78

16 3 1
                                        

Aku sengih melihat kereta Danny meluncur laju dan berhenti di hadapan aku. Danny turunkan tingkap.

"Yaw Pak Su!" Tegurnya. Aku toleh. Ryan berdiri tercegat di muka pintu bangunan. Aku tunduk dan senyum pada Ryan, sebelum masuk kereta.

"Kau tak balik lagi ke weh?" Soal Danny.

"Ah. Aku tunggu PA Stella datang," katanya. Aku pandang Danny. Kemudian kami ucapkan selamat tinggal pada Ryan.

***

Ryan melihat kereta Danny semakin menghilang dari pandangan mata. Dia serba tak kena. Tak tahu apa yang sebenarnya bermain di benak fikirannya. Sejujurnya, tak selesa. Dia tak selesa apabila tahu Danny bercinta dengan Yellena. Dia tak selesa bila tahu Yellena dah setuju nak jadi teman wanita Danny.

Dia ada rasa tak selesa.

Sedangkan dari awal lagi, dia yang sokong sangat kalau Yellena terima Danny. Sekarang lain pula. Walaupun dia yang beriya suruh Yellena fikirkan Danny, tetapi dia pula yang tak selesa.

Mungkin sebab dia dah syak ada hubungan sulit antara Mak Cik Vlin dan abangnya Steve Chia. Jadi, dia tak selesa bila Yellena dan Danny bersama. Yellena tak bersalah.
Kalau ikut perangai Mak Cik Vlin, logik sahaja kalau dia tak cakap pasal hal itu dengan Yellena. Lagipun, dia mana tahu yang Danny suka Yellena.

Danny pun satu hal. Dia tak tahu ke pasal ayah dia dengan Mak Cik Vlin?

Ah! Kalau Danny tahu mesti dah mengamuk. Silapnya Yell yang tak tahu apa-apa jadi mangsa.

Tak Ryan. Kau tak boleh prasangka macam ni. Apa pun kena tenang dan cari jawapan sebenar. Mungkin Steve dan Vlin cuma kebetulan di hotel. Ryan cuba pujuk diri sendiri.
Kebetulan apa nya! Kau takkan tak nampak isyarat mata diaorang! Kau bukan buta Ryan.

Dan tolong lah jangan nak buat-buat buta. Apa yang terang lagi bersuluh. Dari raut wajah dan jelingan mata, sesiapa pun akan tahu mereka bercinta!
Ryan mendengus.

Dia tak mahu Danny kecewa. Dia juga tak mahu Yell bersedih apabila tahu perihal Vlin dan bapa Danny. Mereka berdua baru mula bercinta. Sebagai seorang kawan, kalau boleh Ryan nak bagi sokongan pada Yell dan Danny. Takkan dia tak ingat, sewaktu dia mula-mula jatuh hati dengan Stella, Yell dan Danny yang banyak kali tolong dia mengorat Stella. Kini, giliran mereka berdua pula.

Dah la Yell jenis yang susah nak buka hati. Danny pulak, entah apa yang dibuat selama ini sampaikan sekarang baru cakap mereka bercinta! Lama kot dia mengorat Yellena tak dapat-dapat.

Ryan pandang kereta BMW hitam Danny yang semakin menghilang dari pandangan. Sebagai ahli keluarga dan rakan karib, dia tak mahu Danny atau Yellena dikecewakan sebab orang lain.

Ryan mendengus. Kenapalah Vlin dengan abang mesti kantoi dengannya!

***

Danny bawa aku makan di restoran makanan korea. Kami pesan makanan dan duduk bersebelahan antara satu sama lain. Danny pandang aku, tak bercakap sebaliknya dia pandang aku sambil tersenyum. Tangannya di letakkan di pipi sambil sebelah lagi mengetuk meja.

"Ish, apa pandang-pandang," kataku tak selesa. Aku tolak muka Danny agar dia berhenti dari pandang aku tak berkelip.

"I miss you," katanya manja.

Aku rasa kelakar. Tak sedar, aku dah ketawa kecil. Kalau orang tanya apa itu kebahagiaan, mungkin hal-hal kecil sebegini antara kebahagiaan. Aku sengih melihat Danny.

"Menyampah," balasku. Danny pandang aku lagi. Aku kerutkan dahi. Ni baru sehari tak jumpa, esok pergi misi kemanusiaan macam mana lah agaknya.

"You won't leave me right?" Soalnya.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang