58

15 3 2
                                        

Keputusan Ryan untuk sambung pengajian di luar negara aku tahu melalui Stella. Sambil makan hotpot, dia menceritakan tentang hal itu. Aku pandang Stella. Ternyata dia macam dah terima hal itu, macam tak terkesan sangat pun.

"Mana Danny?" soalnya. Aku lihat jam. Kata lagi lima minit nak sampai, tapi sekarang dah 10minit. Aku angkat bahu taktahu.
"Sorry lambat!" Dari belakang, Danny tegur kami. Dia memandang Stella dan tersenyum nipis. Wajah Stella tampak ceria apabila Danny muncul.

"Korang sembang apa?" Soal Danny sebaik sahaja duduk di sebelah ku. Stella duduk di hadapan kami. Aku pandang Danny seraya menghulurkan mangkuk kosong dan chopstik untuknya.
"Pasal Ryan nak sambung belajar," kata Stella. Wajah Danny tak terkejut. Barangkali sudah tahu lebih awal. Keputusan untuk Ryan pergi sambung belajar antara keputusan yang biasa di buat. Maklumlah dah habis belajar, jadi perlu buat keputusan sama ada nak sambung atau terus kerja.

Jean telah diserap masuk dalam Kingsoft. Fiq mahu cuba bina kerjaya. Ryan pergi sambung belajar. Aku pula, lebih sama dengan Fiq. Aku juga ada perancangan untuk cari kerja lepas tamat belajar. Hubungan Team A terkubur begitu sahaja. Sekarang, masing-masing dah mula mencorakkan langkah hidup masing-masing. Hal ini walaupun tak pelik, namun memang kenyataan bagi semua orang. Persahabatan yang awalnya sukar duka dilalui bersama kini berselerakkan, saling bawa haluan masing-masing.

"Danny, minggu ni ke minggu depan fotoshot dekat pantai tu?" Soal Stella. Aku pandang Stella dan Danny. Danny tak cakap dengan aku pun yang dia ada fotoshot.
"Sabtu depan," jawab Danny. Dia tampak tenang sahaja. Stella garu kepala.

"Sabtu depan lah kan, Ryan nak berangkat. Aduh! Macam mana ni!" Soal Stella padaku. Jelas, dia ada hal pada tarikh Ryan mahu berangkat ke Australia. Aku diam membisu.
"Tak boleh tunda ke?" Soalku setelah lama berdiam. Stella pandang aku dan geleng kepala.

"Tak boleh tunda, sebab ramai yang terlibat," terang Danny agar aku faham. Aku diam dahulu. Jelas aku tak faham kerja Danny dan Stella. Tampak gayanya dia kena pilih antara kerjaya dan teman lelaki. Aku teruskan makan, tanpa memikirkan perkara lain.

"Yell! Why not you yang hantar Ryan! I dengan Danny tak free..." kata Stella. Aku nganga! Eh.
"Eh!" Kataku.

Tak pasal lah aku! Aku tak nak terlibat dengan teman lelaki orang. Lagipun, aku dah buat keputusan untuk move on dan tak suka Ryan lagi. Tak elok pulak kalau aku pergi hantar teman lelaki orang dekat lapangan terbang.

"Tak nak lah aku!" Keras balasku. Danny tersenyum lantas meletakkan tangannya di bahuku. Aku sedikit terkejut dengan perilaku Danny yang selamba, namun aku cuba berlagak tenang. Wajah Stella sedikit berubah, tapi aku tak pasti kenapa.

"Pakwe kau! Kau lah hantar! Nanti kau tuduh dia ada perempuan lain pulak," kata Danny. Stella mencebik.
"Aku tak nak campur," balasku tegas.

Ya. Aku kena bertegas.
Ryan dah nak belajar ke luar negara. Aku pun dah lama tak cakap dengan Ryan. Walaupun tempoh hari majlis persatuan pelajar, namun kami masing-masing sibuk untuk sempat berbual antara satu sama lain.
Perasaan yang aku ada pada Ryan adalah sekadar suka, bukannya cinta.

Sebelum aku lebih hanyut dalam perasaan cinta bertepuk sebelah tangan yang pasti takkan berbunyi ini, adalah lebih baik untuk aku angkat kaki dan lupakan perasaan ini.

Cinta tak berbalas ni, bukan sekadar menyakitkan. Bahkan, sunyi.
It's lonely to love some one that doesn't love you back.

"Hey, you tak makan ke..." tegur Danny. Tangannya masih di belakang bahu aku. Gayanya selamba, macam tak kisah sangat. Aku sengih sahaja dan terus makan apabila ditegur. Barangkali aku terberangan sekejap. Stella pandang kami berdua.

"Tapi, takkan lah sorang kawan pun tak ada nak wakil. I dah sibuk. Danny pun sibuk. Team A..." Stella tiba-tiba senyap. Dia pun tahu hubungan Team A yang pecah belah.
"Rozy memang confirm lah tak akan sebab Fiq dengan Ryan dah tak cakap antara satu sama lain," katanya. Stella pandang aku.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang