Sampai di Dew Hotel, tempat MT kami. Hotel yang terletak di belakang pergunungan. Ada aktiviti main paintball dan naik atv serta beberapa aktiviti separa lasak.
Kami berenam. Aku seorang sahaja perempuan.
Setelah sampai ke destinasi, kami memunggah barang dari kereta.Waktu keluar dari van, aku dan Ryan saling menjeling. Kami berdua dah janji tak nak cakap tentang hal Vlin pada Danny. Macam Ryan cakap, kami akan cuba rahsiakan pengetahuan kami selama mungkin.
"Wah! Segarnya udara!" Komen Nicholas. Bunyi macam klise, tapi itulah ayat yang terpacul dari mulut Nicholas. Ben dan Abraham membantu kami punggah barang. Danny sedang bersenam sedikit, barangkali penat akibat memandu van. Sebab dia orang asing, jadi Abraham buli Danny untuk pandu van kami. Lagipun, Danny sahaja ada lesen kelas B, yang lain tak ada.
Alasan dia ambil lesen lori, katanya senang nak bawa alatan fotografi.
Ryan membantu aku angkat beg. Beg aku sebenarnya tak adalah berat sangat, tapi masih boleh dikira berat.
Beg luggage warna pink itu di angkat oleh Ryan."Meh sini beg," pintaku.
"Eh! Takpe. Aku angkat," kata Ryan. Dia mengusung beg aku dan begnya ke hadapan hotel.Namun, belum sempat dia sampai, Danny menahan Ryan.
"Beg Yell kan yang pink ni?" Soal Danny. Ryan angguk.Danny mengambil beg tu dari tangan Ryan.
"Beg girlfriend aku, akulah yang bawak," kata Danny tersenyum. Ryan angkat kening, dan memberikan beg aku pada Danny. Aku pula yang blur tiba-tiba. Gaya Danny cakap tak kedengaran cemburu, tapi cukup buat aku rasa semacam. Ryan tidak ada sebarang reaksi. Aku bagi orang lelaki masuk dahulu, saat aku masuk, Ryan masih lagi tolong bukakan pintu dengan sebelah tangan.
Abraham beratur mengambil kad bilik. Aku dan Ryan memeluk tubuh.
"Apahal aku rasa aircond hotel ni sejuk semacam?" Serentak kami bersuara. Kami melihat ke arah pendingin hawa. Danny tidak membalas, dia tampak tenang sahaja. Tidak lama, Abraham datang dengan kad bilik. Kad-kad itu diberi pada Ryan.Ryan melihat setiap kad itu. Dia menghulurkan sekeping, pada Abraham dan Nicholas.
"Nick, kau dengan Ben," kata Ryan membahagi bilik."Abraham; kau bilik sorang," ujar Ryan lagi.
"Apahal dia bilik sorang?" Soal Ben.
"Senang dia nak call anak bini," kata Ryan. Ben tidak jadi bercakap, diam sahaja."Yell perempuan. Bilik sorang," Ryan menghulurkan kad bilik pada aku. Danny dan aku saling berpandangan.
"Kau dengan aku," kata Ryan menghulurkan sekeping kad kepada Danny. Danny menjeling aku. Aku pura-pura buat taktahu sahaja.Kami berenam menaiki elevator. Danny masih lagi membawa bagasi aku, jadi Ryan yang tolong tahan pintu elevator untuk aku naik.
"Korang tingkat atas kan," ujar Ryan menekan nombor lapan dan tujuh.Aku lihat kad bilik. Aku di tingkat 7.
"Bilik kau depan bilik kitaorang Yell. Apa-apa roger jer," kata Ryan melihat aku. Aku angguk. Memanglah. Dah jadi satu-satunya ahli perempuan di kalangan lelaki, memanglah diaorang layan aku baik sikit. Tak adalah baik sangat. Kadang-kadang sahajalah. Itupun ikut orang. Kalau Ben atau Nicholas, mereka memang layan aku macam member lelaki. Kalau Abraham, disebabkan dia ada isteri, jadi dia lebih faham sikit perangai orang perempuan.
Ryan, dia memang dari dulu lagi gentleman.
Danny... macam tu lah. Pakwe aku kan, mesti layan aku terpaling baik. Bak kata pepatah, lautan api pun kalau boleh dia berenang, dah lama dia renang untuk aku.
***
Stella paksa diri untuk minum sos ikan. Kemudian dia tersenyum pada kamera. Jangan kata pengarah, malahan krew produksi turut terkejut apabila Stella boleh minum Americano yang diganti dengan sos ikan nafla tanpa sebarang riak pelik.

YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...