88

9 3 3
                                        

Tak pernah lagi mesyuarat Good System Sdn Bhd setegang ini. Sejak balik MT, kami sangka kami dah lebih memahami budaya kerja masing-masing, namun bukan begitu sebenarnya.

Mesyuarat kali ini buat aku mengimbau masa aku dan Ryan buat game dahulu.
Sewaktu Jean dan Fiq bertelagah sama ada mahu jual atau pun tak mahu jual.

Kali ini, jadi di Good System pula. Peratusan menyokong dan menentang sama banyak. Bagi orang yang mengutamakan prinsip macam Ryan dan Abraham, mereka lebih tegas untuk menolak tawaran kerjasama dengan Skecer. Namun, bagi aku, Nicholas yang lebih utamakan pulangan dalam bentuk gandaan pada syarikat, kami memang nak sangat kerjasama dengan Skecers.

Kata orang, kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Antara prinsip dan pulangan wang, aku dan Nicholas lebih berminat dengan pulangan yang akan kami terima. Bahkan, kerjasama dengan Skecers, akan turut menarik lebih ramai consumer dan pengguna. Skecers merupakan jenama kasut terkemuka, kalau dibandingkan dengan kasut hasil tangan industri SME, jelas sekali kerjasama dengan Skecers barangkali akan memberi pulangan yang berlipat ganda.

Jadi, aku dan Nicholas, sangat terbuka untuk jalinkan kerjasama dengan Skecers.

"Ben, kau memang nak diam je ke?" Soal Nicholas. Ben mendengus. Sejujurnya, Ben barangkali dah pening kepala dengan hujah-hujah kami.

Aku pejamkan mata.
"Kerjasama dengan Skecers bukan senang nak dapat. We will get more revenues. Tengok dari proposal, targetnya dekat half million. Bayangkan, how much actually it is," ujarku.

Nicholas angguk. Dia setuju dengan aku.

"If we managed to get Skecers, in long term plan, we might be able to work hand in hand with others big brands," ujar Nicholas.

"For long term plan, it's benefitting us in many ways," tambahku.
"And more revenues," tambah Nicholas.

"It's against our principles," tegas Ryan.

Nicholas mendengus.
"Principles can be changed man," ujarnya, masih percaya yang Ryan dan Abraham akan mengalah.

"Tak boleh macam tu Nick, Yell..." Abraham bersuara. Dia pandang Ryan. Mereka masih lagi nak ikut prinsip asal perniagaan kami. Pada pandangan aku dan Nicholas pula, prinsip ni boleh letak tepi. Kami cuma nak dapat untung yang lumayan supaya dapat majukan syarikat. Bila syarikat maju, makin ramai orang yang boleh kerja dengan kami, peluang pekerjaan, kenaikkan gaji, semuanya boleh.

Zaman sekarang, ada duit semua masalah boleh settle.

"Kerjasama dengan Skecers, macam hunus pedang dekat kita balik," tegas Abraham.
"Kita nak tolong small business owner. Platform kita untuk ketengahkan unknown brand supaya diaorang ada progress dan boleh maju," tambah Abraham.

"Kalau kita kerjasama dengan Skecers, lepas ni siapa nak support small business yang buat jualan kasut?" Soal Abraham. Ryan nampak macam setuju dengan Abraham.

"That's not our problem to think," Nicholas bersuara. Aku setuju. Business memang lah kena ada persaingan! Macam kami pun ada persaingan jugak! Kalau asyik kita nak tolong sme, siapa nak tolong kita!

"Satu hal lagi, kalau kita kerjasama dengan Skecers, kita dah khianat kepercayaan Tang Foundation," tambah Ryan. Lama dia diam, akhirnya bersuara.

"Motto company kita, 不忘初心..bú wàng chū xīn,tak lupa niat, tak lupa asal usul," jelas Ryan.
"Waktu kita janji dengan Tang Foundation, kita bukan main lagi janji nak jaga dan bantu industri kecil sederhana," komennya.

