132

15 2 0
                                        

Aku rasa seperti aku susahkan Danny untuk hantar aku pergi kerja sedangkan aku boleh sahaja pergi sendiri. Nasib baik Vlin tak keluar waktu yang sama dengan aku. Kalau tidak, Danny mesti paksa nak jumpa Vlin.

Sampai bila aku nak halang Vlin dari jumpa Danny? Aku tak tahu.
Selagi boleh halang, aku akan halang.
Usai hantar aku, Danny beransur pergi.

"Seronoknya ada driver," teguran Ryan entah kenapa kedengaran sarkastik dan berbentuk perlian. Walhal, aku tak rasa Ryan nak perli aku. Buat apa dia nak perli aku kan?
Aku angkat kening.

"Dia dah jumpa Vlin?" Akhirnya soalan yang aku tak mahu dengar di tanya juga. Aku balas dengan gelengan, dan Ryan berkerut seribu. Tak cover langsung!

"Have you told him about Steve dan Vlin?" Soal Ryan, berhati-hati. Aku geleng kepala.
"Not yet," balasku.

"Kau tunggu apa gila? Lagi baik kau bagitau sebelum kantoi sendiri!" Marah Ryan. Melihat kami di muka pintu utama pejabat, Ryan ajak aku berbual di tangga kecemasan. Situ tak ramai orang.

"Kau nak diam buat bodoh sampai bila?" Ryan cekak pinggang. Aku mendengus.
"Selama yang boleh," jawabku, cuma mendatangkan keluhan Ryan. Ryan bersandar pada dinding dan pejamkan mata.
"Yell, you should tell him everything," nasihatnya. Aku tahu nasihat Ryan ada benarnya. Aku tak boleh nak diam-diam dan buat tak tahu sahaja.

Aku mendengus.

"I don't want to lose him," balasku. Aku pandang Ryan. Ryan buka matanya memandang aku tenang.
"I cannot afford to lose him seriously," ujarku cuba memujuk Ryan agar menyebelahi aku. Danny dan aku dah berjauhan setahun. Dalam setahun ini, memang sukar untuk kami jalankan hubungan normal seperti biasa. Bahkan, kalau Danny tahu tentang Vlin, mesti dia akan tinggalkan aku dengan rasa kecewa!
Masalah aku sekarang, aku nak bersama Danny. Aku dah mulai buka ruang dan peluang untuk Danny.

"Our relationship just started...I mean, memang lah dah setahun, tapi long distance tau tak. Tak sama macam dia ada depan mata," kataku.
"I wanted to give him HIS CHANCE. I also want to have my chance in loving someone," ujarku.
"Danny waited for me for a long time you know...kau tahu aku macam mana kan," dengusku.

"I'm not good in relationship," luahku.

Danny selayaknya terima peluang dan ruang dalam hidup aku!
Dia dah suka aku lama kot! Takkan disebabkan hal Vlin, kami kena berkorban?

"Aku kena ada Danny weh," ujarku.
"I'm going to learn and experience more about love with him as my partner!" Putusku.

Ryan geleng kepala.
"Jangan cakap aku tak warning!" Tegasnya, masih dengan pendirian yang aku patut terus terang.
"Sooner or later, he will know. That time, kau nak explain pun dah tak boleh nak explain!" Pujuknya.

Aku berkeras.
"I started to like him," luahku.
"Maybe more than I could ever imagine," ucapku.

Ryan mendengus, barangkali mengalah dengan aku yang keras kepala.Dia mahu tinggalkan aku di tangga kecemasan itu. Aku segera menarik lengan Ryan yang dia letakkan ke dalam poket.

"Kau takkan bagitau Danny kan?" Aku cuba cari keyakinan disebalik redup mata Ryan. Dia berkerut, jelas di wajah tertulis tak puas hati.
"Yellena!" Dia bersuara, tak menyokong aku.

Aku tarik nafas panjang. Aku eratkan pegangan tangan.
"Tolong lah Ryan. I really really don't want to lose him!" Rayuku. Ryan mendengus.

***

"You're going to tell your brother?" Soal Jennifer. Diana memandang ibunya.

"No," jawab Diana. Jennifer mendengus. Dia dengar dari Diana bahawa Vlin, kekasih gelap suaminya merupakan ibu saudara kepada wanita yang berjaya mengambil hati Danny, anak lelakinya.

