69

15 2 0
                                    

Shopa. Platform perniagaan atas talian yang dikendalikan oleh Good System Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Ryan Chia. Pelancaran Shopa mendapat liputan media massa dan media cetak. Selaku orang kuat, aku turut bergambar semasa pelancaran majlis itu berlangsung.

Majlis pelancaran itu dilangsungkan di Bar Zoup, sebuah bar terkemuka dalam ibu kota. Rakan niaga awal Shopa dijemput. Aku sempat bertegur sapa dengan beberapa orang pemilik small business dan pemilik syarikat kurier tempatan yang agak maju sambil minum jus.

Aku mendekati Ryan.
"Kau minum ke?" Bisikku. Ryan geleng.  Katanya dia alergik dengan arak. Aku mendengus. Baguslah kalau dia tak minum.

"Stella tak datang ke?" Soalku. Akhir-akhir ini Stella tak pulang ke rumah sewa. Aku senyap sahaja sambil memandang ke arah tetamu. Sempat berbalas senyum dengan mereka.
"Sekarang kami nak keep low," katanya. Aku angkat kening. Ada betulnya. Sejak drama bersiri Stella ditayangkan, adalah lebih baik mereka "keep low" terlebih dahulu. Tak adalah kecoh sangat dikalangan netizen yang mereka bercinta.

"Vlin tak datang?" Soal Ryan. Aku pandang Ryan.  Sepatutnya Vlin datang mewakili pelabur utama Tang Foundation, namun Vlin sengaja buat begitu. Barangkali tak nak terlibat dalam pengurusan. Ataupun...

"Wakil Tang Foundation sorang pun tak datang," bisik Ben. Aku angguk. Ryan pandang kami.
Mana pulak datangnya Ben. Tadi tak ada.
"Tang Foundation memang tak selalu terlibat dalam event macam ni," bisik Ryan, macam tahu je selok belok Tang Foundation, pelabur utama kami. Aku diam, ya lah kan! Ryan pun ada duit dan saham dia jugak! Dia kan ahli lembaga pengarah!!

Semua orang bertepuk tangan, tiba-tiba sahaja. Aku dan Ryan seperti terkejut. Ben juga macam terkejut. Event organiser buat apa? Aku segera panggil Nicholas tanya apa yang terjadi.
"Apahal tu?" Soalan aku dijawab sebaik sahaja Presiden Chia, Puan Besar Chia, Steve Chia dan Natasha Chia masuk. Diana, Danny dan beberapa orang lagi adik beradik sepupu Ryan masuk. Cuma, Puan Jennifer sahaja yang tak kelihatan.
Aku pandang Ryan. Jadi, semua ahli keluarga dia dijemput.

Wajah Ryan tampak tenang dan ceria. Barangkali dia dah jangkakan sorakkan ini dari awal.

Para wartawan mengambil gambar Presiden dan keluarga. Aku dan para pekerja berdiri di belakang Ryan.
Presiden berjalan dengan bangga ke arah Ryan. Presiden menghulurkan tangan untuk bersalam. Tangan itu disambut oleh Ryan dengan senyuman.

"Tahniah!" Kata Presiden. Ryan senyum bangga. Aku dan lima orang rakan niaga, yang paling awal berkhidmat dalam Shopa mengambil giliran bersalam dengan Presiden Chia. Ryan memperkenalkan kami kepada setiap ahli keluarganya. 

Ryan kenalkan aku sebagai Orang Nombor Dua dalam Shopa, ataupun dalam permainan chess, aku pegang posisi Queen, boleh gerak ke mana-mana manakala Abraham sebagai orang kuat ataupun bishop, duduk di sebelah Queen, sementara Nicholas dan Ben pula sebagai knight dalam permainan caturnya. Aku rasa Presiden suka catur, sebab mendengar Ryan jelaskan kami macam buah catur dia tampak gembira.
"Habis, you lah King?" Soal Presiden. Kami berempat pandang pada Ryan. Ya! Dia lah King! Dia kan pemilik!
"Posisi King saya tak cukup kuat ayah," ujarnya.
"Saya boleh gerak selangkah, mereka semua lain," kata Ryan.
Kami berempat senyum mendengar Ryan memuji kami. Gembira, Presiden tepuk bahu Ryan.

Antara ahli keluarga Chia, Danny sempat menjabat tangan aku lama, sambil tersengih nakal. Aku ketap bibir, Danny ni memang nak kena. Saat bersalaman dengan Natasha Chia, aku dapat rasakan aura Vlin 2.0 terpancar padanya. Gaya yang sarkastik, mata yang menjeling, memang Vlin 2.0 sangat.

Nicholas kemudian membawa mereka ke kerusi tetamu VVIP. Aku lihat Presiden Chia dan Steve Chia sempat bertegur sapa dengan beberapa jemputan kenamaan. Dari jauh, Steve Chia kelihatan biasa sahaja. Barangkali tenggelam dek aura Presiden Chia.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now