157

15 3 3
                                        

Aku susun fail atas meja Ryan. Teratur dan kemas. Sedikit senget pun tak ada. Lengkap! Aku sengih sendirian melihat susunan fail mengikut abjad dan nombor siri itu.

"Yell!?" Tegurnya. Entah muncul dari mana.

"Pres, I did sort this files and today your schedule is clear," ujarku melihat jadual Ryan dalam tablet.
Ryan kemudian sandar di meja. Aku memeluk tablet itu.

"Is there anything else?" Soalku menunggu arahan Ryan yang seterusnya.

"Esok wedding Danny dengan Stella, are you coming?" Soalnya.
Terasa macam ada batu baru menghempap kepala aku lunyai! Soalan yang seperti guruh berdentum, bingit memecahkan gegendang telinga aku.

"I don't think so," aku berdalih.
Serius lah kau nak aku datang kenduri kahwin ex? Sedangkan dia dah tinggalkan aku lebih kurang dua minggu!? Nak kata aku dah betul-betul move on pun tidak kalau Danny sesekali muncul di benak fikiran aku.
Danny selalu muncul di fikiran aku...waktu aku pulang kerja, waktu aku tengah makan, bahkan waktu aku bangun tidur.

Sewaktu kami bersama, dia sering jemput aku pulang kerja. Waktu makan, dia selalu tanya sama ada aku dah makan atau belum, serta mesej good morning menjadi satu rutin harian untuk kami berdua.

Kejap.

Ryan nak pergi wedding tu?

"You're going to attend the wedding?" Soalku.
Aku pandang Ryan yang melihat jari jemarinya tanpa sebab.
Aku pegang lengan baju Ryan.

"Seriously!" Aku tinggikan suara. Apa logiknya di situ? Aku tak faham macam mana Ryan Chia boleh terfikir untuk pergi ke majlis perkahwinan seseorang yang dah tinggalkan dia.

"Yup. Later, I'm going to take my suit. Would you like to come?" Soalnya.
Aku tekup mulut. Sumpahlah! Siap pakej tempah sut lagi.
Apa yang orang akan kutuk kalau nampak Ryan di majlis Stella dan Danny. Banyak paparazi, banyak influencer dan rakan media yang akan hadir.

"You even prepared a suit?" Soalku kurang percaya. Serius ah! Kau nak pergi wedding ex dengan suit? Gila!
"Well, I need to look presentable," balasnya selamba.

"I don't think you should go," aku beri idea.

"Then, you gonna have headline "Ryan Chia tak hadir majlis perkahwinan ahli keluarga"?" Balasnya. Aku senyap. Kalau Ryan tak hadir, entah apa tajuk berita gosip akan keluar. Aku senyap. Kau mampu ke nak tengok Danny bergandingan dengan Stella di esok hari?

Aku tak mampu weh.
Aku rasa aku macam boleh meraung dekat situ. Daripada aku melalak macam orang hilang laki, baik aku ambil keputusan untuk tak hadir dari awal.

Aku senyap. Ke patut pergi? Aku boleh tunjuk yang aku kuat, langsung tak terkesan dengan mereka berdua.

"Should I go?" Soalku. Ryan angguk.

"Yea. You should go and congratulate them. Then, we'll move on," ujarnya selamba. Aku pandang Ryan tak berkelip.
"How come you look so unbothered?" Soalku.
Ryan senyap.

"I was heartbroken and bothered," balasnya.
"Cuma author cerita kita tak tunjuk," tambahnya.
(Author : sekarang dah part 15X, kau nak sampai part 250...kau ingat sinetron?)

***

Vlin keluar memakai dress biru lembut. Steve yang menunggu Vlin di luar bilik persalinan tersenyum tatkala melihat Vlin keluar dengan pakaian yang cukup anggun.

"Pretty," ujarnya. Vlin flip rambut, bangga dengan penampilan sendiri. Segera, Steve mencapai tangannya.
Steve meramas-ramas tangan lembut itu sebelum menatap Vlin.

