36

21 3 0
                                    

Sewaktu melintas ke bilik persatuan pelajar, seseorang menarik tangan aku ke tangga keselamatan.

Danny.

Aku memandang wajah itu tak berkelip. Wajah kacak itu kelihatan muram dan risau. Barangkali dia malu dengan kejadian sebentar tadi. Alang-alang dah jumpa, aku perlu tanya macam mana sweater dia boleh ada pada aku? Dia kah yang datang dan selimutkan aku semalam! Kenapa dia datang? Macam mana dia datang.

"I'm so sorry Yell," ujarnya. Apahal pulak?

"I tak sangka Jessica buat macam tu," katanya. Aku mendengus. Salah orang ni. Kalau nak minta maaf, dia perlu minta maaf pada Stella sebab kawan tu kena tarik rambut sebab salah faham. Kedua, dia kena minta maaf dengan Jessica sebab dah bagi harapan.

Orang lelaki memang macam tu, dia acah macam bagi harapan, bila dah dapat, dia tolak.

"Kenapa minta maaf dekat aku pulak," soalku. Macam tak kena saja minta maaf dengan aku.
"I tak nak you salah faham." Selamba balasnya.

Eh, mamat ni! Dia tak sedar ke salah dia kat mana?

"Excuse me," ujarku. Danny memandang aku.
"Kau sedar tak salah kau apa sebenarnya. Kau tak patut minta maaf dengan aku. Aku tak da kaitan," ujarku lantang. Aku mendengus bila lihat mukanya yang terkebil-kebil.

Tak faham lagi ke?

"Kau bagi harapan dekat Jessica. Bila dia suka engkau, kau boleh pulak tolak dia," ujarku.
"Lain kali, kalau kau tak nak ada komitmen dalam hubungan, kau jangan bagi orang harapan," ujarku lantang.

"Yell, I tak bagi dia harapan," katanya memegang kedua belah tangan aku.

Aku menolak, tak suka di sentuh.

"It's seems not like that to me," ujarku tegas.
"Maybe kau kena minta maaf dengan Jessica. I don't know," ujarku tak mahu masuk campur.

"But Yell...I..." dia cuba menjelaskan situasinya. Aku mendengus. Tak kiralah situasi apa sekalipun. Dia pernah baik dengan Jessica sampai kawan tu salah faham dan letak harapan.
Lain dengan Ryan. Ryan baik dengan aku, tapi awal lagi dia dah bagi tahu yang aku dan Ryan takkan ada harapan sebab Ryan suka kawan baik aku, Stella.

Aku je yang letak harapan!

Danny pulak, dia bagi Jessica harapan menggunung. Kemudian, dia hilang macam tu je, sebab katanya dia dah ada orang baru. Tak tahu lah siapa yang dia suka tu! Tapi, kalau sampai kena bergaduh, baik kirim salam sahaja.
Tak kuasa lah nak berebut lelaki.

"Tak faham betul. Kau ingat kau hot sangat ke nak suruh perempuan bergaduh sebab engkau," perliku. Danny tersentak hebat. Dia memandang aku.

"I tak pernah fikir macam tu," nafinya. Dia berdiri tegak memandang aku.
Aku ketawa sinis. Ya lah tu. Lelaki kan. Mana lah aku nak tahu.

"Be responsible will ya?" Ujarku lalu meninggalkan Danny keseorangan di tangga keselamatan.

Play victim. Macam dia nak cakap Jessica yang lebih-lebih. Aku ingat lagi, sewaktu dia tak rapat dengan kami, dia ke mana-mana selalu dengan Jessica dan beberapa orang kawan lelaki. Sejak kes Stella hari tu sahaja dia mula lepak dengan kami. Mestilah Jessica angin, ingatkan ada harapan tapi dimusnahkan begitu sahaja.

Tak bertanggungjawab. Aku paling tak suka orang tak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan. Kalau bukan salah dia sekalipun, dia patutnya letak garisan yang jelas antara dia dengan Jessica. Ini tidak!

***
Ryan menolak pintu. Yellena sedang menghadap komputer riba. Sebelum ini mereka akan lepak untuk siapkan kerja persatuan di perpustakaan, namun sejak Ryan dapat naik jadi presiden, dia dan Yell sudah ada meja sendiri.

"Pres, aku dah settle kan buku program untuk majlis perpisahan dengan pensyarah tu," kata Yell. Ryan angguk sahaja.

"Kau okey ke?" Soal Ryan. Yellena memandang Ryan, tidak berkelip, bagaikan tak faham apa yang Ryan sedang cakapkan.
"Maksud aku hal Danny dengan Stella tadi," ujarnya. Yellena memandang Ryan tanpa riaksi.

"Okey je. Stella yang tak okey. Kau nampak kan rambut dia kena rentap macam mana," kata Yell. Ryan senyap.
"Stella okey?" Soal Yell ringkas. Ryan angguk. Tadi dia dah hantar Stella balik ke asrama. Nasib baik ada Rozy nak teman.

Kini, satu kampus dah kecoh tentang hubungan dia dengan Stella. Baru gaya nak secret sikit. Yellena terus membuat kerja, barangkali tak terfikir pun tentang kes Danny dan Jessica.

"Yell, kau nak join tak kalau aku buat team?" Soal Ryan.
"Team apa?" Soal Yell.

"Macam ni. Next year, akan ada International Gaming Creator Competition, IGCC. Stella suruh aku join. Jadi, aku nak cari team," kata Ryan.

"Kau bukan dah ada Team A ke?" Soal Yell. Ryan angguk.
"Lagipun aku budak business, bukan budak coding nak buat game," ujar Yell.

"Tu sebab aku cari kau, gaming pun kena ada market purposes jugak," ujar Ryan. Yell diam berfikir.
"Kau yakin ke nak join?" Soal Yell. Ryan diam. sejujurnya, dia masih berbelah bahagi. Yellena memandang Ryan.

"Kau kena sedar. Joining a competition might be good choice...and might be bad. Kau kena sedar possible competitor and..." Yell tidak sambung berleter. Ryan diam. Dia tahu, Yellena sentiasa selangkah di hadapannya. Kali ini, barangkali Yellena berfikir sama macam dia. Yellena diam, macam tak nak sambung cakap.
"Go on Yell," kata Ryan. Dia mahu dengar analisis Yellena.

"To risky. To risky kalau dream kau nak own up a start up." Kemas ujar Yellena. Tak tapis.

"Kau nak open a start up. Your own company. However Ryan...Bila join competition macam ni, the possibility untuk larger companies beli game yang kau dengan team A create, are more prominent," ujar Yellena. Ryan angguk.
Dia setuju dengan Yell. Dari awal lagi dia terfikir benda ni.

"Kau mungkin takkan jual game yang kau create. But, Fiq and Jean? We don't know. Possibility untuk larger companies scout diaorang as game engineer pun ada," ujar Yell.

Ryan mendengus.

"But it's a good experience and exposure to the market right," kata Ryan. Yell angguk.
"Tak dinafikan. Kalau menang, prize amount pun mesti banyak," komen Yell.

Ryan mendengus. Pening kepala.

"Fiq and Jean know about this or not?" Soal Yell. Ryan geleng. Professor baru bagitahu dia seorang. Yellena angkat kening.

"Before kau ajak aku join, you better think thoroughly whether kau nak masuk or not," ujar Yell. Kemudian, Yell menutup komputer riba.
"You should talk to Fiq and Jean about the competition. Diaorang partner engkau," tambah Yell. Yell diam.

"Kau nak gi mana?" Soal Ryan. Dia masih nak dengar lagi analisis Yell.
"Balik. Aku nak tengok Stella," ujarnya. Ryan angguk.

"Ah! Ryan! Sebelum aku lupa," Yellena mengeluarkan baju sweater One Piece dari dalam beg. Sweater itu dikembalikan pada Ryan.
"Kau ada suruh Danny datang bilik persatuan ke?" Soal Yell.

Ryan memandang sweater Danny. Dia ternganga. Takkanlah dia nak cakap yang dia selimutkan Yell pada malam semalam.
Nampak gaya macam Yellena ingat, Danny yang datang selimutkan dia semalam. Maklumlah! Baju Danny kan.
"Ha...ada kot eh. Aku suruh dia datang ambil pendrive," tipu Ryan.

Wajah Yellena berubah tenang.

"Bagi balik ni kat dia," kata Yell. Ryan angguk. Masa ni lah dia nak tolong Yellena dengan Danny. Sebelum ni, Yell dah banyak kali tolong dia dengan Stella. Time macam ni lah Ryan nak jadi cupid!

"Kenapa tak bagi sendiri?" Soal Ryan. Yell diam.
"Aku rasa dia tak nak jumpa aku sebab aku dah perli dia," kata Yell selamba badak, macam tak bersalah.
Ryan ternganga. Baru nak jadi cupid! Tak boleh jadi ni!

"Okey," kata Ryan. Dia garu kepala. Macam mana ni.

"Actually, he's quite nice. I was too much," ujar Yell. Ryan diam.

Dia tak boleh teka apa yang ada dalam fikiran Yellena. Macam kotak teka teki, dia cukup tak gemar berurusan apabila Yellena memasang benteng pertahanan kuasa tinggi yang dia tak dapat tembusi.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now