"Kalau macam tu, you bawa Stella...I bawa Ryan," aku beri idea. Aku ketawa perlahan. Rasa macam aku lah yang terpaling bijak dalam abad ini. Begini ceritanya...
Danny mahu ajak aku keluar makan malam.
Katanya, dia ada kerja dengan Stella hari ini. Disebabkan hal itu, aku dapat idea untuk satukan Ryan da Stella, menggunakan alasan makan malam. Macam apa yang dia orang berdua pernah buat dekat aku dan Danny! Aku pun akan buat benda yang sama! Harapnya mereka akan kembali bersama dan berbaik-baik macam dahulu."Perlu ke kita buat macam tu?" Danny agak keberatan dengan idea aku.
"Perlu!" Balasku.
Aku kemudian menjelaskan bagaimana Ryan dan Stella sengaja cipta peluang untuk kami bersama dahulu. Kini giliran mereka pula."I really think kita tak patut campur tangan," getus Danny. Dia tak nampak macam nak membantu. Aku mendengus. Namun, aku tahu, dalam hubungan antata aku dan Danny, sudahnya dia akan turutkan aku juga.
"Kita bukan campur tangan...kita cuma create peluang," tegasku. Danny diam sejenak."I tak yakin Stella nak ikut kalau tau ada Ryan," Danny membalas. Aku merengus.
"Then you don't have to tell her!" Tegasku. Aku yakin sangat rancangan aku nak satukan Ryan dan Stella kembali akan berjalan lancar!***
"Stella, after this...you nak ikut I keluar makan tak?" Soal Danny setelah mereka berehat dari photoshoot. Entah kenapa wajah Stella yang segak di rias masih kelihatan penat.
"Okay," jawab Stella.
"I had things to talk with you," kata Stella lagi. Danny angguk kepala.
"Then, I'll pick you up dekat backdoor?" Cadang Danny. Stella kemudian mengangguk. Genie yang ada di sisi Stella tak berkuasa untuk melarang. Lagipun, dia tahu yang Danny adalah kawan rapat Stella sejak sebelum debut lagi.
***
Aku pujuk tak berjaya, akhirnya aku ambil keputusan untuk seret Ryan keluar makan. Walaupun berat kakinya melangkah, dia akhirnya turutkan aku juga. Danny dah update yang dia dan Stella sudah menunggu di ruangan peribadi restoran, jadi aku heret tangan Ryan untuk ikut aku naik ke tingkat dua restoran .
"Yell!" Sapa Danny. Stella diam sahaja, berpeluk tubuh dengan muka yang kepenatan. Aku tersengih sebelum melambai Danny, sebelah tangan aku masih pegang tangan Ryan.
"I didn't sign up for this!" Ryan buat muka tak selesa. Aku cubit lengan Ryan dan tarik dia untuk duduk di sebelah Stella. Aku kemudian duduk di sebelah Danny. Danny awal lagi dah tarik kerusi untuk aku.
"Long time no see," tegur Ryan pada Stella. Stella balas hmm sahaja. Aku dan Danny senyum kekok, sebelum Danny cadangkan untuk panggil pelayan. Dengar perkataan pelayan, Stella terus pakai facemask.
"Saya nak air macam promo dalam gambar ni," ujarku kepada pelayan sebelum kami putuskan tak ada apa-apa pesanan untuk ditambah.
Kekok.
Senyap.Kedudukan kami agak okey. Aku duduk bersebelahan Danny. Ryan di hadapan aku.
Stella di hadapan Danny, sebelah menyebelah dengan Ryan."Last kita lepak macam ni before Danny pergi Afrika kan," aku bersuara. Kata-kata aku disokong oleh Danny. Ryan diam sahaja, memandang aku dan Danny. Dia langsung tak toleh ke arah Stella.
"Shall we go out?" Danny dekatkan badannya ke arah aku dan berbisik. Dia mencapai tangan aku.
Aku kembali berbisik pada Danny.
"Maybe after we eat...I lapar," balas ku. Danny angguk, dia masih duduk melekat dengan aku. Kami berdua ketap bibir, memandang Stella dan Ryan silih ganti."Stella, you okay?" Soalku. Dia kemudian buka mask sedikit dan senyum pada aku.
Aku cucuk pinggang Danny.
Niat di hati nak suruh dia cakap sesuatu agar kami tak begitu kekok.
Ryan yang tak pernah-pernah diam juga tak membantu buat keadaan jadi baik. Niat aku untuk membantu memperbaiki hubungan Ryan dan Stella nampaknya macam dah nak gagal.Pelayan sampai dan menghidangkan makanan. Dia letakkan air di meja dan lauk pauk yang menyelerakan. Sebenarnya aku agak respek restoran ni sebab tak biarkan kami menunggu lama. Kalau tak, entah berapa lama lagi kami berempat kena berhadapan situasi peti sejuk macam tadi.
