182

13 3 0
                                    

Aku dan Ryan menunggu ayah di sofa. Mami naik ke atas untuk bercakap dengan Puan Chia. Pelik pula bahaskan "nenek" dengan gelaran ibu.
Aku duduk di sofa, melihat jari jemari aku sambil termenung.
Pendek sangat lah pulak kuku aku ni.

Mana lah ayah? Agak apa yang dia nak aku dan Ryan buat sampai panggil kami berdua?
Suruh kami jaga Chia Storeline?
Logik.

Lagipun, Kak Ngah yakin sekali yang dia akan ditukarkan ke HQ. Maklumlah, Danny nak pindah ke US, jadi ada kekosongan di HQ.

Tapi, aku tidak lama memikirkan hal tersebut apabila melihat Ryan memerhatikan aku dari tadi. Aku pandang ke arahnya berkerut. Dah kenapa tengok macam nak terkam aku.

"Kenapa you tengok I?" Soalku.

"Your neck seems delicious," dia memerhatikan leherku, kemudian matanya bergerak ke kawasan dada.

"And you smell nice," tambahnya menyentuh hujung rambut aku. Meremang tengkuk aku.

Aku jegil mata! Dekat ruang tamu pun dia nak menggatal. Memanglah ada kami berdua sahaja sementara nak tunggu ayah. Tapi, ini ruang tamu! Bukan bilik persendirian. Ryan tarik nafas, menghidu bau aku.

"Ayah lambat lagi nak turun," katanya mendekatkan diri dengan aku. Dia meramas jari jemari aku.
"Let me smell you for a bit," pujuknya. Aku lihat ke arah tangga. Tak ada tanda-tanda ayah akan turun. Aku kemudian bersandar di sofa dan memandang Ryan. Aku angguk perlahan, memberikan dia lampu hijau.

Ryan semakin dekat dengan leherku. Nafas hangat Ryan buat jantung aku berdebar. Saat nafasnya terkena leherku, terasa bagaikan seluruh badan aku direnjat dengan arus elektrik. Aku telan air liur, terasa geli. Ryan genggam erat tangan aku. Jari jemarinya mengisi kekosongan di celah jari jemari aku dan...

Apasal dari nafas hangat bertukar rasa basah. Aduh, dia guna mulut pulak! Bibir Ryan menyentuh bahagian leherku dan aku pejamkan mata.
Nikmat? Mungkin.

Dan...
Apasal makin ke bawah ni?
Dari pejam mata, aku buka mata sedikit. Ryan dah semakin menghempap aku terbaring ke sofa, manakala aku sedang bertahan dengan kudratku yang tak seberapa. Kali ini, dia dah makin ke arah dada, bukannya leher dan...

Ryan...
Ryan...
Aku panggil namanya dia tak menyahut, malah semakin ganas dia mencium dan menghisap leher aku! Dah macam vampire ni kenapa!?
Abang...
Abang...
Nafas aku turun naik. Rela je lah Yell...
Namun, saat aku cuba untuk merelakan.....

Ada mata memandang aku.
Kaku aku.
Terus membeku.

Gila! Mata aku bertentang dengan Danny.

Danny Chia.

Bekas teman lelaki aku.
Tak.
Bukan.
Dia anak saudara kami.
Anak saudara Ryan.
Bukan.
Sepupu Ryan.

Laju aku tepuk bahu Ryan. Dia terkejut dan memandang aku.
"What? What!" Cemas dia bersuara. Tercungap nafasnya.Dia pandang aku, kemudian memandang ke arah anak tangga. Danny memandang kami tak berkelip. Ryan berdehem, kembali duduk seperti sediakala dan membetulkan bajunya yang sedikit renyuk. Begitu juga aku. Aku senyum tak ikhlas kepada Danny.

Mana tidaknya! Keadaan tadi cukup memalukan.

"Lama tak jumpa," tegur Ryan sambil berdehem. Dia menjeling aku, seraya angkat kening. Danny mengukir senyuman pahit sebelum menuruni anak tangga.

Aku kenal senyuman itu. Jelas dia tak gembira. Perasaan yang aku kongsi dengan Danny, bukan semalam dua untuk sesenang itu melupakan.

"Lepas aku pindah, maybe akan lebih lama tak jumpa," katanya setenang air sungai mengalir. Aku pandang Danny. Jelas, dia tak mahu meninggalkan negara ini.

"You guys are waiting for datuk?" Soalnya. Sedari tadi, Danny merenung aku. Terus terang, aku tak selesa dengan renungan berbaur perasaan yang dia lemparkan pada aku.
Bukan aku perasan lebih...
Tapi, matanya bagaikan melekat pada aku. Dan, entah kenapa bola matanya bagaikan memainkan rakaman lama kisah cinta kami yang terputus di tengah jalan.

