154

18 4 0
                                        

Antara sebab Ryan tak suka memandu adalah kesesakan lalu lintas. Dia melihat kehadapan, kereta masih beratur panjang, sedangkan Forte Restaurant cuma 10minit sahaja dari tempat pemanduannya.

Dan jem ini, rasanya setengah jam pun belum tentu! Puncanya ada lori terbalik di hadapan. Ryan mengetuk stereng. Dia kena cepat halang Yellena sebelum gadis itu terluka. Pada mulanya, dia sendiri dah mengalah. Namun, mendengar kata Ben yang Yell bersungguh untuk malam ini, dia tukar fikiran.

Yell kawan baiknya! Ryan ketuk stereng kuat. Rasa nak tekan hon kuat-kuat terbantut apabila kereta belakangnya dah tekan hon. Dia termenung seketika, memandang kiri dan kanan. Tak gerak langsung.

Wait a minute!
Ada public parking di sebelah kirinya! Kalau dia letak kereta dan berlari ke restoran, dia akan makan masa dua puluh minit! Itupun kalau dia ikut jalan shortcut! Masa lebih pendek, dia boleh dapatkan Yell lebih awal dan...
Dia akan penat...sedikit!
Tak kisahlah penat! Yell banyak berkorban untuknya! Setakat lari sedikit takkan menjadi masalah!

***

Aku duduk di atas tangan. Pendingin hawa tak sejuk, tapi aku rasa seram sejuk.

Kenapa ada Stella sekali.

Makanan sampai. Pelayan yang menghidangkan makanan sempat senyum lagi pada aku. Dia nampak Stella, dan turut tersenyum...
Namun, Stella jeling dia!

"You guys cakap lah," selamba sahaja kata Stella. Dia kemudian bersandar pada kerusi sebelah Danny dan fokus dengan ipad. Aku yang duduk setentang dengan Danny jadi bingung. Aku jeling ke arah Stella, tunggu Danny beri penjelasan.

"Yell..." dia panggil aku. Aku pandang Danny, tangan masih disorokkan bawah peha. Ini waktu yang sesuai kah untuk aku tayang cincin.

Tak.
Mungkin ya...
Aku tarik tangan kiri yang tersarung cincin.

Satu..
Dua...
Ti...

Danny hulurkan sekeping kad. Aku gunakan tangan kanan untuk mengambilnya. Aku membaca kad itu.

Undangan perkahwinan.
Danny x Stella

Nama mereka dalam tulisan bewarna emas. Di situ turut tertulis tarikh, hujung bulan ini. Aku terkedu seketika.
Prank camera ke?
Aku toleh kiri kanan! Mana tahu Stella tengah shooting rancangan anekaragam. Tak ada.

Aku pandang Danny kembali.

"Hah?" Soalku. Aku paksa mulut ini untuk ukir secangkir senyuman agar situasi tak begitu kekok. Danny menarik nafas dalam sebelum menghembusnya kuat.

"You tak nak cakap biar I cakap!" Stella tiba-tiba bersuara. Wajahnya sombong, dia melirik Danny sambil tangannya masih lagi menari di atas ipad.
"You diam kejap boleh tak?" Soal Danny. Stella terus buat isyarat zip mulut.

"Macam you tengok dekat kad, I nak kahwin dengan Stella...." Katanya perlahan. Tenang. Tapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

"Hah?" Balasku polos. Sekejap! Aku tak faham! Aku dengan Danny elok sahaja. Kami jarang bergaduh, tak bermasam muka, semuanya normal! Dia lamar aku! Antara kami tak ada perselisihan faham. Semalam, kami saling bermesej menyatakan rindu antara satu sama lain, kenapa hari ini macam lain pula keadaannya! Macam mana dia boleh tiba-tiba nak kahwin dengan Stella sedangkan dia janji nak kahwin dengan aku.

Aku genggam tangan kiri erat-erat. Cincin yang sebelum ini sempurna di jari terasa longgar!

"Tapi..." aku hilang kata-kata sebaik memandang wajah tegas sejuk beku Danny. Wajahnya tak menggambarkan yang dia sedang bergurau. Aku pandang Danny tak berkelip.

Please cakap ni semua prank!

Aku pandang Danny, minta penjelasan. Stella teman wanita Ryan! Ryan? Macam mana dengan Ryan? Dia dah tahu ke? Jadi selama ni, bukan Ryan yang nak kahwin dengan Stella tapi Danny...
Sebentar...
Habis tu Ryan macam mana?

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang