Disebabkan Ryan merajuk tak mahu bercakap dengan aku, aku juga tak bercakap dengannya. Pagi itu, dia tak makan sarapan yang Mami buat pun! Aku pula yang siapkan roti untuknya bawa bekal sarapan.
Dia boleh tunggu aku dalam kereta sementara kami berangkat kerja bersama-sama.Rutin harian kami pergi dan pulang kerja bersama. Sebaik aku masuk ke dalam kereta, Ryan masih membisu, buat aku macam wujud tak wujud. Jelas masih marah mengenai hal semalam.
Aku juga malas hendak bercakap! Biar ke dia! Aku jeling Ryan melalui cermin sisi. Memang tak nak cakap ke macam mana!? Hati aku rasa sedih. Kami berdua saling tak bercakap jelas membuatkan aku rasa sedih. Saat mengundurkan kereta, dia mencapai tangan aku dan memegangnya.
Sepanjang perjalanan, dia hanya berdiam diri tapi tak melepaskan cengkaman tangan aku. Aku pula, membiarkan sahaja Ryan memegang tangan aku.
Masih tak bercakap.***
Natasha menjeling kepada salah seorang pegawai kanannya apabila melihat Ryan dan Yellena tidak bercakap sewaktu menaiki lif. Kekok. Dua-dua orang tak bercakap. Muka Ryan mencuka dan Yellena juga tak seceria selalu. Mana tidaknya, baru seminggu berkahwin.Tapi melihat mereka masih berpegangan tangan, Natasha tak jadi nak soal banyak-banyak.
***
"I want to stay with my son and daughter," kata Isabella tenang apabila menjawab panggilan telefon dari ibunya. Dia cuba berlagak sehabis baik supaya ibu tak curiga. Mendengar ayah marahkan dia, Isabella langsung tak terjejas .
Sebelum ini juga dia pernah dihalau oleh Tuan Chia ke Venice.
Tak pelik. Ayah memang lebihkan Ryan daripada dia. Namun, saat dia cuba klaim yang dia bukan lagi Isabella 10 tahun lepas, tidak ada yang percaya. Mana tidaknya, semua orang sudah meletakkan label penjahat kepadanya."Ryan dengan Yell tu baru je kahwin. You kena ada common sense sikit lah," Puan Chia mengatur ayat. Namun, kedengaran tidak begitu baik di telinganya. Isabella merengus kasar.
Yellena sendiri tak mengusirnya, buat apa dia nak pergi? Ryan pula? Dia boleh pejamkan mata sahaja melihat perangai manja yang semakin hari semakin menyakitkan hati itu."Ibu tak nak dengar kalau Ryan dengan Yell gaduh sebab you," Puan Chia beri amaran usai tidak dapat menyelesaikan masalah di alaminya.
"You tau kan, Ryan tu bukannya budak," komen Puan Chia.
"I know. Dia bukan budak. Silap hari bulan dah boleh jadi bapak orang," komen Isabella. Teringat pula dia aktiviti pasangan itu pada waktu malam. Cepat-cepat dia menggeleng tak mahu ingat semula apa yang dia saksikan di rumah pengantin baharu itu.
***
Usai sampai ke rumah, Mami menegur aku dan Ryan seperti biasa. Aku tersenyum ke arah Mami. Dia menarik lengan aku dan mulai bercerita mengenai harinya. Ryan pula, buat tak tahu pada aku dan terus melangkah menaiki anak tangga meninggalkan aku dan Mami di bawah.
Aku pandang Ryan, dia langsung tak berpaling. Seharian tidak bercakap dengan aku, sampai rumah juga masih membisu. Aku ketap bibir.
"Yell, dengar tak Mami cakap ni!?" Soal Mami apabila aku kelihatan tak fokus dengannya. Aku sengih ke arah Mami.
"Dengar," balasku dengan ceria. Setelah Mami penat dengan ceritanya, aku berlari naik ke atas. Waktu itu Ryan sedang mandi. Aku terus duduk di birai katil dan tunduk.
Rasa sedih menyelebungi diri. Seharian Ryan tak pedulikan aku, walaupun dia pegang tangan aku, namun dia buat tak tahu sahaja dengan aku. Dia langsung tak cakap mahupun tegur aku.
Tak boleh kawal. Air mata aku menitik setitik demi setitik. Rasanya akan banjir besar. Mendengar bunyi air mandian dari dalam bilik air, makin lebat jadinya aku. Makin lama, makin tak terkawal dan akhirnya bah besar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...