40

18 3 0
                                        

Rozy memandang aku tak berkelip. Sebaik sahaja tahu yang aku sertai Team A, dia seperti tidak begitu suka.

"Stella tak jealous ke?" Soalan Rozy membuatkan aku terkebil-kebil.
Aku garu kepala.

"Kalau aku lah beb, aku jealous kot. Kau dengan Ryan, dah la student council sesama, lepas tu Team A lagi," komen Rozy.
Aku diam.

"Habis tu, aku kena undur diri ke?" Soalku. Mungkin aku patut undur diri. Walaupun sekarang undur diri macam dah nak lewat, tapi masih boleh lagi kot..
Rozy mendengus.

"Kau dengan Ryan takde apa-apa kan," dia menyakinkan aku dan diri sendiri.
"Kau ingat aku nak rembat pakwe member aku ke?" Soalku sarkastik.
Walaupun kedengaran ambil pakwe member macam benda yang selalu berlaku dalam novel dan drama, tapi nak buat macam mana...
Penulis watak Yellena tak akan ambil jalan "rembat" pakwe kawan!

"Aku ni siapa? Stella tu siapa? Kau ni pun..." dengusku. Rozy garu kepala, barangkali dia sendiri sedar yang aku bukan tandingan Stella.

"Jangan risau lah Rozy. Aku bukan jenis mudah jatuh cinta. Tambah lagi, Ryan kan pakwe kawan kita," aku tegaskan pada Rozy.
Rozy angkat kening dan tersenyum.

****

Danny dan Ryan bangun lewat. Saat Ryan sedang mencuci muka dan Danny sedang memberus gigi, tiba-tiba mereka terdengar perbualan dari senior atas...

Lebih tepat, perli.

"Semalam dengar kata bawa perempuan masuk bilik," komen salah seorang daripada mereka. Ryan tak berapa dengar, tapi Danny dengar setiap bait perlian dengan jelas.
"Kerap jugak korang," komen seorang lagi. Danny tarik nafas.

Sejak Yellena masuk ke dalam Team A, dia memang sering datang ke asrama lelaki. Tapi mereka tak huat apa-apa yang songsang pun. Team A hanya berbincang mengenai kertas kerja sebelum melaksanakan tugas masing-masing. Setiap kali Yell datang, Danny sendiri yang akan turun jemput dan iring gadis itu sampai ke aras bilik mereka. Untuk pastikan Yell selesa, jangan kata tingkap; bahkan pintu turut dibuka luas agar tak ada yang salah faham.

"Gangbang ke macam mana? Budak perempuan tu dari student council jugak kan?" Soal senior lelaki tersebut. Wajah Ryan merah padam mendengar tohmahan tak berasas mereka. Danny pula segera meludah ubat gigi. Ryan mengetap gigi.

Biadap!

Dah la Ryan yang ajak Yell masuk dalam Team A. Kalau bukan dekat bilik, habis kat mana lagi? Semua peralatan ada di bilik Ryan!

"Sedap ke weh?" Soalan salah seorang daripada mereka menjemput penumbuk maut dari Danny. Namun, Danny sedikit tersilap kerana mereka merupakan ahli taekwando universiti.
Ryan mulanya membiarkan sahaja Danny menumbuk lelaki senior atas tersebut. Namun, sebaik sahaja mereka menyerang Danny kembali, Ryan segera menarik Danny ke belakang.

Habis satu aras kecoh, kemudian hostel pula kecoh dengan kejadian tersebut.

Danny pula hanya dapat luka di muka!

***

"Yell, mulai hari ni kau tak payah datang bilik kitaorang dah," Ryan memberitahu aku sewaktu kami menyiapkan laporan mingguan persatuan.
Aku garu kepala. Aku ada buat salah ke sampai jadi macam ni? Apa yang aku buat?

Atau Stella cemburu kerana aku keluar masuk bilik Ryan?
Tapi Stella tak ada minggu ni.

Ingatan aku kembali pada Rozy. Sebaik sahaja dia dengar yang aku telah melibatkan diri dalam Team A, dia tidak begitu gemar. Katanya, aku terlampau rapat dengan Ryan.
Jika aku berterusan ikut bontot Si Ryan, nanti apa pula kata Stella.

Tapi, Stella jugak yang cadang untuk aku terlibat sama dalam IGCC yang akan berlangsung tahun depan. Aku rasa, Rozy niatnya baik. Mungkin dia tak mahu Stella salah faham dengan aku.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang