"So you tak jumpa apa-apa?" Soalan Vlin mengejutkan aku dari lamunan. Aku terkedu seketika dan menggeleng. Makan tengah hari itu sudah pasti mendapat kebenaran dari suami aku dahulu.
"I dah cari any bukti yang boleh relatekan Ryan dengan cincin, but nothing," tegasku. Aku tersenyum sendirian. Teringat peristiwa malam semalam, tak adalah teruk sangat. Aku gigit bibir, termalu sendirian.
Vlin menjuihkan bibir. Dia pandang aku tak berkelip.
"I did my best," aku cuba menipu. Dia jeling mata.
"No, you did not," tegasnya. Aku ketap bibir, rasa macam aku sudah mengecewakannya. Vlin cakap sesuatu, namun aku teringatkan Ryan pula.
Agaknya dia sarapan apa pagi ni!? Pagi tadi, awal lagi dia keluar ke pejabat tanpa sempat bersalaman dengan aku.
Saat aku celik mata, dia sudah memberikan ciuman di dahi dan berkata dia mahu berangkat dahulu."Yell! You dengar tak I cakap ni?" Suara tinggi Vlin mengejutkan aku yang sedang berkhayal. Aku angguk sahaja walhal aku langsung tak dengar apa yang dia cuba sampaikan. Kepala aku penuh dengan Ryan, Ryan, Ryan dan Ryan sahaja sampaikan tak ada ruang untuk perkara lain.
"Dengar," aku menipu. Aku pandang wajah Vlin yang sepertinya tidak percaya dengan aku.
"Well, I'll find it out for you...soon," pujukku. Vlin masih dengan muka tak percaya.***
Walaupun dia tak mahu dengar, tapi dia terpaksa juga untuk dengar. Cadangan Isabella disambut baik oleh semua orang dalam keluarga Chia kecuali Ryan.
Sengaja Ryan tidak libatkan Yellena ketika ahli keluarga Chia berkumpul. Kalau boleh, dia tak mahu Yellena jadi mangsa keadaan, tersepit antara dia dan ibunya.Jadi, dia bagi alasan yang Yellena sudah berjanji untuk makan pagi dengan ibu saudaranya. Tak pelik, kerana Steve juga mengatakan perkara yang sama.
"So, you're staying here longer untuk uruskan penubuhan yayasan?" Berhati-hati Natasha menyoal. Dia tak mahu adiknya itu melenting kerana mereka bukannya rapat sangat. Kalau bergaduh, nanti ayah akan ada pandangan buruk terhadapnya. Dia jeling ke arah Ryan. Ryan masih sahaja acah terpaling tenang, sedangkan orang yang paling sensitif dengan kehadiran Isabella tidak lain tidak bukan ialah Ryan.
"Yeah," balasnya yakin. Isabella memandang ke arah Ryan tak berkelip.
"Ayah, Ryan will help me," kata Isabella. Semua orang terdiam.
Steve pandang ke arah ayah dan ibunya. Dia kemudian menjeling Natasha. Natasha, selaku anak kedua berdehem."Ryan sibuk dengan HQ," kata Steve. Natasha memandang ke arah Ryan tak berkelip.
"Kalau macam tu, you can let Yellena help me," Isabelle beri cadangan.Natasha berdehem.
"Habis siapa nak tolong I? You tau kan, Chia Department Store sekarang dah jadi entiti berbeza dengan Chia Group?" Natasha juga tak mahu orang-orangnya di ambil.Isabella senyap seketika.
"Well, you can ask your sons to help you out," cadangnya. Natasha senyap. Anak-anak lelakinya tak ada nama Chia di depan! Lagipula, bekas-bekas suaminya juga orang kaya dan ternama. Adalah lebih baik dia biarkan anak-anak lelakinya mengurus perniagaan sebelah keluarga bapa mereka! Kurangnya dia tak adalah rugi sangat setelah bercerai!
"Ayah, how about...Ryan and Yell work with me?" Soal Isabella.
"Mana boleh main petik nama macam tu je,"
Tak puas hati, akhirnya Ryan bersuara. Isabella memandang ke arah Ryan dan tersenyum sinis.Tuan Chia dari tadi hanya berdiam.
"Ayah?" Panggil Isabella.
"Ryan, tolong Isabella," senang sahaja Tuan Chia beri kata putus. Steve sedikit terkedu. Ryan mendengus.
"Yellena sekali," kata Tuan Chia. Natasha menjeling ke arah Tuan Chia. Tak tahu apa perancangannya. Takkan semudah itu bapanya beri peluang kepada Isabella.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...