55

14 3 0
                                        

Vlin yang tiba-tiba suruh aku balik dipandang lama. Meja penuh dengan hidangan kegemaran aku. Aku pandang wajah Vlin yang sedang acah comel dihadapan aku. Gayanya macam dia bunga yang sedang kembang mekar. Dia memakai apron dan duduk di kerusi.

Hidangan atas meja bahkan lagi meriah berbanding sambutan hari jadi. Disebabkan kami berdua tak sambut hari jadi, aku pandang Vlin.

Bukan free kan semua ni.

Vlin ajar aku banyak benda. Salah satu daripadanya ialah tak ada benda percuma dalam kehidupan. Aku teragak-agak, namun Vlin meletakkan sudu di tangan aku menyuruh aku makan.
Gasaklah. Berbekalkan prinsip hidup rezeki jangan tolak, maut jangan kau cari, aku makan dengan berselera.
Sedap pula daging bakar ni.

Usai makan Vlin mengemaskan meja untuk aku. Dia suruh aku duduk statik jangan begerak kemudian hidangkan aku puding buah sebagai pencuci mulut. Aku teragak-agak, tapi puding nampak sedap jadi aku pun makan.
Manis. Berlemak, tapi tak muak.
Pandai betul orang yang buat puding fikirku.

"Yell..." panggil Vlin. Dia memicit lengan aku. Sumpah! Waktu itu aku sendiri rasa seram sejuk dan bulu tengkuk aku mencacak ketakutan. Apa yang dia nak?! Apahal lemah lembut semacam? Terus terang, Vlin yang lemah lembut memicit lengan aku adalah seratus kali lebih menakutkan berbanding Vlin yang baling barang sebab bengang atau tak puas hati. Aku cuba kekal tenang...

"Sell the game," katanya.

Aku tersentak. Sudu puding aku terjatuh dan aku bagaikan beku terkedu mendengar arahannya. Vlin tahu aku terlibat dalam Team A. Aku pandang Vlin tak berkelip.
"I..." aku cuba mengelak. Muka Vlin berubah bengis.

"That's an order!" Katanya tegas. Dia memandang aku, tidak lagi tersenyum.
"I can't do that. It's the team decision!" Kataku. Vlin segera bangun dan menuju ke biliknya. Dia bawa keluar satu sampul lama yang dah berhabuk.
"Please Yell!! I do anything you want!" Dia cuba menawarkan sesuatu pada aku.

"Ryan won't sell the game," tegasku. Ikutkan hati, aku juga tak mahu jual game. Kalau jual, Team A akan terkubur begitu sahaja. Habislah cita-cita Ryan.

Vlin menghulurkan satu sampul padaku.
"But you can talk to the others to sell the game right?!" Soalnya.
"Your opinions to sell also matters right!" Dia menduga. Aku hanya telan air liur, membatu di situ. Kalau Ryan berkeras tak nak jual, aku pun tak mungkin akan jual.
Lagipun ini impian Ryan. Pasal Jean, dia akan faham lambat-laun nanti.
Pembinaan permainan video ini asasnya sebuah persahabatan. Jual game ini pada orang luar untuk keuntungan bercanggah dengan prinsip persahabatan kami.

"Sell the game. Then, this is yours," kata Vlin. Aku terkedu.
Perlahan aku buka sampul berhabuk itu. Geran ladang limau milik nenek. Tidak begitu luas, tapi ada hasilnya.
Sanggupkah aku tolong Vlin demi ladang?

"I'll change geran to your name!" Katanya. Aku ketap gigi. Geran itu nama Vlin. Disebabkan ibu dah mati, datuk dan nenek tinggalkan harta pusaka atas nama Vlin. Habis dijual tanah dikampung dan rumah pusaka untuk kami berdua hidup di bandar. Tapi, masih ada ladang limau peninggalan yang aku tak tahu.

"I..." aku serba salah.

"Kalau you tak nak tolong, I'm gonna sell this." Katanya. Aku tersentak. Habis semua memori datuk nenek dia jual. Aku masih ingat ketika aku kecil berlari-lari di ladang limau datuk.
Sudahlah dia jual rumah pusaka. Aku pejamkan mata sebelum merampas geran itu.

"Make sure you compensate us more than enough!" Tegasku. Aku pandang Vlin yang tersenyum kemenangan.

***

"I heard you invested in a gaming company?" Soal Natasha. Steve angguk. Masuk dalam pejabat tiba-tiba terus serang. Tak pelik. Memanh stail Natasha Chia. Cepat, pantas dan menyakitkan hati.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang