169

17 3 0
                                        

Con~gratulations~~con~gratulations~~congratulations~~congrats~~congrast~~congrats

Nyanyian di pejabat HQ, bahagian pentadbir dan setiausaha bergema apabila aku dan Ryan masuk ke pejabat. Jujur cakap, aku tersangat kekok ketika ini, rasa tak mampu berdiri apabila mereka meniup bunyi wisel hari jadi.
Salah seorang pekerja Ryan membawa kek kepada kami berdua!

Tiup lilin!
Tiup lilin!
Tiup lilin!

Mereka berarak dengan kek! Macam aku dan Ryan baru balik berperang dan bawa kemenangan. Mereka turut menghadiahkan bunga dan ucapan tahniah yang tak henti. Sedangkan, itu cuma lamaran sahaja, bukannya kami kahwin lagi!

"Woah...tak expect macam ni," bisik Ryan. Aku angguk.

"Look at the camera lovebirds!" Panggil salah seorang pekerja. Aku dan Ryan kekok, namun senyum juga demi kamera. Usai keributan tersebut, aku ikut Ryan dan masuk ke dalam pejabatnya.

Baru melamar dah heboh satu pejabat. Mana tidaknya, lamaran yang dapat 2.6juta tanda suka dari media sosial. Aku mendengus. Tak selesa pula bila ramai-ramai yang memberi sokongan. Walaupun aku baca banyak komen positif, tapi masih ada segelintir yang cakap "orang lain pun bercinta juga".
Aku mengeluh sendirian.

Ryan duduk di atas sofa. Mukanya berkerut melihat telefon.

"Natasha wants to meet us for lunch," ujarnya cukup buat aku telan air liur. Rasanya, ia bukan satu perkhabaran gembira melihat kerutan di dahi Ryan.

"Okay," balasku sebelum bersedia untuk keluar dari pejabat Ryan dan mula bekerja.
Namun, tangan Ryan lebih pantas menarik aku dan terus terduduk di sisinya.
Wangian Ryan membuatkan aku rasa sesuatu. Bau seperti woody dan bedak bayi. Jelas berbeza dengan haruman bau seperti ocean yang menjadi kegemaran Danny. Aku tersentak.
Terkedu dengan aksi selamba Ryan.

Aku duduk di sisi Ryan. Muka aku terkejut.

"Why, kita nak kahwin dah kan," dia bermain dengan jari jemari aku.

"You tak suka?" Soalnya.

"Bukan tak suka. Tapi ni kan pejabat," balasku. Dia angkat kening sebelum melepaskan jari aku.

Ryan pandang mata aku sebelum tersengih.

"So, you suka?" Soalnya membuatkan aku geram dan mencubit dadanya. Dia pandang mata aku dalam-dalam.
Aku jegil mata.

"Your sister is just like Vlin 2.0," balasku. Ryan angguk seraya muncungkan bibirnya.
"Natasha and Vlin are alike. But at least they're not villains. The real crazy haven't show up yet," dia beritahu aku.

Ryan termenung jauh. Entah apa yang sedang mengganggu fikirannya.

"Abang?!" Panggilku mengejutkan dia.

"Please, tak semangat nak buat kerja ni. Dah lah kita nak kena lunch dengan Kak Ngah," balasnya merajuk manja. Aku mendengus sebelum cepat-cepat menepuk bahunya.

"Let's do this!" Aku beri semangat.

"Are you happy now?" Soalku. Dia sengih dan angguk kepala.
"Macam ni baru semangat," balasnya.

***
Bayi yang dinamakan Aurora itu mirip sekali dengan Danny. Sejak melahirkan, Stella mengamalkan pantang dengan khidmat swasta. Danny pula, semakin sibuk dengan kehadiran cahaya mata sulung.

Vila milik Tuan Besar Chia dan Puan Besar Chia yang selalunya sunyi, diriuhkan dengan suara bayi menangis.

Hari itu, Jennifer datang ke rumah besar untuk bersarapan pagi. Steve dan Diana juga turut hadir. Saat, Danny turun melihat keluarganya ada, dia turut duduk. Cuma Ryan dan Aunty Ngah Natasha sahaja tak ada.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang