10

30 5 0
                                    

Stella memandang lama kad nama ditangan. Dia kemudian mendengus. Saat itu, Yellena masuk ke dalam kamar, kelihatan sedikit penat. Sudah lewat petang, baru gadis itu pulang ke kamar hostel.

"You pergi mana?" Soal Stella.
"Sibuk urus hal persatuan pelajar," balas Yellena.

Stella angguk. Sebenarnya, dia mahu pinjam duit kerana bulan ini wangnya sedikit berkurangan. Tapi, dia takut pula. Stella kini hinggakan nak makan nasi di kantin pun berkira.
"Semalam pun you balik lewat," ujar Stella.

"Oh, semalam Ryan belanja I makan, lepas kitaorang settle hal persatuan," balas Yellena. Stella memandang ke arah Yellena.
"You rapat ke dengan Ryan?" Soal Stella.

Seingat Stella, Si Ryan tu memang baik. Kadang, Stella rasa yang Ryan macam nak try dia! Tapi dia tak mahulah perasan. Nanti lain jadinya.
"Tak rapat pun," balas Yellena. Stella sedar, Yellena bukanlah macam gadis tipikal yang senang jatuh cinta kalau lelaki itu baik dengan dia sikit.

Itu merupakan perbezaan ketara antara dia dan Yellena. Senang cakap, Stella mudah suka kepada orang yang baik dengannya, kecuali Ryan. Itupun sebab Stella awal lagi dah ter crush dengan Danny!
"Tak rapat tapi dia belanja you makan?" Soal Stella.

"Bukan i sorang. Ryan memang selalu belanja orang makan. Kadang-kadang senior persatuan pun dia belanja," polos balas Yellena.
Stella tahu Ryan memang kaya, tapi takkanlah sampai boleh belanja orang makan dengan begitu mudah.

"Kenapa dia tak pernah belanja i pun," Stella cuba mengusik. Yellena terhenti daripada mengemas meja. Dia menoleh ke arah Stella yang ada di katil atas.
Yellena tersengih penuh makna sebelum mendekatkan diri pada Stella.

"He did ask you out for a few times remember?" Yellena cuba membuatkan Stella ingat semula episod dia buat tak tahu pada Ryan.
Stella angkat kening, sambil berpeluk tubuh. Dia duduk bersila elok di katil tingkat dua.

"You wanna eat with him?" Yellena menyoal tanpa sebarang amaran. Stella mencebik, seraya buat muka comel.
"Well, kalau dia belanja makan. Why not," kata Stella terkebil-kebil.
Sebenarnya, ini peluang juga. Ryan mungkin bila tengok Stella makan banyak, akan terus tak suka dia. Lepas ni, dia tak perlu risau kalau Ryan cuba mengorat lagi!

"Okay," balas Yellena, tersenyum sinis.

***

Petang itu Ryan hampir sahaja terbaring lesu. Awal pagi dia dan pasukan bola tampar pergi bermain untuk satu perlawanan persahabatan. Setelah sejam lebih bermain, mereka akhirnya menang besar.

Kemudian, dia masuk ke kelas pula. Cuma sempat tukar baju, tetapi tak sempat tukar kasut. Walaupun ke kelas dengan situasi yang sedikit pelik, tetapi yang paling penting dia tergolong dalam mereka yang siapkan assignment.
Kini, waktu petang dia bermain bola keranjang dengan ahli department. Disebabkan dia lebih tinggi, jadi tugasnya merebut bola sebagai center pasukan. Pagi tadi, dia mengambil posisi spiker, tapi disebabkan bola tampar, jadi dia hampir main semua posisi.

Setelah menjaringkan bola tiga mata, kakinya terasa sakit. Hari ini di langsung tak tolong Yellena dengan kerja persatuan. Dia cakap dia akan fikirkan, tapi kepalanya penuh dengan assignment dan sukan. Akhirnya, malam itu dia terlena di atas lantai sambil meletakkan ais pada betis dan pelipat kaki.

Saat Danny pulang dari temu janji dengan Jessica, dia sendiri terperanjat apabila Ryan sudah terlentang di sebelah laptop yang nasih menyala, dengan pack ais yang dah cair masih ada di kaki kirinya.

