Sewaktu aku pulang tepat jam 8 malam, Ryan berada di bilik bacaan. Makan malam antara aku, Vlin dan ayah, kekok macam biasa. Vlin diam sahaja. Aku pula? Aku jenis yang jawab bila ditanya. Nak harapkan aku mulakan perbualan, memang tak lah.
Vlin pula, layan perasaan dia sahaja apabila ternampak cincin milik Pak Cik Daston pada beg lusuh Ryan.
Itu, aku nak kena siasat! Aku dah janji dengan Vlin untuk tolong dia! Aku tak tahu macam mana cincin itu boleh ada di situ, tapi aku yakin, Ryan pernah kenal dengan pak cik Daston!
Macam mana? Aku tak tahu.
Macam mana aku nak bangkitkan perbualan ini? Aku juga tak buat perancangan lagi.Ayah pula, asyik tanya aku soalan. Di mana kesemua soalannya aku jawab sepatah ya sepatah tak sahaja. Semua orang jadi tak selesa. Dengan Vlin yang langsung tak fokus dengan kononnya makan malam keluarga. Aku yang sentiasa akan kekok bila berhadapan dengan ayah. Ayah yang cuba bangkitkan perbualan namun dia tak dapat menyambung antara perbualan itu.
Sudahnya; jadi makan malam keluarga yang sangat terasing, kekok dan tak selesa. Nasib tak ada Ryan.
Aku berdiri di muka pintu bilik, melihat Ryan fokus dengan beberapa fail di atas meja sambil menghirup secawan kopi.
"Abang..." panggilku dengan senyuman. Ryan tengok jam tepat jam 8 dan angguk kepala.
"Tak yah lah tepat pukul 8, lewat sikit pun tak apa," katanya berkerut. Aku senyum sahaja. Dia tak tahu macam mana rasa aku nak lari sahaja dari ayah dan Vlin."Abang, is this ring yours? Vlin found this in the car," soalku.
"Hmm? Jatuh ke?" Soal Ryan.
"Probably," balasku. Aku telan air liur.
"Maybe I tak boleh letak dia dekat keyring," kata Ryan.
"Well, you can have it," ujarnya selamba dengan senyuman."It's my priceless possession," dia bangga memberitahu aku. Bulu roma aku berdiri tegang. Apahal cincin Vlin dan Daston Tang boleh jadi benda berharga untuk Ryan.
"You bought this for me?" Soalku.
"Nope," balasnya laju. Mata Ryan masih melihat fail di atas meja. Tangannya lincah menyelak satu demi satu lapisan kertas."Is this belongs to your parents?" Soalku berhati-hati.
Ryan ketawa sedikit.
Dia pandang aku dan menggeleng.
"No," jawabnya dan ketawa kecil.Aku renung cincin itu.
"Why, tak nak sebab it's quite old ke?" Soalnya.
Aku telan air liur. Susah aku nak sampaikan pada Ryan.
"No! You cakap this is your priceless possession. I cannot have this thing if you said this is priceless," balasku sehati-hati mungkin.Ryan sengih mempamerkan gigi yang putih. Dia mendekati aku dan meramas jari jemari aku sebelum berbisik.
"You are my priceless possession too princess," katanya.
Aku rasa sedikit terubat, entah kenapa rasa gembira.
Fokus Yellena! Kita kena cari tahu asal usul cincin ini."It's from my saviour," katanya tenang. Sukar untuk aku jelaskan riak muka Ryan. Aku mendekatinya.
"Did it had any story behind the ring?" Soalku.
"Yea, tapi...one day I'll tell you," balasnya.
Aku angguk.Ryan depakan tangan memandang aku.
Aku mendepakan tangan dan bergerak ke arah dakapan Ryan."I miss you and I need a hug," kataku lalu bergerak ke arah Ryan dengan keadaan tangan di depakan luas. Dia yang duduk di atas kerusi terus menyambut aku dengan pelukkan. Aku peluk Ryan yang sedang duduk sementara aku berdiri.
Selesa apabila dia membalas pelukkan aku erat. Rasa terubat rindu, tenang dan selamat.Ya. Berada dalam dakapan Ryan merupakan safe space untuk aku. Rasa macam aku boleh lari dari realiti dunia apabila berada dalam dakapannya. Rasa tenang...rasa bahagia, dan cukup buat aku gembira kembali setelah menempuh seharian hari yang penuh ketidakpuasan di hati.
Ryan buat aku tenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...