Usai hantar Yellena pulang ke rumah, Danny pulang ke rumahnya. Melihat mama sedang menonton televisyen, dia cuma tersenyum tawar.
"Pergi mana?" Soal Diana Chia. Ibunya masih lagi leka menonton drama bersiri di televisyen. Walaupun ayah dah belikan Diana rumah penthouse sendiri dengan studio untuk dia buat video; namun Diana lebih selesa berada di rumah menemani ibunya yang keseorangan.
"Keluar date," jawab Danny.
"Dengan Yellena?" Soal Diana. Wajahnya berubah. Dia tak tahu bagaimana nak beritahu Danny yang ayah dah ada skandal lama dengan Mak Cik teman wanita adiknya.
"I don't have any more girlfriends. She's the only girlfriend I have," jawab Danny. Diana tarik nafas. Memandang ibunya masih leka tonton televisyen, dia menarik tangan Danny untuk masuk ke ruangan bacaan rumah mereka.
"She's a nice girl. But, I don't think she suits you," kata Diana. Walaupun dia tahu yang Yellena dengan Mak Cik nya tak ada kaitan, tapi masih jugak...
Dia tak mahu Danny rasa terbeban atau serba salah dengan ibunya."You have anything to talk with me?" Soal Danny.
"It's about papa?" Soal Danny.
"You know?" Soal Diana.
Danny mendengus.
"Look. Our family is always like this. It's always papa and mama become the problem," ujar Danny. Diana diam. Serba salah. Dia tak mahu kalau sebab ayah, Danny putus dengan Yellena.
"Let's not talk about papa," kata Diana.
"Do you really like Yellena?" Soal Diana lagi.Danny diam.
"Yeah...I like her," ujar Danny."Enough to marry?" Soal Diana.
"Huh?" Danny berkerut.
"You like her...enough to marry?" Soal Diana.
Danny diam memandang Diana tak berkelip.
"I did have a plan to propose thou," ujar Danny. Diana tekup mulut!Gawat! Adiknya memang suka Yellena betul-betul. Kalau adiknya suka main-main dia tak kisah sangat.
"Why? You're against it?" Soal Danny."Kalau akak dengan mama against it, are you still gonna marry her?" Soal Diana kekok. Sengaja menduga. Danny diam.
"I thought you said she's nice," kata Danny."Well...she is nice," Diana tak menafikan.
Danny jongket bahu. Dia memberi alasan penat untuk pamitkan diri. Berjalan meninggalkan kakaknya di ruang bacaan, wajah Danny berubah. Nampaknya, apa yang Stella cakap tentang Vlin dan bapanya betul. Malahan, Diana juga acuh tak acuh sahaja.
Dia tak faham kenapa Diana mahupun Yellena enggan berterus-terang tentang hubungan mak ciknya.Wuuu..wuuu..
Bunyi tangisan dari ruang tamu.Mama.
Danny memandang belakang mama yang nampak begitu tua. Walaupun cerita kelakar yang ditonton, dia menangis tanpa sebab.
Tak bahagia. Dia tahu mama tak bahagia dengan papa.
Dia sedar papa lebih bahagia dengan orang lain, dan semua ini sangatlah tak adil.Danny diam.
Dia perlu jumpa dengan Mak Cik Vlin.
***
Tawa Natasha meledak. Berani mati betul! Walaupun laporan dah dibuat dan sistem kembali seperti sediakala, namun server Chia Storeline merudum seharian di hujung minggu turut memberi kesan mendalam terhadap sales mereka.
Tak ada orang lain.
Ryan Chia sahaja!
Nicholas sendiri yang mengaku padanya. Level hacking aras tinggi macam ni, dalam negara ini ada seorang sahaja yang boleh lakukan tanpa jejak. Orang itu tak lain tak bukan ialah adik bongsunya! Putera bongsu kesayangan yang dah merampas segalanya dari Natasha.
Anak pungut tak sedar diri!"Hello babe," Natasha bersuara di telefon. Teman lelaki menteri kewangannya menyambut Natasha dengan gembira. Sebenarnya, tak adalah teman lelaki sangat pun. Hubungan mereka tak jelas. Yang pasti, mereka berdua tak berniat untuk melanjutkan hubungan ke peringkat yang lebih serius. Sekadar suka-suka buat teman hilang kebosanan sahaja. Natasha juga tahu, teman lelakinya itu memang ada pasang ramai perempuan simpanan. Cuma mereka declare sebagai pasangan di khalayak umum demi kepentingan masing-masing sahaja.
"Kalau you call mesti ada apa-apa you nak," teka teman lelakinya. Langsung tak berdalih.
"Can you help me with something?" Soal Natasha.
"I can't do nothing about your server system thou," kata teman lelakinya. Takkanlah dia menteri kewangan dan ekonomi nak minta tolong menteri jabatan komunikasi siasat hal itu pula! Memang lah dia kenal orang dalam, tapi itu akan buatkan dia nampak "mudah".
"I cannot interupt with communication..." dia cuba jelaskan. Walaupun mereka cuma teman atas nama sahaja, dia tetap layan Natasha dengan baik.
"I know you cannot do much. But, you can contact some "name" to me kan? A very rich man, I need his contact number," jelas Natasha.
"Who?" Soal menteri lagi.
"Tang Foundation," ujar Natasha. Dia tersenyum sinis. Tak tahu macam mana Ryan boleh dapat sponsor dari Yayasan Tang.
Mungkin sebab Vlin atau Tang Foundation kenal Ryan. Dia tak pasti. Memang dia boleh minta tolong Vlin dalam hal ini, namun memikirkan ini antara Ryan dan dirinya, Natasha tak nak libatkan orang yang terlalu ramai.Abang Long mesti takkan setuju kalau Vlin tolong dia! Jadi, Natasha kena ada akal lain.
Dia akan tawarkan sesuatu yang Tang Foundation tak boleh tolak!***
Air sejuk dan masin memasuki mulut budak yang sedang kelemasan. Dia tercungap-cungap, cuba meminta pertolongan hinggakan seorang lelaki menyelamatkannya. Suasana malam gelap itu ada sedikit samar cahaya dari bot yang mereka naiki. Dari jauh, bayang-bayang wanita itu melambai ke arahnya.
Bukan lambaian pertolongan. Sebaliknya lambaian selamat tinggal, moga kita tak berjumpa lagi di hayat ini. Samar-samar, air laut menusuk ke matanya. Budak itu masih bergelut, malahan lelaki yang sedang menyelamatkannya juga alami masalah disebabkan dia yang tak bertenang.
"Hahh!" Ryan terjaga dari mimpi. Dia meraup wajah berkali-kali. Sudah lama dia tak bermimpi begitu. Ryan kemudian turun dari katil dan minum air yang ada di atas meja. Angin malam bertiup kencang, baru Ryan sedar yang dia tak menutup jendela biliknya.
Ryan menutup jendela. Dia menghela nafas panjang.Terus terang, rasa air masin dan nafas tercungap-cungap itu masih berbekas walaupun ianya sekadar mimpi. Peristiwa itu juga dah lama berlalu, tak perlu dia ingat. Ryan duduk di bawah katil. Perlahan, dia mengambil kotak lama yang dah berhabuk di bawah katil.
Matanya terasa cerah.Debu pada kotak itu dibersihkan. Dia membuka kotak itu. Perlahan, dia memegang sapu tangan lusuh yang ada di dalam kotak itu. Ryan membuka balutan itu perlahan, sebentuk cincin lelaki ada di dalamnya. Di cincin itu terukir initial. Barangkali nama pemilik dengan insan yang dia cintai.
DT x VB
Tak faham. Tapi dia yakin, cincin itu merupakan cincin couple atau cincin perkahwinan. Persoalan bagaimana cincin itu dan milik siapa cincin itu, dia tak begitu ingat kerana trauma masa lalu. Ryan langsung tak ingat bagaimana dia memperoleh cincin itu. Sedar-sedar, dia terjumpa cincin itu dalam kocek seluar pendeknya ketika dia masih kecil. Macam mana cincin itu ada di situ; dia sendiri tak ingat.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...