43

13 3 0
                                        

Sejak kebelakangan ini aku lihat wajah Ryan macam ada masalah. Entah apa yang difikirkan sampai berkerut macam tu.

Aku menaip assignment. Sejak kerja di persatuan pelajar semakin kurang, aku akhirnya boleh ambil tempat ini untuk buat kerja rumah aku yang terbengkalai. Ryan tiba-tiba keluar menjawab telefon.

Dah kenapa tu!!

Tidak lama, dia masuk kembali ke dalam bilik persatuan.
"Yell!!" Wajahnya bertukar ceria!

Aku tercengang. Apa hal!?

***

Stella dan Rozy berjalan beriringan. Nattie ada sekali bersama mereka. Sejujurnya, Stella tak begitu gemarkan Nattie ikut mereka. Entahlah. Bagi Stella, Nattie kelihatan "fake" dan tidak begitu ikhlas melayan mereka.

Stella menjeling Rozy. Dia tak suka Rozy asyik bawa Nattie bersama mereka.
"Nattie, you serius lah dah try liptint baru tu?" Soal Stella. Sengaja dia cuba cari topik berbual. Ya lah! Takkan nak diam pula. Rozy pula asyik jeling-jeling. Nattie kelihatan senang berbual pasal make up dengan Stella.

Mereka berbual, Rozy pula memandang sahaja, lega dengan apa yang Stella cuba buat. Lepas ni, tak adalah mereka kekok sangat.

Namun...

Dari jauh kelihatan Ryan dan Yell berjalan ke arah pagar universiti untuk keluar. Saat Rozy ingin menegur dari jauh, dia terhenti.

Kenapa Yell pandang Ryan macam tu!? Rozy telan air liur. Stella dan Nattie masih sahaja berbual. Kalau Stella nampak Ryan dan Yell berdua, adakah dia akan salah faham?! Takkan! Yell dengan Ryan memang selalu bersama, maklumlah orang kuat student council.

Ryan tersenyum memandang Yell.

Rozy tahu Ryan memang ambil berat dengan Yell. Bahkan Ryan ambil berat dengan rakan-rakan sekelilingnya. Ryan menukar tempat dengan Yell, biarkan Ryan jalan di bahu jalan sementara Yell ke dalam.
Sejak baca buku psikologi cinta, tindakan Ryan itu menunjukkan prihatin.

Jarang lelaki nak faham macam tu.
Rozy telan air liur.

"Stella! I tertinggal barang! Jom patah balik!" Kata Rozy. Tak sempat Stella nak bagi reaksi, Rozy segera menarik Stella dan Nattie agar beredar.

Cuma Nattie sahaja sempat terpandang Yell dan Ryan.

***

Rumah kedai yang agak luas. Dilengkapi meja lima pejabat dan ruang untuk makan, serta tandas. Dan, ada satu ruangan rehat menempatkan katil kecil, macam katil perkhemahan. Ada satu bantal kecil di atasnya.

Rumah kedai yang dijadikan pejabat itu berhadapan dengan universiti kami. Nampak macam selesa. Tak, memang selesa, dengan pendingin hawa dan kelengkapan yang sempurna. Eh. Ada peti sejuk dan dapur elektrik mini.

"From now, ni lah office Team A," kata Ryan padaku. Aku nganga.
"Kau biar betul!" Sambungku. Dia angguk.

"Ni rumah kedai Professor Chen. Dia bagi kita pinjam sampai tahun depan," ujar Ryan.
"Macam mana dia boleh..." Yell masih lagi dengan soalannya.
"Aku minta," kata Ryan.
"Lagipun tempat ni kosong," tambah Ryan.

Aku angguk. Keadaan sekeliling memang cukup selesa. Tak adalah terhimpit dan sesak macam bilik asrama mereka. Aku pandang Ryan.
"Kau cari tempat ni..." aku cuba mengatur ayat.

"Aku sebenarnya serba salah dengan kau. Sebab aku tak sediakan tempat, ramai budak laki menganjing engkau," katanya.
"So, sini selesa sikit," tambahnya.

Aku diam. Ryan memang begitu orangnya. Dia tak akan bertindak melulu. Semuanya akan di atur dengan kemas, buat perkara ikut peraturannya.
"Aku tak kisah lah orang nak kata apa," balasku.

"I care," tambahnya.

Aku diam. Segera aku ucapkan terima kasih kepadanya. Langkah untuk ada pejabat sendiri untuk Team A sememangnya perkara yang tepat untuk terus kekal dalam industri.
"Fiq dengan Jean dah tahu ke pasal office ni?" Soalku. Ryan angguk, barangkali sudah berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

"Tapi diaorang tak datang tengok lagi," kata Ryan. Aku angkat kening. Ryan pun baru kali pertama tengok bilik yang siap ubahsuai ni.
"Kalau nak aku add dalam bajet bagitau," kataku. Dia angguk.
"Sewa free. Cuma bill je lah kita kena cover," kata Ryan. Aku angguk. Hebat juga connection dia sampai boleh dapat sebiji pejabat!

Ryan menghulurkan kunci pendua kepadaku.

"Apa ni?"soalku. Ryan menunjukkan kunci utama di tangannya, manakala kunci pendua ada pada aku.
"Kalau kau nak datang lepak ke, tidur sini ke, kau datang je," ujarnya.
"Aku serah kunci kat kau," tambahnya.

Aku garu kepala.

"Well, sometimes kalau kau rasa malas nak balik bilik ke, apa ke, nak menyendiri ke...kau guna je lah bilik rehat tu, aku dah letak katil dengan bantal," kata Ryan. Dia tidak memandang ke arahku. Pandangannya di hala pada luar jendela. Rumah kedai dua tingkat itu kelihatan biasa sahaja dari luar. Di bawah pejabat kami, ada kedai mee goreng mamak tempat pelajar lepak pada hari minggu.

"Yell...can I ask something?" Soal Ryan. Dia kemudian duduk di kerusi yang masih tak keluar daripada plastik itu. Aku juga turut merasmikan kerusi aku. Aku duduk dekat dengan meja Ryan.

"You know a lot about me. Tapi kita orang macam tak tahu sangat pasal kau," Kata Ryan. Aku ketap gigi, Danny ke yang suruh dia tanya aku soalan-soalan macam ni? Macam tak saja.

"Kau nak tahu apa?" soal aku cukup berhati-hati.

"Your parents, your family background..Tapi, kalau kau tak nak buka cerita pun, aku chill je," kata Ryan. Tidak kedengaran seperti memaksa. Stella dan Rozy pernah tanya aku soalan yang sama, namun laju sahaja aku berjaya tukar topik dan membuatkan mereka lupa perihal tersebut. Aku memandang jendela luas itu.

"My mom dah tak ada. My dad...he's just not there," ujarku. Ryan ternganga, barangkali sedar yang dia tanya benda yang tak sepatutnya.

"So, kau tinggal dengan grandparents? Sorry Yell..aku ni banyak soal pulak," dia cepat-cepat meminta maaf barangkali risau aku tidak selesa dengan soalannya. Aku memandang wajah Ryan tak berkelip.

"Yea. Sampai umur 10 tahun. Then, aku tinggal dengan mak cik aku," jawabku berhati-hati. Tak boleh sampai Ryan tahu bahawa mak cik yang aku maksudkan ialah skandal gelap bapa Danny iaitu abang sulungnya! Kalau Ryan tahu, mesti aku tak ada muka nak menghadap Ryan setiap hari.
"Mak cik kau garang ke?" Soal Ryan. Dia berhati-hati. Aku pandang Ryan.

Kenapa dia tanya macam tu? Oh, kes hantar hari tu...

"Bolehlah," balasku.
Ryan angkat kening.
"I see..." balas Ryan. Aku pandang Ryan. Adakah dia sedang korek cerita untuk bagitahu Danny? Aku tak berapa pasti.

"Patut ke kita buat parti pembukaan pejabat?" Soalku. Ryan tersenyum.
"Letak dalam bajet," kata Ryan. Aku membalas Ryan dengan senyuman.
"Boleh ke sekalikan dengan anniversary 1 tahun aku dengan Stella sekali?" Soal Ryan.

"Tu kau kena tambah sikit lah," balasku. Aku membuat isyarat sedikit dengan jari. Ryan terus setuju. Tempat dah ada, cuma perlu persiapan dan jemputan sahaja.

Jadi, dah dekat setahun Stella dan Ryan bercinta.
Lamanya.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang