8

42 5 0
                                        

B.I - BTBT

Sedar tak sedar, sudah masuk pertengahan semester dua. Aku goyang kaki di bilik mesyuarat persatuan pelajar sambil menunggu yang lain tiba. Katanya ada mesyuarat untuk hari pelajar yang akan berlangsung di akhir semester dua. Lama betul diaorang ni. Semester ini, merupakan semester akhir untuk Samantha dan rakan-rakan. Aku agak mereka akan letak Jenny sebagai pengganti presiden pada tahun depan. Persatuan pelajar kami tak seperti universiti lain, hanya pelajar dalam kalangan persatuan pelajar sahaja yang boleh memilih untuk undi presiden. Dan, kalau kau dapat jawatan presiden, kau jugak boleh rombak sendiri kabinet persatuan pelajar.

Bunyi macam kuku besi kan? Tapi itulah hakikat. Pintu bilik mesyuarat dibuka, aku sangka pelajar senior namun hanya Ryan sahaja yang masuk.

Bajunya ringkas. Kemeja biru gelap dengan line nipis putih. Seluar slack hitam dan kemeja biru gelap itu tidak dibutang sampai habis. Bersama dengan beg lusuh askar itu dia mengambil tempat di tepi aku. Sedar tak sedar, dah lama juga aku jadi member Ryan.
Walaupun kami tak adalah rapat sangat, tapi setiap kali dia cuba nak mengorat Stella, mesti dia akan ucap hai pada aku juga. Ada juga beberapa kali dia belanja aku makan, tapi semuanya lebih ke arah rujuk aku untuk korek tahu hal Stella.

Hari ini Ryan tak pakai cermin mata. Sayangnya, aku rasa kalau dia pakai cermin mata, mukanya akan lebih kacak, macam lagi kemas. Aku membiarkan dia menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.
"Awal kelas kau habis," komennya. Aku angguk masih bersandar.
Sebetulnya aku lapar. Aku memandang ke arah papan putih dengan pandangan kosong. Kata nak mesyuarat, tapi dah berpeluh ketiak aku tunggu tapi tak mula lagi. Aku senyap sahaja, lebih suka berbual dengan diri sendiri berbanding berbual dengan manusia.

Ryan menghulurkan satu bar coklat jenama Snacky pada aku. Aku menjeling bar coklat itu, selalunya orang akan makan snek itu kalau lapar. Aku teragak-agak, namun Ryan tetap menghulurkan snek itu untuk aku.
"Kau lapar kan," katanya. Aku menjeling, lapar ni. Segera aku ambil bar coklat itu daripadanya.

"Thank you," jawabku sepatah. Ryan kemudian bersandar.
"Bila nak start ni?" Rungutnya. Sebaik sahaja dia merungut, bagaikan senior-senior kami dengar sahaja. Pintu terus terbuka. Hebat. Kalau aku tahu dari awal lagi aku suruh dia minta bagi cepat. Beberapa minit tanpa membuang masa mereka terus memulakan mesyuarat.

***
Tamat sahaja kelas, Stella segera mengekori Danny. Dia terpaksa berpisah dengan Yell kerana gadis itu sibuk dengan mesyuarat persatuan pelajar. Dan dia juga tahu, Yell tak akan sewenang-wenangnya meninggalkan persatuan itu. Walaupun mulutnya tak bersuara, dia tahu Yell sebenarnya sama sahaja dengan mereka yang lain, masuk ke dalam persatuan kerana terpaksa.

Stella sedikit beruntung kerana dia pernah belajar seni tari di sekolah dahulu, jadi di alam universiti, dia telah daftarkan diri ke kelab seni tari yang boleh dikatakan perjumpaan cuma dua minggu sekali. Jadi, dia taklah terlampau sibuk dengan kelab.

Stella mengekori Danny. Danny ringkas sahaja. Tamat kelas, dia akan melalui jalan taman tasik kampus sebelum berjumpa dengan teman wanitanya, Jessica di kantin. Mereka kelihatan mesra, dan Stella sedikit sedih dengan hal itu. Jessica juga dia kenal, pelajar batchmate mereka dari fakulti bahasa. Gadis itu pempengaruh media sosial, seperti kakak Danny, Diana Chia. Mana taknya, orangnya cantik.

Sebenarnya, dia mahu bercakap dengan Danny, mengenai Ryan.

Akhir-akhir ini, Ryan asyik mengorat dia. Stella tak mahu Danny salah faham, perasaan yang ada pada Ryan, Stella tak kongsi perasaan itu!
Namun, melihat Danny sudahpun masuk ke dalam kantin bersama teman wanita baharu, akhirnya dia mengalah. Lagipun, kalau dibandingkan dengan Jessica, Stella tak ada fanbase atau follower media sosial yang ramai macam gadis itu.

Lama dia berjalan, sampaikan ke pintu besar. Sedar tak sedar, dia cuma berjalan sendirian tanpa hala tuju.
"Cik," satu suara menyapanya. Gadis yang menegur Stella itu kelihatan polos, berpakaian kemeja kotak dan menghulurkan satu kad nama.

Stella kerutkan dahi. Dia berundur dua tapak kemudian lari, dan gadis itu masih sahaja mengejar.
***

Nak marah. Tapi kena sabar. Rasa nak marah. Tapi kena sabar.

Aku mendengar setiap minit mesyuarat yang diucapkan. Semuanya okey sahaja sehingga pelantikan komiti untuk Hari Pelajar. Sebulat suara mereka mencadangkan nama Ryan. Ryan pula, hendak tak hendak dia terpaksa bersetuju. Wajah polos macam anjing kena hujan itu menjeling aku sebaik sahaja nama dia naik.

"So, Ryan dengan Yell, anything boleh tanya Setiausaha," kata Samantha. Ryan senyum lebar, aku pula angguk faham.
Memanglah mereka akan bagi tugas pada Ryan! Dah dia seorang sahaja lelaki! Dan, aku tidak semena-mena terpalit sekali kerana aku batchmate Ryan! Helok perangai.

Perkara itu sangat mudah apabila Samantha sebutkan. Persatuan Pelajar perlu bekerjasama dengan persatuan dan kelab yang ada untuk menjalankan Hari Pelajar. Wakil komiti yang dilantik ialah Ryan, bertugas untuk memastikan kelangsungan dan perjalanan aktiviti sepenuhnya. Dengar macam mudah, tapi tugasnya berat. Tak lain tak bukan, Ryan akan bertindak sebagai pengerusi Hari Pelajar.

"One more thing Ryan! Untuk majlis perasmian, you main biola wakil pelajar untuk majlis pembukaan okey?" Soal Samantha. Ryan angguk.

Aku sudah jeling Ryan. Apa ni dari tadi asyik nama dia kena petik!Baru semester dua kot! Yang pasal hari pelajar lagi.

Walaubagaimanapun, awal lagi Samantha sudah cakap bahawa persatuan pelajar juga akan turut terlibat sama. Dia selaku wakil akan buat pesta rumah hantu, jadi ahli-ahli lain barangkali akan ikut dia.
Tapi, hal untuk kominiti, Ryan perlu cari ahli lain yang free.

"Suka hati diaorang je nak mengarah," ujarku sebaik sahaja mereka beredar, aku lihat Ryan masih lagi meneliti satu demi satu butiran mesyuarat yang setiausaha berikan. Memang la aku cakap lepas mereka semua pergi, kalau tak mesti gaduh tadi.
"Senang la cakap, dia orang buat rumah hantu. Habis labour work nak berurusan dengan orang itu orang ini, semuanya engkau," aku protes. Tetapi, protes aku melebihi sebab nama aku jugak kena petik untuk tolong Ryan.
"Kalau Samantha tak buat rumah hantu, susah jugak nak pujuk kelab lain participate," komen Ryan yang menyebabkan aku terfikir dari sudut pandang dia. Dari sudut pandang aku, Samantha cuma nak lepaskan tanggungjawab.
"And, aku kan ada kau nak tolong," dia yakinkan aku. Telan air liur jugaklah aku dibuatnya.

Tapi, bila fikir balik, nak buat rumah hantu pun perlu macam-macam.

Jadi situasi ini boleh dikatakan sebagai menang-menang.

Aku menjeling Ryan yang sedikit muram. Mesti dia penat dengan segala kerja yang berganda.

"Kalau kau sibuk biar aku buat kertas kerja," aku tawarkan diri. Contoh kertas kerja telah diberi oleh setiausaha, jadi aku cuma perlu edit dan salin balik yang mana boleh salin sahaja.
Ryan geleng.

"Ni tanggungjawab. Kita buat sama-sama," tegasnya. Aku memandang wajah Ryan, dia tersenyum tawar. Aku diam.

***
Vlin menunggu Steve di bar, seperti biasa mereka akan minum bersama pada hujung minggu. Perkenalan mereka sudah hampir setengah tahun, saling berkongsi masalah dan rasa yang sama sebagai sahabat.

Sejak mengambil tugas mereka dekorasi rumah Diana, semakin banyak peluang kerja yang dia dapat. Dan, yang paling penting dia semakin dipercayai oleh Steve. Steve bukanlah seorang yang sombong hinggakan tak boleh di ajak berbincang. Mereka berdua dalam satu sudut sedikit serupa, jadi sewaktu berbual, masing-masing saling memahami.

Tiba-tiba, seseorang menyentuh bahunya. Dia tersenyum. Belum sempat pusingkan kepala, dia sudah agak gerangan yang menegurnya.

Steve memakai baju polo sahaja. Gayanya ringkas, barangkali baru pulang dari main golf. Mereka setiap hujung minggu akan keluar minum bersama. Bagi Steve; Vlin merupakan seorang pendengar yang setia. Selain itu, Vlin juga menarik tingkahnya.
Vlin lebih banyak mendengar, dan cuba memahami masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, dia lebih suka keluar minum bersama Vlin berbanding kawan-kawan yang lain.

"You nak minum apa? I order. Hari ni I belanja, I baru dapat project besar," ucap Vlin. Steve tersenyum.
"Hari ni I tak nak minum," balasnya. Vlin kerutkan dahi, tapi masih kekal tersenyum.

"I nak ambil angin," ujar Steve.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang