Semuanya berjalan dengan lancar. Hubungan cintanya juga lancar, walaupun tak ramai yang tahu. Kehidupannya juga tenang, dan semestinya sudah keluar notis dari professor untuk Ryan dan Team A, bersiap sedia untuk pertandingan rekaan permainan video antarabangsa tahun depan.
Dia mendapat surat rekomendasi dari professor, dan perlu cari beberapa orang lagi untuk lengkapkan kumpulan. Kemudian, mereka boleh bertanding.
Namun, Ryan masih belum bagitahu sesiapa lagi termasuk Fiq dan Jean. Ryan tak rasa menyertai pertandingan akan membantu perjalanan Team A dalam menjadi start up untuk syarikat game.Apa pun, dia perlu fikir. Professor juga menyuruh Ryan fikir dahulu sebelum buat sebarang keputusan.
Pemilihan Presiden persatuan pelajar juga berlangsung dengan jayanya. Ryan dilantik sebulat suara sebagai Presiden, manakala senior Tahun 3 mewakili majlis tertinggi. Yellena pula sekadar menjadi Naib Bendahari sahaja, memang tak boleh nak lawan atau atasi senior-senior Tahun 3, walhal yang terpaling berfungsi sekali ialah Yellena.
Tak tahulah, Yellena selalu satu langkah awal pada Ryan. Apa yang Ryan perlu dan mahukan, semuanya dia dah fikir terlebih dahulu.
Stella pula semakin sibuk kerana dapat tawaran iklan deodoran. Pada awalnya Ryan macam tak bagi, tapi Stella cakap dia bebas untuk tentukan kerjaya dan langkah hidupnya, Ryan cuma mampu sokong dari belakang. Sejujurnya, sekarang dia tak risau sangat kerana kawan-kawan kelab fotografi Danny sentiasa membantu Stella dalam kerjayanya. Danny juga turut membantu Stella mengambil gambar portfolio untuk dihantar pada agensi, cuma masih belum dapat balasan lagi.
"Ryan! Aku tak siap lagi buat akaun. Tadi ada hal sikit dengan Tahun 1," suara Yellena memecahkan keheningan bilik persatuan. Ryan duduk di kerusi presiden, dia memandang Yellena.
"Tak apa weh. Kau buat la pelan-pelan. Mana bendahari?" Soal Ryan. Yellena mencuka.Memang pun! Semua kerja ditolak pada Yellena. Kata mereka, Yellena dan Ryan lebih senang bekerja bersama.
"Apahal dengan Tahun 1?" Soal Ryan. Yellena diam.
"Yell?" Panggil Ryan. Dia tak tahu apa jadi, mungkin hal yang besar."Pasal kes luka pisau.... macam tu lah," kata Yell.
"Aku saksi nya. Melissa tercucuk Song Ye Ran dengan pisau," ujar Yellena.
Ryan terlopong.***
Balik daripada bilik dekan, aku terus berjumpa Ryan untuk tanya perihal akaun yang bendahari suruh aku siapkan! Katanya, aku dan Ryan sama umur, jadi lebih senang untuk kami bekerja.Namun, Ryan lebih berminat dengan gosip pelajar Tahun 1.
"Macam mana boleh sampai bilik dekan?" Soal Ryan setelah aku menceritakan apa yang berlaku. Aku tak perasan sangat apa yang jadi, tahu-tahu tangan Song Ye Ran dah luka.
Dua tiga hari lepas katanya tak nak panjangkan kes, tapi semalam dia minta aku temankan ke balai untuk buat laporan.Kemungkinan Melissa digantung ada.
Namun, permintaan Prince lagi mendatangkan masalah."Kau kenal dengan Prince kan? Yang masuk persatuan baru-baru ni," ujarku. Ryan kelihatan berfikir sejenak.
"HuangDi Group," komennya.Aku tahu HuangDi Group, mereka mempunyai syarikat besar meliputi perkakasan elektrik hingga ke industri pelancongan. HuangDi Group bahkan lebih besar berbanding Chia Group. Tapi kalau ikut senarai, yang paling kaya mestilah D'Generouz Group yang memonopoli industri perhotelan.
"Prince from HuangDi Group,the only possible heir." kata Ryan. Aku memandang Ryan.
"What do you mean?" Soal ku.
"Well...tak tahu sangat. But, I dengar saham dia more than his dad shares thou," komen Ryan.Nampaknya, Prince bukan calang-calang orang. Patutlah dia berani main tawar menawar dengan aku.
"Why on earth saham dia lagi banyak pada ayah dia? Isn't that family business? Wasn't it?"soalku. Aku kerutkan dahi.Prince. Mungkin berguna pada masa depan.