"Kalau kita terima usul kerjasama dengan Skecers, kita dah buka ruang untuk big brand lanyak industri kecil sederhana kita yang not making more profits," ujar Ryan.

Aku dan Nicholas senyap. Betul lah tu. Memang kami janji dengan Tang Foundation nak jaga industri sme, sebab itu Tang Foundation bagi kami sokongan. Motto syarikat kami, dari jauh dah boleh nampak tulisan cina 不忘初心

不忘初心...

Tapi...

"We can talk to them," aku bersuara.

Ryan mendengus. Namun, dia cuba tersenyum dan bertenang. Memang susah bila pendapat berbeza. Bila fikir kembali, sepanjang kami berdua berkawan, ini kali pertama dalam sejarah yang pendapat aku bercanggah dengan pendapat Ryan. Sebelum ini, kami memang satu kepala. Ah! Ada sekali, waktu pilih antara Kwan Yul atau Stella untuk jadi model. Tapi, hal itu dia mengalah sebab bawah bidang kuasa aku.

"Guys, look...aku faham. Nick dengan Yell cuma nak kita untung lagi, sustain for a long term plan," komen Ryan.
"I understand it very well. Their ideas is for our own good," ujar Ryan. Aku dan Nicholas saling bertukar pandangan. Habis tu...

"But...in our original proposal to build Good System, our initial goal is to help our small medium local business," kata Ryan.

"Business is not a charity Pres!" Tegas Nicholas menyuarakan apa yang terbuku di hati aku. Aku pandang Abraham dan Ryan silih ganti.
"We are making profit Ryan, not donations!" Tambahku.

"It's against our principle. If we cannot abide our company principles, it's gonna crumble," tegas Ryan.
"It's not abide. It's respect. We are entitled to respect our goals and pure heart starting our start up," tambahnya.

"Jangan lupa. Sebab SME lah, sebab syarikat kecil-kecilan ni sudi kerjasama dengan kita lah, sebab tu wujudnya kita hari ni," kata Ryan.
"Takkan sebab profits dengan revenue kita nak tikam SME, buat jalinan kerjasama dengan syarikat besar?" Soal Ryan.

SME dalam erti kata lain small business enterprise. Business kecil-kecilan orang kita.

"Business is not charity. Aku faham," katanya.

"Tapi, takkan kita nak khianat orang yang sama-sama tolong kita naik?" Ayat Ryan menusuk aku dan Nicholas.

Aku tunduk. Tak nampak jalan dah macam mana nak pujuk Abraham atau Ryan. Nicholas juga macam dah mengalah. Orang yang kejar untung macam kami memang susah sikit nak berkomunikasi dengan orang yang berpegang pada prinsip dan emosi.

Kami semua pandang Ben. Antara pengarah jawatan tertinggi, Ben sahaja yang tak menyatakan pegangan dia. Sama ada setuju dengan aku dan Nicholas ataupun nak ikut prinsip dan idea asal bantu sme macam Ryan dan Abraham.

"I go with Pres this time," putusnya. Aku dan Nicholas mendengus serentak. Kami angguk terima. 3-2 kot. Ben pun dah bagi kata putus nak ikut Abraham dan Ryan.

不忘初心 = Don't forget the original aspiration.
Never forget the beginning. Keep faith.

Pegangan yang di utarakan Ryan dan Abraham. Motto syarikat kami. Tak lupa diri dan sentiasa berpegang pada diri sendiri. Jangan abaikan niat asal dan tak lupa pada asal usul. Benar juga kata Ryan. Kejayaan kami hari ini semuanya berpunca dengan menyokong sme, takkanlah sebab nak dapat untung yang berlipat ganda, kami gadaikan kerjasama dengan mereka yang bersama kami dari awal dan jalin hubungan kerjasama dengan syarikat mega seperti Skecers.

Pandangan Ryan ada logiknya. Pendapat aku dan Nicholas juga tak salah. Keputusan hari ini akan beri impak pada hari esok, semua orang tahu akan hal itu.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang