Aku tak balik ke rumah sewa. Sebaliknya aku pulang ke kondominium milik Vlin, tempat aku membesar dan menghabiskan zaman remaja aku. Walaupun sudah bertahun aku kenal dengan Stella, tapi sampai sekarang dia masih belum ada kesempatan untuk jumpa Vlin.
Aku harap, kawan-kawan aku takkan kenal dengan Vlin.
Terutamanya Danny.Aku keluarkan geran tanah milik nenek dari dalam laci. Sejak Vlin uruskan pemindahan hak milik, ladang limau itu diuruskan oleh syarikat yang dilantik olehnya. Aku, hanya makan bonus hujung tahun sahaja sebagai pemilik ladang. Sambil melihat geran tanah itu, aku lihat semula pelan perniagaan yang diusahakan oleh Ryan.
"Hello!" Tegur Vlin ceria sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia kelihatan senang hati, barangkali menang kes mahkamah hari ini.
"Apa yang happy sangat?" Soalku.
Dia mempamerkan sebentuk cincin permata di hadapan aku."Guess, how much?" Katanya. Aku angkat bahu tak tahu.
"3 juta!" Katanya. Aku telan air liur. Tiga juta kau! Sebentuk cincin permata dengan harga tiga juta! Kau biar betul."Steve Chia yang bagi?" Soalku bodoh. Dia mencebik, barangkali marah yang aku sudah tahu jawapannya.
"Jadi, apa yang you happy sangat? Kita bukan nak cari kebenaran ke?" Soalku tegas. Makin lama, Vlin semakin hanyut dalam permainannya. Mulanya kata nak cari kebenaran di sebalik kematian Daston, tapi kini..."Happy lah sebab Steve Chia dah sayang gila dekat aku," ujarnya gembira.
"Yellena," panggilnya melihat aku diam tak bercakap."Orang lelaki ni senang. Dia orang senang nak dimanipulasi," ujarnya.
"Bila dia dah betul-betul jatuh, aku akan selesaikan semua," katanya.
Aku telan air liur. Psikopath. Aku dah cakap, jangan cari pasal dengan si gila macam Vlin.Aku pandang Vlin.
"Betul ke you tak ada sekelumit pun perasaan dekat Steve?" Soalku. Aku pura-pura tonton televisyen sambil melihat refleksi bayangan Vlin dari pasu kaca. Kelihatan dia sedang minum air."I'm a dead person Yellena. Dead woman got no feelings," balasnya sedih. Aku jeling Vlin. Walaupun waktu itu aku masih kecil, aku masih ingat kagi raungan Vlin dari bilik mayat hospital apabila dia melihat mayat Pak Cik Daston. Raungan yang berjaya membuatkan bulu tengkuk aku yang masih mentah berdiri sementara menunggu dia di luar, memeluk teddy bear busuk erat. Suara Vlin kedengaran kuat, raungan yang cukup menakutkan.
Saat itu, aku dapat rasakan kematian Pak Cik Daston merupakan pengakhiran kepada hidup Mak
Cik Vlin. Mak cik yang selalunya diam tak bertegur dengan aku menjadi semakin pendiam. Hidupnya hanya berkisar tentang kerja dan diri sendiri. Langsung tak peduli dengan semua benda selain besarkan aku.Waktu datuk dan nenek mati, aku lihat dia tidak menangis langsung. Tenang sahaja menguruskan proses pengebumian, macam bukan mak ayah sendiri yang meninggal. Pak cik Daston ada bersamanya sentiasa. Sedangkan aku, terkapai-kapai seorang diri, tak reti nak pujuk Vlin. Aku membuatkan pak cik dan mak cik yang baru nak mula kehidupan tinggal tanpa pilihan.
Tak ada pilihan. Dia dan pak cik terpaksa jaga aku. Pak cik orangnya baik, namun kelurganya tak suka dengan Vlin. Tuan Tang dan Puan Tang pula tak menunjukkan reaksi suka atau benci dengan aku,"What's this?" Soal Vlin. Aku menoleh. Dia sedang meneliti pelan perniagaan yang disediakan oleh Ryan. Aku tercengang. Macam mana aku boleh lupa nak ambil pelan atas tu? Aku ketap bibir. Apa reaksi Vlin selepas tahu hal ini.
"Ryan going to start another business?" Soalnya. Aku diam. Vlin duduk meneliti pelan tersebut. Aku memandang ke arah Vlin tak berkelip sebelum aku ambil tempat duduk dihadapannya."This quite good," pujinya. Aku memandang Vlin tak berkelip.
"Jadi, apa masalahnya?" Soal Vlin. Aku angkat kening sambil buat simbol wang dengan jari."Mustahil. Pelan bagus macam ni takkan tak ada investor," katanya.
"Ryan cakap, kakak dia punya kerja. I'm not that clear," balasku. Wajah Vlin berubah. Dia terpandang geran ladang yang ada sekali dengan pelan perniagaan itu.
"Natasha Chia?" Soal Vlin. Aku geleng tak tahu. Vlin menyerahkan kembali geran dan pelan kepadaku. Dia tersenyum sinis, bagaikan dapat agak apa yang sedang berlaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...