Stella merengus. Mendengar dan melihat gambar bukti dari Genie buatkan dia semakin berasap.
"What else they can do? They sure did it!" Kata Genie. Tak siasat tak tanya, pandai-pandai bagi kesimpulan.
"Well, people don't check in hotel because of mesyuarat pejabat, yang obviously ada bilik mesyuarat dekat office," tegas Genie. Dia yakin, hubungan Ryan dan Yellena bukan biasa-biasa. Ada sesuatu antara mereka. Sesuatu yang dia tak mahu cakap.Prang!!!!
Berterabur habis barang-barang make up. Genie sentap. Pertama kali melihat Stella hilang kawalan. Tak sangka, cik pelakon yang selalu tampak baik dan polos itu ada sisi lempar barang kalau mengamuk."Ryan dengan Yell bukan macam tu," tegasnya. Dia ketap gigi memandang Genie. Wajah ayu Stella bertukar garang. Merah padam. Pertama kali Genie melihat riak muka Cik Stella yang selalu tersenyum bagaikan bidadari hilang kawalan. Stella kemudian memandang tajam ke arah Genie.
"Jangan buat cerita," ujarnya tegas. Genie mengetap bibir. Hello! Dia cuma sampaikan apa yang dia nampak! Jangan satu hari nanti kau kecewa kena tikam dengan boy-friend dan rakan baik sendiri. Bukan sekali dua dia dengar cerita teman lelaki orang kena rembat dengan kawan sendiri. Perkara itu banyak berlaku, dah jadi tak asing lagi! Stella memandang cermin. Dia mencapai sikat rambut dan menyikat rambutnya yang ikal mayang.
"Lagipun, Yell isn't my match," ujarnya. Genie memandang Stella! Bapak menakutkan sial! Sambil sikat rambut, dia pandang cermin, narsistik jugaklah! Dah la barang berterabur dia buat tak endah.
"Kalau Ryan nak suka Yell, dah lama dia suka. Tapi tak. Ryan Chia choose me," kata Stella yakin.Dia masih sikat rambut.
"The only person yang pilih Yell is Danny," kata Stella.
"But I think it won't last," ujarnya lagi. Stella memegang pipinya.
"If Danny knows that Yell is nothing but a scandal enabler, he won't sit back," ujarnya.Scandal enabler. Bukan Yell yang buat skandal. Tapi, dia tak menghalang skandal antara mak cik dan bapa Danny. Itu jadikan dia rakan subahat. Stella dari dahulu lagi tak suka penyondol rumah tangga orang! Tambahan lagi, penyondol yang acah bagus macam mak cik Vlin. Acah dia terpaling hebat, hakikatnya cuma mistress perempuan simpanan! Dia dah banyak kena dalam industri; kenal rakan sekerja yang tak ada apa-apa kena cap penyondol. Sedangkan mereka bukan! Bahkan; ada penyodol macam mak cik Vlin yang berleluasa tapi tak kena apa-apa.
Sebab.
Dia bukan artis. Dia orang hebat yang ada kerja bagus. Sebab tu dia menyondol pun orang tak kata apa-apa! Cuba artis macam Stella yang jadi penyondol. Habis dimaki berketurunan!Dan untuk hal itu, dia tak setuju dengan Yellena yang diam tak bertindak! Fikir balik, Yell memang orangnya begitu. Hal orang lain, kalut campur tangan. Hal mak cik sendiri, dia buat tak kisah! Kalau Danny tahu, mesti porak peranda hubungan mereka! Stella ketawa kecil. Kelakar lah pulak. Padan muka Danny! Dulu waktu Stella minat dengan dia, bukan main sombong lagi! Sekarang, rasakan kena khianat dengan makwe sendiri!
Genie telan air liur! Bapak seram perempuan muka anak patung itu. Dulu dia selalu ingat bahawa Cik Stella seorang bidadari dengan muka anak patung, sangat brittle dan perlu berhati-hati, macam jaga barang mudah pecah. Genie layan dia baik, lembut sahaja tutur kata! Tak sangka ada Annabelle disebalik wajah lembut bak bidadari itu!
Gila!
***Pelancaran Chia Storeline, kami dapat tahu menerusi televisyen yang ada di ruang rehat pejabat. Abraham senyap, berpeluk tubuh. Aku diam, tak terkata apa-apa. Kalau mereka tahu idea asal untuk Chia Storeline bermula dari aku, dan diolah oleh Vlin, mampus.
Dan paling penting, Ryan.
Dia tampak tenang. Namun, setenang air mengalir jangan disangka tidak ada buaya. Dia tampak rileks, namun telinganya merah teruk. Dia diam sahaja, melihat pelancaran di televisyen, disempurnakan oleh bapanya, dan mengangkat Natasha sebagai teraju utama.
Televisyen masih terbuka. Ryan kemudian memandang aku dan Abraham.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
عاطفيةAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...