"Isn't it obvious?" Balas Ryan. Aku pandang Ryan, mungkin dia tak selesa apabila Danny pandang aku beremosi begitu.
"Kan princess?" Soal Ryan. Dia sengaja meletakkan lengannya yang berat di bahu aku, bagaikan harimau menanda kawasannya.

Danny tersenyum tawar.

"Takpe lah guys. Aku pergi dulu. Ada hal kat luar," katanya meminta diri dengan sopan.
Lain pula balas Ryan.

"Oh, pergi je lah," selamba balas Ryan. Aku jeling Ryan, tangannya masih memeluk aku selamba. Dia bukan orang yang akan balas begitu kepada Danny. Tapi, cara balasan Ryan yang sarkastik dan keanak-anakkan itu, langsung tak macam Ryan.

"I pergi dulu Yell," Danny tegur aku.

"Hmm," aku angguk, namun melihat Ryah mencebik. Usai Danny menghilang dari ruang tamu, aku menepuk perlahan tangan sasa Ryan yang semakin mencekik aku.
"Kacau daun betul. Orang tengah sedap," Ryan menggerutu.

Ryan kembali pandang aku dengan senyuman jahat dan nakalnya. Matanya yang sememangnya dah kecil, semakin mengecil.
Senyuman Ryan yang cukup ceria itu mebuatkan aku jadi nak tersenyum jua.

"Boleh ke nak sambung?" Nakal pintanya. Dia mengusap belakang lengan bahuku lembut. Aku ketap bibir.

Namun, niat Ryan tergendala akibat ayah turun.

***

Isabella tersenyum puas apabila mendengar kata ibu bahawa Ryan akan dipindahkan ke HQ dan bukannya Natasha.
Tak sabar dia nak tengok reaksi kekalahan Natasha yang benci kekalahan itu.

"You dengar tak I pesan apa?" Soalan Puan Chia bagaikan jarum yang mencucuk belon angan-angannya. Isabella merengus. Dia langsung tak dengar apa yang dipesan oleh ibunya.
"Yea, dengar," acuh tak acuh sahaja balasnya.

Puan Chia tarik muka masam.

"Kalau you dengar, I nak you bertindak lah," marah Puan Chia, kedengaran manja. Isabella pandang ibunya.
"I nak rapat dengan Ryan and his wife. I nak tebus balik kesalahan I..." senang sahaja dia mencari alasan.

Namun, wajah Puan Chia jelas menunjukkan ketidak percayaan.
Isabella pandang ibunya lama.

"I ikhlas hati nak berbaik...you rasa I ni tak boleh berubah ke?" Lemah balasnya. Serba salah pula Puan Chia melihat wajah anak bongsunya. Dahulu...si bongsu itulah segalanya.

"I trust you. But you need to give space for the newlyweds," kata Puan Chia.
Isabella pandang ibunya lama.

"I will. But still, I'm finding time to talk and berbaik dengan Ryan. Once berbaik...I'll leave the newlyweds," tegasnya.

***

Wajah Ryan berubah seratus peratus berbanding sewaktu kami menggatal di sofa sebentar tadi. Mendengar arahan Tuan Chia yang Ryan akan ditukarkan ke HQ Chia Group dan bukannya Natasha membuatkan suami kesayangan aku auto sakit kepala dengan pakej stress melampau.

Aku diam sahaja di sisinya.

Aku tak begitu sakit kepala. Arahan untuk aku berhenti daripada menjadi pembantu Natasha sedikit menceriakan aku. Namun, suruh ambil alih tempat Ryan buatkan aku tak selesa.

Tapi, kata ayah...
Kalau tak boleh harapkan menantu, dia nak harapkan siapa ambil alih posisi Ryan?
Garu kepala juga aku. Tapi disebabkan aku pernah jadi setiausaha Ryan, skop kerja Ryan ada dalam kepala aku.

Aku tak ada masalah. Lain pula dengan Ryan. Dia nampak paksa rela.

Sebelum ini, jarang Ryan tunjukkan sisi lemahnya begini. Bagi aku, Ryan adalah seorang yang akan sentiasa tenang menghadapi apa jua keadaan . Dia jarang beri reaksi atau mengeluh.

Tapi, sejak kahwin aku barangkali semakin kenal dengan Ryan.

"So..macam mana?" Soalku. Ryan pandang aku, seakan bertelepati.

"You get it why I at awe right?" Soal Ryan setelah beberapa saat. Aku angguk.

"Not gonna lie. Kak Ngah won't like this," aku bersuara tepat mengungkapkan isi hati Ryan.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now