"What are you going to do?" Soal Diana.
Dia tahu, walaupun ramai orang cakap ibunya jahat, namun mama takkan sesekali buatkan anak-anaknya terluka. Bahkan, mama orang yang paling rasional yang dia pernah jumpa dalam hayatnya sebagai Diana Chia.

"Budak Yell tu tak ada kaitan pun dengan skandal mak sedara dia," ujar Jennifer.

Diana diam. Mama memang begitu. Mudah kesian dengan orang. Barangkali pengalaman hidup yang mengajar mama begitu. Walaupun ada kalanya mama akan bertindak kejam, tapi tidak dengan anak-anaknya.

Rasional mama, sampaikan dia boleh bertahan hidup puluhan tahun dengan lelaki yang langsung tak pernah mencintai dia. Rasional mama sampaikan dia berjaya bertahan untuk jadi menantu sulung keluarga Chia supaya anak-anaknya memegang title dalam keluarga tersebut. Walaupun tak bahagia, mama cuba jadikan mereka keluarga.

"Mama nak Diana buat apa?" Soal Diana.

"Wait and see," ujar Jennifer.

Jennifer kemudian masuk ke dalam pejabatnya. Setelah berbual dengan Diana, dia tahu sekarang anak lelakinya tak tahu apa-apa tentang skandal bapanya.
Mengenali Danny, budak itu barangkali akan marah dan bertindak terburu-buru.
Jennifer mengambil fail peribadi bewarna coklat. Maklumat peribadi Yellena tak banyak diperoleh, cuma dia tahu gadis itu budaknya baik dan bersungguh-sungguh. Setelah kematian ibu, dan bapanya menghilang (dalam fail tulis hilang), dia tinggal dengan nenek dan datuk, kemudian tinggal dengan Vlin.
Orangnya bersungguh, sentiasa cemerlang dan berusaha gigih. Melihat markah peperiksaan dan anugerahnya cukup untuk buat Jennifer puas hati dengan pilihan Danny.

Dia tak nak jadi kuno macam ibu bapanya. Paksa anak demi harta, kemudian terpaksa bertahan dalam hubungan tanpa cinta. Bagi Jennifer, dia lebih terbuka dengan sesiapapun yang anak nya suka. Dia tak mahu halang atau jadi penebat dalam arus elektrik cinta.
Jadi, dia ambil jalan tak campur sebaliknya tunggu dan lihat.

**

Melihat Danny jemput aku balik kerja dengan kereta sport hitamnya buatkan aku lompat kegirangan. Bagaikan gadis muda, aku melompat kecil untuk masuk ke kereta.

Danny pandang ke arahku melalu cermin. Aku melambai Danny walhal aku dah sampai sebelum buka pintu kereta.
Dia senyum memandang aku.

"Wah, cerianya!" Tegurnya. Aku sengih.
Sebenarnya di pejabat tadi aku tak begitu gembira. Namun, melihat Danny menjemput aku, aku rasa macam aku berada di awangan berbunga. Lain betul rasa gembira aku.
Di pejabat tadi, selain meneliti permasalahan graf menurun, aku turut memerah otak memikirkan proposal lain ataupun pelan lain yang boleh selamatkan syarikat.

Bagai telur di hujung tanduk. Peribahasa yang paling sesuai untuk syarikat kami setelah kapitalis macam Chia Storeline mula memonopoli industri perniagaan atas talian. Tambahan lagi, mereka ada support Chia Logistic yang memang kapitalis dalam syarikat penghantaran barang. Jelas, kurier kerjasama kami dengan Chia Logistik tak dapat nak bersaing secara sihat!

"Is everything okay?" Soalnya menarik tangan aku. Danny mencium tangan aku.

"Let's not think about it," kataku. Aku paksa diri untuk senyum.
"Anything you say," jawabnya.

"Nak pergi mana? Balik? Date? Makan?" Soalnya.

"Boleh drive thru Stabaq tak? I nak pergi rumah Stella," ujarku.
"You see, dia macam marah I," balasku.
"I should treat her caramel machiato," balasku.

Danny tak menjawab. Wajahnya bertukar lain. Dia urut leher sebelum senyum segaris ke arahku.
"Kena pergi rumah Stella ke?" Soalnya. Aku angguk.

"Malam ni je please. She's mad at me, I need to apologise and cheer her up," kataku. Danny diam. Aku capai tangan Danny di stereng.
"Please...." Aku merengek sebelum Danny setuju.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang