"Tolong pass ni dekat Yell," pinta Ryan. Wajah Danny berubah tegang. Dia tahu gadis bernama Yell itu tidak suka dengannya. Dah orang tak suka, Danny pun malas nak kacau.
Ryan masih tidak putus asa. Alasannya sangat mudah, borang senarai nama itu perlu disegerakan, dan hari ini dia perlu hadiri satu nesyuarat ahli lembaga pengarah, tak sempat untuk berikan borang itu sendiri pada Yellena. Susah payah dia minta pelepasan dari lecturer, jadi dia perlu segerakan. Untuk hal itu juga, dia terpaksa memakai sut dan menyuruh pembantu menghantarkan kereta untuknya.
"Aku bagi ni nak cakap apa?" Soal Danny. Ryan kerutkan dahi, ternganga dengan soalan Danny. Takkanlah Danny, buaya darat universiti tak reti nak cakap dengan rakan sekelas sendiri.
"Cakap Ryan bagi," selamba balasnya. Ryan memakai cermin mata, dia menjeling Danny dengan hujung mata.
Dah kenapa mamat ni!"Kau bagi sendiri lah!!!" Bentak Danny. Dia memulangkan kembali borang itu. Ryan yang sedang mengemas beg lusuh bewarna hijau askar itu tercengang. Hari ini dia ada kelas ganti dan perjumpaan dengan professor. Semalam, dia dah nak bagi borang itu pada Yell, namun sudah lewat malam.
"Aku tak sempat nak jumpa Yell," kata Ryan. Danny mengeluh.
Dia bukannya benci sampai tak nak tengok muka Yellena, tapi dia malas nak berurusan. Kali terakhir mereka berurusan ialah ketika projek akhir untuk semester lepas. Cuma Stella yang cakap dengannya, Yellena buat tak tahu sambil memandang ke arahnya dengan pandangan kosong.
"Aku malas sikit dengan Yell," kata Danny."Apahal!" Soal Ryan.
"Aku tak suka perempuan tu," terus terang Danny memberitahunya. Walaupun Yell tak buat apa-apa, tapi dia tetap tak berasa selesa. Tak dinafikan, dia turut merasakan bahawa Yell juga tak suka dengannya.
"Okey. Kau pass kat Stella, nanti aku mesej Stella," ujar Ryan.Danny memandang Ryan.
"Sejak bila kau baik dengan Stella?" Soal Danny.
"Maksud aku, sejak bila kau main mesej dengan Stella?!" Danny ingin tahu.Ryan tersengih bahagia. Walaupun dia cuba cover line, tetap sahaja wajah bahagianya jelas kelihatan.
***
Vlin telefon aku tanpa henti ketika aku berada di dalam kelas. Telefon yang awalnya dalam mod senyap, asyik bergetar. Nasib baik telefon aku ada dalam poket, dan tidak terlalu kuat getarannya. Stella yang perasan akan hal itu menjeling aku."You tak angkat ke?" Soalnya polos. Aku geleng.
"Mana tahu ada benda penting," dia berbisik lagi. Aku memberi isyarat bahawa setelah tamat kelas aku akan telefon si pemanggil kembali.Usai profesor mengucapkan terima kasih, aku terus angkat beg dan keluar dari kelas untuk buat panggilan. Benda penting apalah sangat yang Vlin cuba sampaikan pada aku.
"Hey! Mana kau!" Marahnya sebaik aku angkat telefon. Aku mendengus.
"Aku demam ni. Tak boleh bangun! Kau datang sekarang!" Jerkahnya.
Aku mendengus."Esok cuti. Hari ni ada banyak benda nak kena settle," ujarku. Aku perlu cari Ryan untuk dapatkan senarai nama. Aku sudah janji dengan bendahari untuk beri senarai nama petang ni.
"Aku cakap sekarang kan!" Jerkahnya. Aku mengeluh.
"Boleh tak once a while you try to understand me?" Soalku lalu berpaling. Aku lihat Danny dan Stella sedang memandang aku. Tak mustahil mereka terdengar perbualan aku dengan Vlin.
Aku kemudian pusingkan badan.
"I'll call you back," ujarku."Hey," tegurku pada mereka berdua.
***
Danny memandang ke arah Yellena yang begitu kalut keluar dari kelas mereka. Kelihatan Stella sedang kemas beg. Danny segera bangun, dia kemudian bangun dan berjalan ke arah Stella.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...