***
Aku ternampak Ryan di kiosk makanan. Dia sendirian, jadi aku berani mendekatinya. Kalau dia dengan Danny, memang kirim salam. Mati hidup semula aku takkan datang dekat.

Walaupun di bibir aku sudah cakap yang aku tak kisah atau terkesan dengan Danny, tapi aku memang tak boleh dengan Danny. Aku rasa tak selesa.

Aku terus duduk di hadapannya.

"Oh hai Yell," sapanya. Dia kelihatan sedang sibuk, barangkali tengah coding ataupun buat assignment. Melihat aku diam, dia kemudian terhenti daripada menaip di papan kekunci. Dia mengeluh.

"Sorry, I cakap nak fikir pasal volunteers kan, tapi I..." dia minta maaf.
"Tapi, I dah ada idea macam mana nak cari volunteers," katanya dengan senyuman. Aku tersenyum sinis. Aku berikan kepada Ryan, sebuah fail. Dia kelihatan sedikit terkejut sambil mengangkat kening melihat fail yang aku berikan.

"Serius la. Idea kita sama! I rasa dekan..." aku tersengih, dan beri lagi sebuah fail.
"Dekan pun dah setuju?" Soalnya. Aku angguk. Apa yang ada di dalam kepala Ryan sudah aku realisasikan dalam bentuk kenyataan. Aku sudah berbincang dengan dekan untuk memberikan kredit dan sijil bagi pelajar yang terlibat dengan Hari Pelajar.
"Ada lagi, tengok belakang," ujarku pada Ryan. Dia tersenyum gembira, seraya membelek fail hingga belakang.
"Serius!" Ujarnya terkejut. Aku tersenyum.

Selain mendapat persetujuan dekan untuk menurunkan tanda tangan sijil penyertaan, dan kredit markah tambahan, aku juga berjaya mendapatkan bantuan bendahari universiti dalam meluluskan permohonan untuk dana tambahan bagi diberikan kepada sukarelawan yang terlibat.
Caranya tak mudah, namun bila aku cakap hal ini lebih jimat daripada upah event planner, mereka memberi lampu hijau.

"So, kita cuma kena buat paperwork..." kata Ryan berpuas hati dengan kerja aku. Aku menghulurkan satu lagi fail kepadanya.
"Seriously!" Dia tersenyum gembira melihat paperwork yang aku sudah siapkan. Semalaman aku berjaga untuk buat paperwork, habis tergendala assignment. Nasib aku tak ada assignment yang mahu mendadak.
"Tinggal kau nak check, presiden persatuan nak check, and then dah boleh hantar dekat dean," kataku tenang.

"Memang function lah kau!" Puji Ryan. Aku sengih, rasa gembira bila aku dipuji begitu. Ryan menyemak setiap helaian demi helaian kertas kerja yang aku siapkan. Nampak macam banyak, tapi hasil copy paste internet, jadilah jugak kertas kerja aku.
Ryan anggukkan kepala, tanda berpuas hati.

"Sorry weh aku tak tolong. Semalam aku penat gila. Ini pun ada rasa lenguh lagi," katanya. Dia senyum sahaja. Aku angkat kening. Orang macam Ryan, semua nak berebut. Masalah negara sungguh!

"Nanti aku belanja kau makan," katanya. Kalau dengan makanan boleh beli aku, mungkin Ryan ada betulnya.
"Okai," balasku selamba.

"Ryan...one more thing," ucapku separuh berbisik.
Ryan memandang ingin tahu.
"Stella ask you to treat her dinner too! Can I ask her to tag along?" Soalku selamba. Ryan terkejut, mulutnya ternganga.
"Weh," katanya tersengih girang.

"Sumpahlah!" Katanya tak percaya. Aku angguk. Aku tahu, Ryan sudah lama tunggu peluang untuk keluar makan dengan Stella. Selalunya, setiap kali dia belanja aku makan, pasti dia akan turut selitkan nama Stella sekali.
Kali ni, kira impian jadi kenyataan lah kot! Bahagia betul muka Ryan.

Aku tersenyum, entah kenapa. Lihat wajah bahagia Ryan, turut buatkan hati aku gembira.
Mungkin aku memang betul-betul gembira.
Mungkin jugak aku gembira sebab aku boleh perhatikan dia dari dekat, macam Vlin arahkan.

Entahlah. Aku pun tak faham dengan aku.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now