Menyediakan majlis memang dah jadi sebahagian daripada tugasan aku di persatuan pelajar. Tapi, kali ini aku, Fiq dan Jean menghias majlis sempena parti pembukaan pejabat Team A di samping sambut sekali majlis ulangtahun percintaan Ryan dan Stella yang pertama. Tak ramai pun tetamu jemputan. Cuma Rozy dan Danny serta beberapa orang lagi yang memberi sokongan kepada Team A. Aku dah bagitahu Ryan untuk ajak Nattie sekali, tapi kata Ryan, Stella tak suka Nattie. Jadi, aku tak jemput Nattie.
Aku letakkan kuih yang aku tempah dari kedai sebelah di atas meja. Setelah susun semua dengan rapi, baru aku perasan yang aku seorang sahaja yang berada di sini.
Selama ini aku tak perasan pula yang Stella tak suka Nattie. Entah ke mana Fiq dan Jean pergi, lesap tanpa menolong aku. Barangkali tertinggal barang di asrama. Kalau macam tu, sorang dah la yang balik ambil, ini tidak sampai berdua terhegeh-hegeh nak balik sekali. Geram pula aku memikirkannya! Rozy pula sedang beratur untuk ambil kek di kedai. Danny katanya ada perjumpaan kelab fotografi,jadi dia datang lewat sedikit. Stella masih tak tahu tentang parti ini, kata Ryan dia akan bawa Stella datang sementara kami siapkan tempat. Ryan kat mana sekarang ni? Aku tak tahu. Tadi aku nampak dia tengah letak angin dalam belon, sekarang dah hilang. Aku lihat ada tangga di mana tempat kami perlu gantung belon.
Ni mana yang nak gantung belon? Eh, lesap macam tu je!
Aku ambil belon berbentuk hati dan memanjat tangga. Tak boleh harap betul Fiq dengan Jean, hal-hal memanjat yang sepatutnya kerja lelaki, ditinggalkan pada aku. Aku cuba gantung belon pada tempat yang ditanda, tinggi pulak. Aku dah panjat setinggi mungkin, tapi masih tak sampai. Nak panjat satu lagi anak tangga, aku bukannya berani sangat sebab aku gayat. Tak apalah, aku jengkit kaki sedikit dan...
"AAAhhhh" aku hilang keseimbangan. Aku pejamkan mata, memang pun aku akan jatuh dan mati..
Namun, aku dapat rasakan ada satu daya yang kuat menahan aku daripada terjatuh. Kedua tangan itu memegang kemas bahagian pinggangku. Aku segera buka mata, melihat muka Ryan betul-betul beberapa centimeter sahaja dariku. Mata kami saling bertaut,aku ternganga memandang segenap wajah Ryan. Mata kuyu Ryan memandang aku terkejut. Kami ternganga, masih memandang antara satu sama lain. Tangan aku disekitar bahu Ryan, memeluknya erat daripada terjatuh.
"Kau okey?" Soalnya membuatkan jantung aku berdebar. Aku memang dah berdebar sebab nak jatuh, tapi kali ini debaran lain macam. Aku macam boleh dengar dengan jelas detak jantungku sendiri. Ryan menolong aku berdiri. Aku menolak Ryan, berdiri dengan sendiri.
"Mana Fiq dengan Jean?" Soalnya. Aku geleng tak tahu. Kaki aku terasa lemah, jadi aku duduk di atas tangga. Rambut seperti mencucuk mataku.
Ryan membantu aku menolak rambut ku kebelakang. Mata kami bertaut. Dia kemudian mengenggam erat tangan, bagaikan salah tingkah.Berdehem.
Kami sama-sama memandang ke arah pintu. Wajah Rozy tersenyum kelat ke arah aku dan Ryan."Aku gi ambil Stella dulu," katanya meminta diri. Aku angguk. Rozy memandang Ryan tajam, sementara Ryan melintasinya keluar.
Rozy meletakkan kek di atas meja. Kami berdua diam.
***
Rozy mahu tolak pintu, namun melihat Ryan membetulkan rambut Yell yang sedang duduk di tanggan membuatkan dia terhenti. Pandangan Ryan pada Yell, macam pandangan ambil berat.
Rozy bukannya tak pernah tengok drama untuk buat analisis semua itu. Mungkin juga sebab hanya Ryan dan dia sahaja yang tahu pasal masalah depresi Yell, jadi Ryan bagi perhatian pada Yell.
Tapi masalah sekarang ni, Yell.
Rozy tahu. Cara Yell pandang Ryan! Macam orang yang dah jatuh cinta. Saat mereka bertentang mata, Rozy boleh jadi saksi yang Yell memang suka Ryan lebih dari seorang kawan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...