Aku ambil air yang aku pesan. Tak nampak macam promo dalam gambar pun.Tiba-tiba, Ryan pegang tangan aku. Tangan aku mengambil air.
Terkejut.
Danny pandang tangan Ryan yang memegang tangan aku. Stella menjeling ke arah perbuatan Ryan."Yell, kau mana boleh minum air ni," ujarnya. Aku diam.
Terkebil-kebil seketika.Ryan tukarkan air aku dengan airnya.
"Air ni topping dia ada kacang. Remember...You cannot eat kacang!" Marah Ryan. Aku baru sedar yang air dalam gambar yang aku pesan ada kacang di atasnya. Ryan segera tukarkan airnya dengan aku. Danny senyap sahaja, begitu juga Stella.
Kami makan dengan keadaan yang kekok. Sejujurnya aku rasa tak selesa. Danny juga dah tak bersuara selepas lihat Ryan tukarkan airnya dengan aku.
Kekok. Nak telan makanan pun tak lepas, tapi aku gagahkan juga."I tak boleh makan lah macam ni!" Stella akhirnya bersuara. Memang Stella yang aku kenal akan bersuara dalam keadaan sebegini. Dia orangnya lebih jujur dan cakap lepas berbanding aku yang suka mememdam. Aku pandang Stella.
"Danny, hantar I balik!" Kata Stella. Aku terkedu. Ryan dekat sebelah tapi dia masih suruh teman lelaki aku yang hantar dia pulang! Aku ketap gigi.
"Stella," pujukku.
"I dah kenyang. I nak balik," dia beremosi. Aku pandang Ryan yang buat tak kisah dengan Stella.
Come on Ryan Chia! Say something!
Sebab Ryan senyap sahaja, aku ambil keputusan untuk tendang kaki Ryan agar dia merebut peluang ini. Ryan sedikit terkejut, terus memandang ke arahku yang dah jegil mata ke arahnya. Dia mendengus."I hantar you balik," kata Ryan.
"No! I nak Danny yang hantar I balik. Dia bawa I datang, dia lah yang bawa I balik!" Stella segera mengemas beg. Danny berkerut. Aku memandang Danny, mengisyaratkan agar dia ikut sahaja kemahuan Stella sebelum gadis itu merajuk dengan aku sekali lagi.
"Kalau Danny tak nak hantar, biar I balik naik teksi!" Katanya lalu keluar dari ruangan itu."Biarlah dia balik naik teksi," Danny akhirnya bersuara.
"Dia artis kot," ingatku.
"Danny, please..." aku memujuk. Danny mendengus. Dia memandang Ryan dan aku silih ganti."This is not apa yang kita rancang!" Katanya pada aku. Aku mengeluh.
"Just send her home," ujarku mengalah.
Danny mengelap mulut dengan napkin."Later I call you," ujarnya. Aku angguk. Dia menepuk belakang bahuku sebelum bergegas keluar mengekori Stella.
Aku lihat Ryan masih makan dengan tenang. Aku berpeluk tubuh memandang ke arah Ryan tak berkelip. Teman wanita dia yang merajuk, pakwe aku yang kena pujuk. Aku ketap gigi melihat Ryan yang kekal tenang itu.
"The food is great," komennya menyedari aku memandang ke arahnya. Masih mencedok lauk yang ada di depan mata.
"Ryan," aku panggil namanya."I kinda like the combination of the fish and this sweet sour sauce," dia tak putus beri komen pada makanan.
"Kenapa kau tak kejar Stella?" Soalku.
"I did offer to send her home. She decline. You heard her," balasnya acuh tak acuh.Aku mendengus.
"Ryan, macam ni korang dua will never get back you know!" Marahku. Ryan pandang aku. Dia kemudian cedokkan makanan ke dalam pinggan aku.
"Eat up," arahnya, entah kenapa aku menurut. Barangkali tak mahu membazir lauk-lauk yang ada.
***
Setelah pulang ke rumah, aku siap mengemas dari untuk tidur. Aku kena tidur awal untuk bangun awal. Tidur yang cukup baik untuk kulit wajah. Bukan sekadar skincare mahal sahaja. Namun, malam tenang aku diganggu dengan mesej Danny yang mengatakan dia di luar pintu rumah.
Nasib aku baik sebab Vlin outstation. Tidak mereka akan bertemu.
Aku keluar rumah dengan senyuman. Namun, Danny tidak tersenyum melihat aku.
Dia memandang aku, dengan wajah yang sukar ditafsirkan."Kenapa ni?" Kekok aku menyoal.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...