"During the wedding, I nak you datang as my partner," ujar Steve. Terdiam Vlin dibuatnya. Vlin membetulkan anak rambut yang berjurai di pipi.
"Your wife?" Soal Vlin.

"It's time for the world to know yang kami dah cerai," ujarnya. Vlin senyap.
"I thought you...." Vlin cuba atur kata-kata.

"My dad nak bersara tahun depan. I'm going to be the new presiden," ujar Steve tenang.
Vlin senyum.
"I'm going to be with you babe," katanya. Vlin senyum.
Sejujurnya, jauh di sudut hati terasa sedikit bahagia.

***

Aku juihkan bibir apabila sampai di kedai jahit yang Ryan cakap dia tempah sut. Aku ketap gigi memandangnya.

"Seriously!" Marahku. Aku ingat dia nak ke mall mahal ambil baju. Rupanya kedai ayah aku! Aku mencebik tak puas hati. Sewaktu aku tengah bancuh air tadi, dia bergegas panggil aku untuk memandu kereta menghantarnya.

Aku dah pelik dah waktu turun lif. Tak pernah-pernah disuruh aku memandu, tiba-tiba suruh aku pandu kereta.
Ryan sengih ke arahku.

"Your dad makes almost of my new suits," ujarnya. Aku bebal di situ. Semuanya tak kena.
"Come on Yellena!" Pujuknya. Satu hal tentang Ryan, aku sentiasa kalah dengan pujuk rayunya.

Aku akhirnya keluar kereta. Ayah dari dalam kedai berlari untuk buka pintu.
Aku agak kekok, tapi aku ikut Ryan. Kepala aku kosong, Ryan sahaja yang menjawab pertanyaan ayah.
Aku menunggu di sofa sementara Ryan nak cuba bajunya. Suka hatilah. Asalkan dia tak ganggu aku. Sambil menunggu, aku ambil majalah yang ada di atas meja.
Bosan.

"Yellena," panggil ayah. Berat untuk aku katakan, tapi aku pandang ayah.
"Kalau free, hujung minggu depan nak keluar dengan ayah tengok wayang?" Soalan ayah agak pelik. Mungkin dia cuba cari alasan untuk luangkan masa dengan aku. Tengok wayang? Barangkali ayah fikir itu cara orang muda. Tapi umur nak masuk 30-an macam aku ni dah tak kira muda kot.
Aku diam.

Melihat wajah tua ayah, aku sedikit terusik. Waktu dipenjara dahulu rambutnya hitam kilat. Kini, ada helaian kelabu putih di atas kepalanya. Aku menghela nafas.
"Okey," balasku.

Ryan kemudian keluar. Aku terpana melihat baju sut hitam yang sesuai dan sepadan dengan proposi tubuhnya. Sedikit ternganga, dia begitu kacak sekali. Ryan membetulkan bowtie miliknya.
Aku telan air liur.

Ryan Chia. Dia memang kacak dari dahulu lagi. Kacak bagi mata remaja aku suatu ketika dahulu. Dan kini, dia kembali dengan lebih matang. Sekejap, bukannya aku tak pernah tengok Ryan pakai sut!
Tapi ni dah macam pengantin! Selalu dalam drama korea, perempuan yang cantik buat lelaki terpana! Beza pula dengan cerita aku!

Ryan memang kacak! Macam muka pelakon Leonardo DiCarpenter pun ada! Aku pandang Ryan tak berkelip.

"Do I look good?" Soalnya. Aku angguk laju-laju sambil angkat kedua belah tangan dan buat isyarat bagus! Ryan sengih meleret. Meluat pulak aku tengok dia tersipu-sipu begitu. Aku pandang ayah yang seakan bangga dengan pencapaiannya. Tak dinafikan, baju itu memang sesuai dengan Ryan.

"Kau tak try baju ke?" Soalnya. Aku geleng. Ayah pergi ke depan kedai, meninggalkan aku dan Ryan.
Ryan diam, memandang aku.
"You're going right?" Dia pujuk aku. Aku senyap sahaja.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang