66

9 3 0
                                        

Usai berhenti kerja dengan notis dua minggu, aku akan lapor diri di pejabat Ryan lusa. Sebelum itu, aku perlu kenalkan dia dengan Vlin. Jadi, pertemuan pertama Vlin x Ryan di atur.

Kami sampai awal. Masing-masing main telefon.

Aku membaca berita di internet. Salah satu tajuk berita artis menarik perhatian aku.

"Kehidupan sederhana Kwan Yul". Rupanya ada beberapa orang paparazi yang mengekorinya untuk ambil gambar sembunyi-sembunyi. Kehidupan selebriti muda itu biasa sahaja, pagi keluar jogging dengan mask, dan sempat beli roti di kedai. Kemudian, dia akan duduk di rumah, cuma keluar apabila ada barang online yang dipesan sampai. Bila
difikirkan kembali, tak jauh beza dengan orang kebanyakkan.

Di ruang komen, mereka turut memuji kebaikkan Kwan Yul. Dia seorang pempengaruh media sosial, kebanyakkan barang yang dipakai juga dari buatan tempatan, bukannya dari butik atau jenama mewah. Salah satu yang menarik perhatian ialah beg yang Kwan Yul kenakan, beg kait buatan tempatan.

Okey juga. Mungkin aku patut beli beg kait juga. Aku pandang Vlin. Dia sedang tersengih membaca mesej di telefon.

"Steve tahu tak?" Soalan aku membuatkan Vlin mengangkat kening. Dia kelihatan tenang, sambil minum Americano Ais sambil menanti kehadiran Ryan.

Ryan tak datang awal mahupun lambat. Kami berdua yang datang lima belas minit awal. Entahlah. Vlin ke mana-mana pun suka awal. Dia tak rasa datang lambat satu perkara yang baik. Selepas beberapa detik, kelihatan Ryan datang. Dia memakai baju sut biru, tampak kemas.
Dan, semestinya dengan cermin mata yang menjadi kesukaan aku sejak sekian lama.

Entahlah. Aku rasa, Ryan lebih elok berkaca mata. Tampak bijak dan kemas.

"Am I late?" Soalnya melihat jam Rolex di tangan. Jam pun harga sebuah rumah, kaya betul pewaris keluarga Chia yang sorang ni.

"Tak lah. Kita orang yang awal," balasku mempersilakan Ryan duduk.

"Yell, order something for Ryan Chia," arah Vlin. Aku segera bangun. Minuman kegemaran Ryan Chia aku tahu, sama persis Vlin. Ice Americano.

***

Sejurus sahaja Yellena pergi memesan minuman, Vlin merenung Ryan tajam. Ryan jadi tak selesa dengan renungan tersebut mula berpeluh. Dia membasahkan bibir sebelum mengeluarkan pelan perniagaan untuk ditunjukkan kepada Vlin.

"I dah tengok pelan you," selamba sahaja. Nada Vlin kedengaran sarkastik bercampur elegan. Setiap bait katanya ada jeda tersembunyi, jelas dan cukup menggerunkan pendengar. Lirikan mata, gaya duduk dan serba serbi tentang wanita itu menjerit perbezaan antara mereka. Sesungguhnya, wanita bernama Vlin Beck itu agak menakutkan dan memberikan aura tidak senang duduk kepada orang lain. Entah macam mana Yellena boleh hadap?! Ah! Patutlah Yell pernah cakap yang mak cik dia garang!

"Starting your own company wasn't a good choice in our society now," ujarnya meneguk air.
"I want to help our local businesses," tegas Ryan. Vlin senyap. Jari jemari Vlin mengetuk meja. Ada rima dan nada, yang pasti mendebarkan. Ryan jadi tak senang duduk, dia gementar. Aura wanita itu seperti watak jahat dalam drama bersiri tempatan. Perlahan, dia cuba mengelak dari memandang mata wanita itu.

"You patut tengok mata orang yang nak invest dekat company you bila bercakap. That's basic," tegurnya. Ryan memandang Vlin sebelum tunduk. Dia tak tahu sama ada Vlin di hujung 30-an atau lewat 40-an, dia tak dapat meneka dengan gaya simple dan muda wanita itu.
"Maaf..." dia teragak, sama ada nak panggil mak cik ataupun puan.

"I'm not helping you because Yell asked me to," katanta. Vlin masih lagi tenang, Ryan yang berpeluh berhadapan dengan wanita itu,
Vlin mengingatkannya pada Natasha.

"Vlin...just call me by my name," kata Vlin. Dari jauh, kelihatan Yell membawa minuman. Nasib baik kau cepat Yell! Kalau kau lambat, mahu sesak nafas aku!

***
Pang!!! Stella menampar watak utama. Setelah puas hatinya menampar, dia mendekati watak utama yang sudah terjatuh di tepi tangga. Rambut watak utama itu kusut masai apabila direntap kasar oleh Stella.

"I told ya! Dia aku punya!" Stella membaca dialog.

"Cut!!" Laungan pengarah menghentikan lakonan. Stella cepat-cepat meminta maaf kepada Kwan Yul, watak utama drama bersiri tersebut. Kwan Yul turut tersenyum, mengatakan "tak apa", pada Stella.

Stella dan Kwan Yul kemudian berpisah. Pengurus Stella, Genie sudah berlari-lari membawa air. Staff kerja yang lain datang mengerumuni Kwan Yul. Stella pun tak faham kenapa! Jelas kot, dia yang berlakon macam nak rak, hampir nak terkeluar biji mata dia menjegil, namun semua orang tertumpu pada Kwan Yul.

"You've worked hard," kata salah seorang staff apabila melepasi bahu Stella. Saat Stella tunduk ucapkan terima kasih, staff itu berlalu ke arah Kwan Yul. Stella tunduk, mungkin juga dia tak berbakat seperti Kwan Yul.
"Akak the best!" Kata Genie. Stella tersenyum. Hanya Genie sahaja yang ada di sisinya.

"Thank you," balas Stella. Dia tekad, selepas ini dia akan berusaha lebih keras untuk memperbaiki mutu lakonan.

***

Danny melihat beberapa abang senior kerjanya sedang melihat satu laman web kemanusiaan.
"Danny, kau single..tak nak join humanitarian mission to Africa?" Soal salah seorang daripada mereka. Danny yang awalnya nak berehat sebentar dari edit gambar terhenti untuk berbual dengan mereka.

Dia melihat laman web tersebut. Salah seorang daripada mereka sedang mendaftar nama. Macam menarik. Misi kemanusiaan di Africe dibawah Red Cresent Society mahukan jurugambar professional. Tapi, apa kaitan dia "bujang" dengan misi kemanusiaan?

"Apa kaitan single dengan misi kemanusiaan!" Soal Danny.
Salah seorang daripada mereka mengeluh.

"Ya lah! Kahwin ada anak bini takkan nak tinggal....Bujang lain lah, nak pergi Afrika ambil gambar, pergi jee, takyah fikir apa, takda komitmen," sampuk salah seorang mereka.
"Tu lah, yang ada partner pun payah. Girlfriend aku asyik nak melekat," komen salah seorang lagi. Danny mencebik.

"Sebab mentaliti macam korang lah, orang bujang macam aku kekal bujang," sampuk Danny mendatangkan tawa. Danny memandang laman web itu. Semuanya ditaja, dia cuma perlu ambil gambar "kemanusiaan" sahaja.
Macam menarik. Peluang untuk ke Afrika setahun atas tajaan, tambah pula boleh buat apa yang dia minat. Ini peluang.

"Eh, sign up nama aku jugak," kata Danny. Belum tentu lagi terpilih. Ramai calon yang daftar nama. Danny tersenyum. Masa mudalah untuk kejar cita-cita. Lagipun dia memang minat untuk ambil gambar. Cita-citanya nak jadi fotografer terkenal yang boleh adakan pameran gambar sendiri!

***

Vlin menunjukkan angka lima dengan tangan. Ryan menjeling aku.

"500 k...dah banyak Vlin," ujar Ryan. Aku angkat kening tersenyum. Pelan asal, memerlukan dana 1 juta sahaja. Ryan ada simpanan, jadi dia perlukan lagi setengah. Namun, mungkin dia rasakan Vlin boleh melabur sebagai salah seorang pemegang saham. Barangkali dia mahu cari lagi beberapa orang pemegang saham.

"Bukan 500k," bisikku.
Ryan memandang aku.

"5 juta," bisikku perlahan. Mata Ryan membundar, macam tak percaya.

"It's not my money. I wakil sahaja," Vlin bertegas. Ryan senyap.
"Ada dua orang tua ni. Duit banyak, tapi tak tahu nak buat apa. I uruskan duit dia orang," jelas Vlin.

"Bila tahu pelan perniagaan you nak tolong orang local, they asked me to help you fully," kata Vlin. Aku pandang Vlin. Walaupun tak ada isyarat, aku dah dapat baca yang dia akan suruh aku yakinkan Ryan Chia untuk terima dana pelaburan itu.

"Thanks to Yell. You made the right choice to chose your business partner," tegas Vlin.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang