"So, can I jadi mc for the wedding?" - Ben
"The news were not fake news?!" - Fiq
"You guys match well! I'm so happy for you!" - Rozy dan Jeans.
"I definitely will come with a plus one!" - Nicholas.
"Finally! It's THE WEDDING of president and vice president," - Student Council University of Gelgium.
"You guys basically married to work! Now baru nak realise that you guys need a wedding?" - Shopa's ex-staffes.
"Hi guys! Finally I received my invitation card!" - Kwan Yul memuat naik video berdurasi 30 saat dengan aku dan Ryan yang melambai kekok.
Reaksi berbeza diterima daripada rakan-rakan. Bahkan, beberapa orang dari persatuan pelajar bahkan sudah menjangka akan menerima undangan. Mana tidaknya, video yang Kwan Yul upload menjadi topik hangat netizen.
Hari itu, nama aku dan Ryan atau lebih tepat #RyanYellenaLoveStory menjadi carian utama di media sosial tempat pertama dan kedua. Tempat kedua pula #RyanYellenaTieTheKnot menjadi carian utama, semuanya gara-gara Kwan Yul yang menggunakan tanda pagar itu. Bagi tanda pagar pertama, aku faham dari mana datangnya! Ryan lamar aku saat kami di konsert Taylor Swiss di mana lagu itu menjadi anthem kami berdua.
Di tempat ketiga pula, Chia Storeline. Dan, Kwan Yul di tempat ke empat."I kinda like the tanda pagar," komen Ryan.
"It's on the invitation card. I rather said, your aunt is a witty one," ujarnya.Mendengar pujian Ryan terhadap Vlin, aku jadi senang hati.
"Princess," panggilnya.
Aku pandang Ryan. Dia menghulurkan sebentuk cincin kepadaku.
Cincin emas putih, terpahat tulisan D&V pada cincin tersebut. Ryan senyum."This is my life saviour," katanya. Aku tunjukkan cincin yang Ryan beri kepada aku ketika melamar di konsert tempoh hari.
"I need you to keep this for me," pintanya. Aku angguk.
***
"We're not moving," Stella berkeras dengan keputusan tidak mahu berhijrah ke luar negara dengan Danny. Dia seronok hidup di rumah villa sebagai Puan Muda Chia! Kenapa dia perlu pindah rumah kerana Ryan dan Yellena kahwin!? Lagipun, Ryan sudah ada rumah sendiri! Mereka bukannya nak duduk sebumbung.
"Because it'll be more awkward!" Tegas Danny. Namun begitu, Stella tidak setuju. Dia langsung tak ada masalah dengan Yellena mahupun Ryan. Dia juga tak begitu memahami mengapa Danny beranggapan mereka akan kekok bersama.
"I tak rasa kekok," jelas Stella.
"For god sake Stella. You tak rasa ke the awkwardness between the four of us?!" Danny akhirnya bersuara tinggi. Stella masih lagi bersikap tenang. Bahkan, sikap tenang Stella yang bagaikan air sungai mengalir tenang ini sekadar menimbulkan salah faham dalam keluarga!
Danny tak mahu mengalah. Dia akan tetap dengan keputusannya untuk berpindah. Stella perlu akur.
Mereka perlu masa berjauhan dengan Ryan dan Yellena yang baru masuk ke dalam keluarga mereka."Ke masalahnya you? You tak move on dari Yellena lagi kan?" Soalnya pesimik. Danny tak membalas.
"Ha! Tengok! I cakap apa!" Stella meyeringai. Dia dah agak yang suaminya tak boleh move on dari cinta lama sedangkan semua orang dah boleh tutup buku lama dan buka buku baharu! Masalahnya ialah Danny!
"Did you even try?" Sindir Stella. Bagi Stella, melarikan diri keluar negara bukan jalan penyelesaian. Danny perlu buat sesuatu tentang hatinya! Lagipun, berhijrah keluar negara takkan buat nama Stella kekal lama dalam industri.
Pelakon yang jarang berlakon takkan mudah dapat tawaran semula! Dia dah banyak tolak tawaran lakonan semenjak melahirkan Aurora."Don't question my effort,"tegas Danny.
Stella memeluk tubuh.
"You had any effort?" Sindirnya.
"Yell is my first love! I worked so hard to make her reply cinta I. Yell taught me how to love. It's normal if I still cannot let her go. There's lingering feelings!" Kata Danny.
Stella mencebik. Dia juga ada Ryan sebagai teman lelaki pertama. Tapi tak adalah teruk macam Danny! Senang sahaja Stella move on!
"Mungkin you kena mengandung dan separuh mati melahirkan si Aurora baru you faham kot..."
"We are living in the present!"
"Yell and Ryan is our past!"
"We have Aurora!" Marah Stella. Dia tak boleh terima alasan Danny yang ada saki baki perasaan kepada Yellena. Baginya, melupakan cukup senang!Danny diam membisu.
"I know kita ada Aurora between us," balasnya.
"Migrating overseas is also my effort you know," pinta Danny.
***
Vlin bersandar di pintu bilik melihat aku mengemas barang untuk pindah masuk ke rumah Ryan. Dia tidak bercakap, mahupun membantu aku kemas barang, sebaliknya hanya menjadi mata helang, memerhati setiap langkah aku mengosongkan almari.
"Eh, you tak tinggal baju dekat sini sama ke?" Soalnya melihat aku mengambil semua baju di dalam almari, satu pun tak tinggal.
Aku pandang Vlin.
Aku nak pindahkan? Mestilah kena bawa baju-baju aku."At least keep some of your clothes here," katanya selamba. Dia masuk dan duduk di birai katil sementara aku bersila mengemas bagasi.
"This is your house too. Nanti you balik sini tak ada baju pulak," katanya. Aku pandang Vlin tak berkelip. Wajahnya tenang, dan dia cuma pandang aku tanpa menghulurkan pertolongan.
"Who knows, you bergaduh dengan Ryan nanti. At least you still have this home to come back," katanya berpeluk tubuh. Aku senyum ke arah Vlin. Belum kahwin lagi dia dah fikir aku akan bergaduh dengan Ryan.
"Okay. I tinggal baju ni," kataku mengeluarkan semula beberapa helai baju. Aku simpan semula baju itu di dalam almari.
"When I get married to Daston, I don't have any returning place," katanya.
"I tak nak lah you terima nasib yang sama," ujarnya. Dia kemudian memandang ke arah almari kecil di tepi katil aku. Matanya terbeliak.
Cepat dia bangun mengambil cincin yang aku letak di atas almari itu.Aku pula, leka menyusun semula beberapa helai baju ke dalam almari.
"I was thinking. Nanti bila I dah kahwin dengan Ryan, boleh ke I nak balik sini bila-bila? Or I kena inform you dulu?" Soalan aku bertanya."Suka hati," jawabnya sepatah.
"Yell, where did you get this ring?" Soalnya. Aku kemudian berpaling ke arah Vlin. Mukanya pucat lesi, ditores tak berdarah. Tangannya menggeletar, bahkan pertama kali aku lihat wajahnya tak keruan begitu. Selalu, Vlin akan jadi begini bila dia terfikir tentang Pak Cik Daston.
Aku pandang cincin yang Vlin maksudkan. Cincin itu pemberian daripada Ryan, suruh aku simpankan kerana cincin itu penyelamat dia."What's wrong Vlin?" Soalku kekok, bergetar kerana risaukan dia. Aku mendekati Vlin perlahan.
Dia kemudian tunjukkan rantai yang selama ini dia pakai tetapi aku tak perasan. Dia keluarkan rantai itu, ada sebentuk cincin.
D&V.
Ukiran dan stail yang sama, namun saiz berbeza. Jelas cincin yang aku pegang milik lelaki manakala cincin Vlin saiz perempuan.
"This is your Uncle Daston's ring. We made this together," katanya bergetar.
"Ryan knows Daston!" Katanya meninggi. Aku segera peluk Vlin. Dia mulai menangis hiba.Dia kemudian pegang tangan aku.
"Yell, you must help me," pintanya.
"You must ask him what happened to my Daston," rayunya.
Aku telan air liur. Bagaimana? Dia tak cakap. Tapi melihat Vlin sedih, hati aku jadi sakit."I will," janjiku.
"Anything for you," balasku."Anything for you mother," bisik hati kecilku. Vlin sentisa akan jadi Vlin. Dia bukanlah sosok ibu yang baik untuk ku.
Dia sentiasa akan jadi Vlin.
Dan Vlin, ialah seseorang yang aku impikan sebagai ibu.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...