Beberapa bulan berlalu. Tahun 3 terasa begitu pantas untuk kami. Aku memandang Jean yang duduk di kerusi hadapan pejabat sementara kami. Wajahnya kelihatan cengkung dan keletihan. Tidak lama, Fiq masuk dengan Rozy. Gaya mereka kelihatan ceria. Aku sempat menjeling Jean. Sejak Fiq dan Rozy cakap bahawa mereka sedang bercinta, Jean yang dah memang pendiam itu menjadi semakin pendiam.
"How's things going on!" Soalnya pada Jean.
"Okey. Dah seratus peratus siap, tinggal nak hantar kat prof bagi kelulusan...and, we can go to the competition," balas Jean. Dia tampak tak selesa apabila Fiq mendekatinya."Great!" Kata Fiq dan meletakkan tangan di bahu Rozy. Menjadi lumrah bagi yang bercinta, sejak Rozy dan Fiq jadi pasangan, masa yang diluangkan oleh Rozy dengan aku semakin berkurang. Dah la Stella tak ada sekarang ni.
Tapi aku tak terkesan sangat. Sejak naik jadi Naib Pengerusi Persatuan Pelajar dan jadi orang kanan Ryan dalam Team A, aku juga sibuk. Sampaikan tak ada masa dengan kehidupan.
Ryan pula, katanya hari ini dia perlu teman Stella ke J City Fashion Week. Tak pelik. Teman lelaki mestilah kena ada sentiasa dengan kekasih hati.
"Okay. Apa-apa hal kau sms or emel aku," kata Fiq lantas menarik tangan Rozy.
"Kau nak gi mana? Petang ni kelas pukul dua," tegur Jean tegas. Fiq gigit bibir."Pergi tengok fashion week. Stella ada hari ni," katanya. Jean mengetap bibir. Memanglah Stella ada, tapi kita ada kelas kan.
"Kuota ponteng aku ada lagi lahhh, bye!" Katanya membawa Rozy keluar. Aku pandang wajah muram Jean. Kebelakangan ini, aku dan Jean sahaja yang bekerja di pejabat sementara ini.
"Dah tahun tiga kot. Ponteng apa lagi," dia mengomel tak puas hati."Kau tak pergi Yell?" Soalnya. Aku mendengus.
"Ada kelas kan," tegasku. Kami bercakap tentang Rozy dan Fiq yang bersikap sambil lewa terhadap kelas.Memang sikap kata belakang tak baik di amalkan dalam sebuah persahabatan. Tapi, kalau member dah kata depan pun tak jalan. Wajah sugul Jean jelas kelihatan. Barangkali cemburu apabila Fiq dan Rozy bersama.
"Why don't you tell Rozy you like her?" Soalku. Aku buat-buat sibuk menghadap komputer. Sesekali menjeling riak wajah Jean. Dia tersenyum pahit sebelum tunduk. Aku jeling pula kerusi Ryan yang dah beberapa hari kosong. Kebelakangan ini aku cuma bertembung dengan Ryan di pejabat persatuan pelajar sahaja, tidak nampak pula kelibatnya di pejabat Team A.
"Aku ni siapa...Fiq lain lah," ujarnya hampa. Aku pandang Jean yang tunduk hiba. Suaranya lemah sahaja.
"Cinta bertepuk sebelah tangan ni...somehow..."ujarku tergantung. Aku pandang kerusi kosong Ryan. Jean pula pandang ke arah pintu tempat Fiq dan Rozy keluar bersama tadi.
"Lonely," kata kami serentak sebelum memandang antara satu sama lain.
****
"Sayang, I'm sorry," kata Ryan. Dia telan air liur. Stella sedang memakai subang, bersedia untuk pertunjukkan fesyen. Walaupun Stella cuma model kelas C, tapi dia tetap gigih. Berbanding model kelas A dan kelas B, jurusolek yang bertugas untuk mereka buat kerja macam hampeh sahaja. Sudahnya terpaksa Stella sendiri yang menyempurnakan solekan.
Baju yang diberi juga macam tak ada kain sahaja.
Tapi dia tak kisah semua tu.
Paling dia bengang apabila Ryan sempat membalas senyum dengan model-model dari kelas B. Pantang di tinggal, cepat sahaja Ryan dihurung oleh semut-semut bodoh tak guna tersebut. Padan dengan si semut pun! Sebab dia Ryan Chia jadi kau pun nak terhegeh-hegeh kan!
"Lain kali you tunduk or pakai face mask," arah Stella. Ryan tunduk. Stella selalu datang angin cemburu buta. Bahkan pernah sekali Setiausaha Persatuan Pelajar kena maki dengan Stella disebabkan cemburu. Jadi satu hal pula Yell kena ganti Ryan dalam berurusan.
"Okay," lemah jawab Ryan. Dia setuju sahaja dengan Stella asalkan gadis itu tak marah-marah.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...