27

15 2 0
                                    

Vlin membuka kotak lama. Sambil duduk di bawah meja kerja, dia memeluk lutut menatap gambar-gambar ketika dia dan Daston di universiti.

Daston Tang.
Bekas suaminya.

Lebih tepat lagi, seseorang yang memiliki impian dan cinta.

Vlin menatap gambar lama mereka, sesekali air matanya menitis. Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan dan penceraian mereka. Dia tidak salahkan Daston, waktu itu mereka masih terlampau muda untuk tanggungjawab. Tambahan, Vlin ada beban tambahan yang perlu dia galas.

Selepas tamat universiti, belum dapat skroll lagi mereka dah daftarkan perkahwinan. Daston bukannya dari keluarga biasa sepertinya, namun disebabkan hal kecil itu dia di buang oleh keluarga. Saat itu pula, ibu bapa Vlin yang menjaga Yellena kemalangan dan terpaksa meninggalkan si kecil itu bersamanya.

Daston susah. Vlin juga susah. Keluarga Daston menghalang satu per satu urusan kerja Vlin. Sehinggakan kerjanya di The League, juga mendapat masalah hingga dia terpaksa berhenti buat seketika. Kerjaya guaman tidak lancar, Daston juga sukar untuk dapatkan kerja tetap. Untuk membesarkan anak yang mereka masing-masing tak bersedia, akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk berpisah setelah setahun perkahwinan. Namun, perpisahan bukan bermakna saling melepaskan. Mereka cuma berpisah atas kertas, Daston kembali kepada keluarganya, dan dia juga tidak lagi di ganggu.

Namun, sekelip mata berubah apabila dia mendapat satu panggilan.
Panggilan yang menyatakan Daston ingin kembali. Kali itu dia nekad untuk tinggalkan keluarga.

Walaubagaimanapun, belum sempat mereka kembali, Daston dikatakan maut kerana terjatuh di laut ketika membuat kerja sambilan sebagai pemandu kapal yatch untuk sebuah parti hari jadi. Sekelip mata, keluarga Daston yang sebelumnya bangga dengan kekayaan mereka memiliki syarikat rekaan kecil-kecilan, jatuh muflis.

Disebabkan Daston, Vlin jadi minat pada bidang rekaan dalaman. Dan itu punca dia bekerja sebagai interior designer.

"Hey, Daston...now is the time right?" Soalnya. Dia mengambil pemetik api dari dalam poket. Bakul sampah besi di tarik agar lebih dekat dengannya.

"I love you so much," ungkapnya seraya membakar satu demi satu gambar kenangan mereka. Air matanya kering begitu sahaja. Setelah semuanya dibakar, Vlin mengambil telefon.

"Can I come back? Tu pun kalau The League still nak I lah," kata Vlin. Dia mendengar kata-kata pegawai di sebalik telefon sebelum tersenyum.

***

Danny melambai ke arah tiga orang perempuan itu. Yell hanya dengan muka selambanya, sementara Rozy pula tekup muka dengan beg tanpa sebab. Cuma Stella sahaja yang membalas lambaian Danny sebelum mereka bertiga berjalan ke arahnya.

Konsert live band sudahpun bermula. Ryan berpeluk tubuh sahaja dari tadi. Dia melihat ajk sedang bersusah payah di bawah pentas. Semalam lagi dia dah pastikan semuanya berjalan lancar.

Ryan memandang Stella. Macam biasa, tetap cantik dengan solekkan nipis. Namun, dia tak boleh lama di situ. Dia perlu ke belakang pentas. Barangkali, Yell juga perlu ikut dia untuk acara penutupan.

Stella berdiri antara Ryan dan Danny. Yell dan Rozy pula berdiri di sebelah Danny.
"You like the band?" Soal Ryan pada Stella. Stella angguk.
"Great," balas Ryan tersenyum. Ryan kembali menghayati musik yang dinyanyikan.

Danny sesekali menjeling Yellena. Dia rasa macam nak ucap terima kasih dekat Rozy sebab berusaha untuk tolak Yellena ke sisinya. Namun, Rozy lagi awal cuba cover line dengan buat-buat seronok dengar muzik. Yellena pula, sukar dijangka. Dia tak nampak macam seronok sangat dengan muzik, cuma sekadar ada sahaja di situ. Barangkali, fikirannya melayang jauh ke angkasa raya.

Stella memandang Danny.
"Danny, you like the band?" Bisik Stella. Namun, disebabkan Danny tinggi, dia tak dapat dengar dengan jelas apa yang Stella katakan. Jadi, dia bongkok kan sedikit badannya ke arah Stella. Stella mengulang semula pertanyaan tadi.
Danny angguk.

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka tajam.

"Yell!" Dari jauh Ryan memanggil. Pantas, Yell memandang Ryan. Ryan membuat isyarat "jom" menandakan mereka perlu berada di belakang pentas untuk upacara penutupan.

"Dah nak pergi?" Soal Rozy. Yell angguk.
Yell memandang Stella dan Rozy. Fiq dan Jean tak ada bersama mereka, mungkin bertugas kerana nama mereka tersenarai dalam ajk majlis penutup. Maklumlah, budak sains komputer, mestilah kena ada belakang pentas untuk urusakan benda alah komputer.

"Danny, japgi kau hantar Stella dengan Rozy balik," arah Ryan. Dia kemudian tersenyum.
"Kau dengan Yell lambat ke?" Soal Danny. Dia memandang Yellena.

Yell angguk. Ryan juga angguk. Danny seperti tak mahu. Memanglah kawasan universiti tak bahaya, tapi dah lewat malam kan.
"Minta tolong ehh," kata Yell seraya mencapai lengan Danny.
Danny memandang tangan Yell yang selamba memegang lengan di sekitar kawasan siku. Mata Yell begitu penuh dengan pengharapan. Jarang sekali dia dapat bertentang mata sebegitu, Yell lebih gemar alihkan pandangan.

"Okeii," bagaikan lembu dicucuk hidung, dia terus bagi kata setuju. Yellena tersenyum ikhlas padanya.

***

Ucapan Ryan sebentar tadi agak ringkas namun berjaya membuatkan semua pelajar menepuk tangan. Paling aku ingat ialah ucapan di mana dia dah tak nak handle majlis untuk event mendatang, tapi dalam bentuk gurauan.

Kalau kau cukup kenal Ryan,kau akan tahu yang dia tak akan menolak sebarang tanggungjawab yang perlu dia galas.

Lambat-lambat aku menepuk tangan. Keadaan di belakang pentas agak terurus, semua disebabkan ahli jawatankuasa kecil dah berusaha sehabis baik. Setelah tamat program, aku dan Ryan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat di belakang pentas.

Setelah itu, kami berdua pergi ke bilik persatuan pelajar untuk ambil senarai nama dan fail pelaporan. Kebetulan, beg kertas yang aku usung ke hulu ke hilir dari semalam juga ada di belakang pentas.

Ryan mencari fail pelaporan di rak. Aku berdiri sahaja, memegang beg kertas itu. Setelah dia menjumpai beg kertas itu, dia berikan pada aku.

"Thanks for helping out Yell," katanya. Aku angguk.

"Ryan," panggilku. Aku menghulurkan beg kertas.
"Apa ni?" Soalnya. Dia melihat ke dalam kemudian terlopong. Ryan mengambil beg hijau lusuh itu keluar. Dia memandang beg itu sambil tersenyum.

"Aku cari merata kau tau tak!" Dia berkata. Aku sengih. Rasa bersalah sebab tak bagitahu lebih awal.
"Aku nak cakap, tapi tak sempat," jujur ungkapku. Ryan memandang ke arah tempat sulaman yang aku jahitkan kerana beg itu sudah terkoyak.

"Sorry Ryan. Aku tak tahu nak cover macam mana dah," kataku merujuk kepada tampalan pada koyakkan di beg tersebut.
"Kau sulam sendiri ke ni?" Soalnya, lebih berminat dengan sulaman berbanding tempat koyak.
Aku angguk.

"Yellow tulip?" Soalnya.

"Yeah," ujarku.
"Apa makna dia?" Soalnya.

"Well. Dalam interpertasi moden, tulip kuning membawa maksud persahabatan. Sebab warna kuning warna yang terang, boleh membawa maksud kebahagiaan dan keceriaan. Happiness and cheerfulness," ujarku.

"Haa?" Ryan macam tak faham.

"Dalam erti kata lain, just because. No reason in particular," ujarku.

"Deep jugak maksud dia," komen Ryan. Aku angkat kening.

"Why yellow tulip?" Soalnya. Aku tak tahu sama ada dia polos atau dia menyoal tanpa sebab. Ataupun boleh jadi dia nak tahu kenapa dalam banyak-banyak corak yang ada aku akan sulam bunga tulip kuning pada begnya.

"I think you're bright person, so I choose yellow tulip," ujarku. Dia sengih. Barangkali setuju dengan ayat penyata bahawa dia seorang yang ceria.
"I think yellow tulip represent you the best," komenku.
"Bright and happy," ujarku.

Ryan angguk. Dia memandang sulaman itu.

"Thanks again," ujarnya. Aku senyum segaris.

Aku harap dia tak cuba-cuba cari maksud yang lagi satu untuk bunga tulip kuning.

Author note;
The League? Boleh check cerita author "My Flower Lily", yang tu dah habis tamat hahahahahah.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now