"His deceased mom shares are more than his dad, kot eh, tak tahu sangat. But my dad said, Prince is the only legal heir. Afterall when his mom died, his dad got remarried to his secretary," ujarnya. Aku memandang Ryan. Rupanya dia ambil tahu juga tentang syarikat pesaing.
Tak sangka Ryan akan ambil tahu pasal pesaing.
"Tak faham lah family business, I plan to start up my own company," ujarku. Ryan diam. Memang aku ada cita-cita nak buka business sendiri, tapi aku tak ada sebarang plan lagi. Ryan meletakkan pen sambil memandang aku penuh minat.
"Yell! Sama lah kita!" Katanya dengan mata bercahaya. Dia menggenggam penumbuk sebelum ajak aku fist-bump.Tak nak dia awkward, aku pun balas fist-bump Ryan.
"Tapi, kau kan ada Chia Group. Kenapa tak kerja dengan abang kakak kau je?" Soalku.
"Kan senang," balasku lagi. Ryan sengih.
"I want to surpass them," ikhlas katanya. Aku yakin, dia benar-benar maksudkannya."Kau nak buka company apa?" Soalku.
Ryan garu kepala. Macam aku juga, barangkali tak fikir lagi. Tapi dia jurusan sains komputer dan perniagaan, mungkin boleh pergi jauh."Kalau aku kat tempat kau, aku kerja je dekat company bapak aku," balasku.
Ryan ketawa sinis."Bukan aku tak nak. Tapi, masalah dia my dad. He loves me too much. Like, dia tak bagi aku peluang nak explore macam abang kakak aku," ujarnya.
"Explore? Meaning?" Aku berkerut. Apa menda kau mat?"I want to experience the hardship and challanges in my own start up," ujarnya. Aku nganga.
Kau biar betul mat?
Kau cakap kau nak rasa kesusahan dan cabaran tu? Aduh! Mental pulak aku yang dengar."I don't want to rely on Chia name. I want Ryan Chia company! My very own company!" Ujarnya bersemangat.
"My own tears, sweat and blood!" Semangat dia menceritakan pada aku. Aku tarik nafas dalam seraya mengangkat dua ibu jari.
Respect! Memang aku respect kau mat!"Own company right," ujarku. Aku juga mahu ada syarikat sendiri. Kami saling berpandangan sebelum tersenyum.
Lantak kau lah Ryan, harapnya kau bahagia dah la.
***
Danny sedang edit foto portfolio Stella. Mula dia berkeras menolak permintaan Ryan. Macam-macam alasan yang dia bagi, namun Ryan masih sahaja minta tolong. Dia sudah cakap dengan jelas,
Danny Chia hanya ambil gambar pemandangan.
Namun, disebabkan dia pernah ambil gambar Jessica, Ryan berkeras suruh dia yang ambil gambar.
Sebenarnya, bukan Danny tak nak ambil gambar orang. Tapi, orang itu ialah Stella. Dia rasa tak selesa apabila berduaan dengan Stella. Mana tahu ada orang dengki atau cemburu.
Danny tak salahkan Ryan. Ryan percaya pada Danny kerana mereka keluarga, membesar bersama, jadi okey sahajalah untuk dia tolong Stella.Lagipun, kalau Stella kahwin dengan Ryan, Stella akan jadi taraf mak cik kepadanya.
Masalah dia sekarang, dia takut kalau Yellena salah faham atau cemburu dan kemudian terus tak bercakap!
"Danny, apehal muka you macam tak ikhlas je ambil gambar I?" Soal Stella, dah tak tapis dah. Danny garu kepala, tak sangka muka dia akan nampak "sangat" macam tu.
"Mana ada," nafi Danny."Jangan risau lah! Ryan tak kata apa. Ryan lagi percaya dekat you daripada fotografer lain," komen Stella. Dia memakai baju blaus putih dan mini skirt. Mereka sedang ambil gambar di kawasan universiti, kononnya nak tunjuk gambar portfolio mahasiswi yang "fresh".
"Oh...you takut Yell jealous lah ni," usik Stella. Danny gigit bibir.
"Yell tu...nak jealous ke?" Soalan Danny membuatkan Stella sendiri tiada jawapan. Jauh di sudut hati, Danny sebenarnya mahu Yellena cemburu."Okay, macam ni. Sebagai reward you ambil gambar I, hujung minggu ni I plan double date pergi mall ke zoo ke mana ke, you bawa Yell, I bawa Ryan? Nak?!" Soal Stella.
Danny sengih, seronok la pula!
Dia terus bersetuju!
Author note
Untuk watak Prince ; boleh rujuk @Heartless My One and Only.. (my toksik ml hahahaha)
Prince Chen Jun Yu x Song Ye RanD'Generouz Group ;
Yoh D'Generouz x Lily Miller
: Boleh check out my complete story @My Flower Lily,
🫶🏻

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...