku senyum ceria."That's what good friends for!" Aku tunjukkan penumbuk. Ryan membalas penumbuk aku,
"Bestie!" Kataku ceria. Ryan sengih sahaja.
Mungkin dia dah tak heartbroken, aku pun tak pasti.Aku keluar dari bilik tinggalkan Ryan. Tak ada orang. Pintu yang sedikit terbuka aku tarik bagi rapat. Ryan perlu masa untuk bersendirian dan memikirkan rancangan bertahan.
Ketika ini, syarikat kami perlu bertahan untuk terus maju.
Aku perlu buat sesuatu untuk syarikat.Tak... aku tak boleh hubungi Vlin. Vlin yang rancang semua ini dengan mengubahsuai proposal aku! Silap aku letak merata! Kalau aku tak letak merata, aku takkan buka ruang untuk Natasha Chia berjaya kenakan kami sampai macam ni sekali. Semua ini berpunca dari kecuaian aku sendiri.
Aku mendengus. Ryan begitu percaya dengan aku. Tapi aku...
Setiap kali ada sahaja benda yang aku buat di belakang Ryan sampaikan dia bersedih. Aku melepaskan keluhan berat.Aku pandang telefon. Ada dua mesej dari Stella. Mula dia cakap dia nak datang pejabat jumpa aku, tapi tiba-tiba tak jadi pula sebab dia tak nak terserempak dengan Ryan. Katanya nak ajak aku ke yatch parti esok malam.
Sejujurnya aku keberatan. Di saat Ryan dan syarikat tengah ada masalah, takkanlah aku senang lenang nak pergi parti pula.
Tapi, kalau aku tolak nanti Stella tarik muka pulak dengan aku. Masalah kan! Aku kena jaga hati semua pihak.Aku cuma balas ok sahaja kepada Stella. Mungkin esok pembantu-pembantu dia sibuk, jadi dia terpaksa ajak aku ke parti. Gasaklah...
Ikut sajalah Stella, nanti merajuk pula dia. Dah la dia dengan Ryan sekarang berpisah sementara. Takkanlah aku nak sebelahkan Ryan, nanti Stella merajuk pula dengan aku.***
Ryan memandang pintu yang tertutup rapat. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum mengurut dadanya. Berdebar.
Dia rasa jantungnya berdebar sebaik sahaja memeluk Yellena! Perasaan yang dia tak pernah rasakan sebelum ini.Ryan telan air liur. Masih teringat peristiwa dia mencium Yellena sewaktu mereka dikejar oleh orang tak dikenali. Ryan mengurut leher.
Anyone but Yellena!
Dah la Si Yellena tu girlfriend anak saudaranya Danny! Dalam erti kata lain, Yell bakal jadi ahli keluarganya di masa akan datang! Memanglah sekarang dia ada masalah dengan Stella, tapi tak bermakna dia boleh berubah hati suka-suka macam ni!
Mungkin juga semua ini disebabkan dia berpisah sementara dengan Stella, jadi hati lelakinya mudah sangat sangkut dengan perempuan!
Tapi, nak sangkut pun pada-pada lah!Ryan tarik nafas. Dia jadi teringat peristiwa mereka tunggu hujan reda pada hari mereka kena present pasal game. Masih teringat bentuk badan Yellena disebalik baju putih yang terkena air hujan. Tak lupa juga ciuman hangat mereka di ruangan sempit ketika dikejar orang tak dikenali.
Gila!
Kenapa boleh teringat semua benda alah ni!
Ingat sikit! Yellena tu tak lebih, dia cuma kawan! Kawan baik! Bestie!
Ryan meraup muka!Gila!

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...