122

13 2 0
                                        

Peletakkan jawatan tiba-tiba Nicholas menghuru-harakan keadaan kusut di Good System. Masuk minggu kedua, jualan kami merosot teruk. Dalam dua minggu, prestasi kami menjunam sebanyak 30%, dan paling penting, netizen mulai membanding-bandingkan kami dan Chia Storeline.

Ryan menerima surat peletakkan jawatan Nicholas. Alasannya mudah; Nicholas mahu berhenti, dia juga tak mahu menghalang.
Namun, hal itu menjadi satu beban buat Ben. Kini, dia akan bertugas sendirian mengendali sistem sekuriti atas talian. Memang Ryan banyak membantu, namun kehilangan tenaga pakar seperti Nicholas akan menjejaskan keadaan syarikat.

"Nicki ada cakap kenapa dia letak jawatan?" Akhirnya Abraham bersuara setelah dua jam mesyuarat.
Ryan senyap. Ben dan aku menanti jawapan.

"Dia cakap Chia Storeline tawarkan a better income," ujar Ryan selamba. Tersentak aku dibuatnya. Ben merengus. Abraham juga turut hela nafas.
"You just let him go like that?!" Marah Ben. Dia kemudian tunduk apabila Abraham menjelingnya. Macam mana sekalipun, CEO kepada syarikat kami masih lagi Ryan. Marah macam mana sekalipun, kami cuma pekerja Ryan sahaja.

"Honestly, aku pun tak boleh tawar amaun yang Chia Storeline tawarkan dekat dia," ujar Ryan. Kedengaran hampa, namun dia masih cuba kekal positif. Aku pandang Ryan. Dia tampak sahaja tenang, tapi aku tahu dia bagaikan laut yang sedang bergelora.

Ben mendengus.

"We better do something Pres. Otherwise, we're going to lose everything," ujar Ben lantas bangun. Abraham mendengus.

"Ryan, kau jangan ambil hati sangat dengan Ben. Budak muda, macam tu lah," kata Abraham. Dia kemudian keluar mengekori Ben. Tinggalah aku dan Ryan di dalam bilik mesyuarat.

"Lately, my life isn't smooth as it always be," katanya. Aku mengerti maksud Ryan. Mula dengan hubungan dia dengan Stella yang tergantung sepi, sampaikan keadaan pejabat yang sekarang huru-hara. Aku tahu persis, perasaan kecawa Ryan dengan takdir sekarang.
"We're gonna get through this," ujarku. Aku tekad, aku akan tolong Ryan semampu aku kali ini.
Ryan bangun dari kerusi, begitu juga aku.

Ryan pandang aku sambil tersenyum.

"Yes! Fighting!" Dia buat tangan, bersemangat.

Dia berjalan, namun tidak semena-mena dia macam nak jatuh. Pantas, aku capai lengan Ryan. Mata kami saling bertaut.
"Pres?!" Panggilku. Nak pengsan ke Ryan ni?

"Pening sikit weh," katanya. Aku senyap. Mana tak pening, gaya Ryan dah macam tiga hari tak tidur!

***

"So; I can go home earlier?" Soal Danny. Berbanding sedih, dia lebih ke arah gembira. Jujur cakap, selepas dia bercinta dengan Yellena, dia setiap hari rasa nak balik ke negaranya dan tinggalkan kerja-kerja sukarelawan. Namun, sebab tanggungjawab, dia gagahkan juga jadi sukarela.

Berita yang disampaikan ketua pasukan sukarelawan membuatkan dia bercampur baur. Pertama, dia gembira sebab dapat pulang dan berjump kekasih hati yang ditinggalkan di negaranya, kedua dia sedih sebab dia dah mulai jatuh sayang dengan kampung kecil di Afrika ini.

Lewat petang itu, Danny bermain bola dengan budak-budak kampung. Baju t-shirt pagoda putih, seluar pendek hitam dan selipar. Dengan rambut panjang ala rocks yang diikat ke belakang, sekilas dia dah nampak sebati dengan budak-budak kampung. Usai jaringkan gol, dia bergerak ke tepi padang untuk duduk dengan Veha.

"Ceeyyyy...orang tu dah boleh balik kahwin!" Sambut Veha melihat Danny. Danny sengih gembira.
Dia kemudian ambil tempat sebelah Veha dan duduk berbaring memandang langit. Di negara Afrika, awan tak banyak! Jadi, boleh nampak langit kosong yang membiru.
Veha ketawa kecil. Saat mula-mula Danny datang, dia tampak sangat macam fotografer bandar yang kaya. Tak sangka, kini dah boleh duduk berbaring dengan selipar buatan tempatan.

"I won't forget this place," ucap Danny sambil mengerling ke arah Veha.

***

"Tak...takde. Buat masa sekarang, I single lagi," jawab Stella kepada pengacara. Sambil itu, dia tekup mulut dan ketawa perlahan. Walaupun sekadar rakaman, namun dia dah biasa jalankan semuanya dalam one take! Senang! Cepat habis kerja, dia boleh cepat balik ke rumah.

Soalan pengacara mengenai status hubungan Stella dijawab dengan mudah. Memang dia single pun sekarang. Sekarang, dia dan Ryan dah sepakat untuk "pause" seketika hubungan percintaan mereka. Jadi, dia mahupun Ryan sekarang bebas untuk klaim diri mereka "single".
Ini kali pertama mereka take a breather antara satu sama lain. Sebelum ini, mereka akan gaduh-gaduh dan baik semula:
Kali ini, Ryan menghormati keputusan Stella.

Sejak ke rumah Ryan tempoh hari, Stella sendiri dah tekad yang dia tak nak keluarga Ryan berterusan perlekeh dia mahupun kerjaya ataupun keluarganya. Melihat keluarga Ryan, logik sahaja mereka akan putus dan tak berkekalan. Walaupun Ryan cuba meyakinkan, namun rasa insecure Stella masih sahaja menebal dalam diri, mereka berbeza bagaikan langit dengan bumi. Tak sama padan dan tak akan padan. Bagaikan kepingan puzzle yang salah, walaupun tak match, mereka tetap teruskan hubungan yang tak nampak penghujung tersebut.

***

Ryan pejamkan mata. Tiga hari tiga malam dia berjaga untuk memerah otak. Pelbagai laman web dan buku jadi sumber rujukan, namun dia masih tak dapat idea untuk menandingi Chia Storeline.

Tambahan, surat peletakkan jawatan Nicholas juga bagaikan halilintar membelah dunianya. Dia kini berada dalam keadaan kepenatan. Tanpa idea baharu mahupun cara untuk mengatasi Chia Storeline. Tambahan, perihal hubungan dia dengan Stella juga mendatangkan sakit kepala. Akhirnya, dia terbaring di atas kerusinya kepenatan.

Terus terang, pengalaman lampau mengajar Ryan. Masih ingat lagi kes Jean tinggalkan Team A kerana dapat peluang yang lebih baik. Begitu juga dengan Nicholas. Namun, kali ii Ryan dah cukup matang untuk menguruskannya. Nicholas ada kebolehan yang tersendiri. Gaji yang ditawarkan oleh Chia Storeline sememangnya lebih lumayan. Orang bagus macam Nicholas memerlukan dana dan sokongan yang jitu dari syarikat besar untuk memastikan bakatnya terus berkembang.

Kejadian lampau berulang kembali? Sakit kepala dia memikirkannya. Ryan tutup mata dengan lengan. Kedengaran, pintu biliknya dikuak sedikit. Barangkali Abraham, namun kepala Ryan cukup berat untuk angkat.

"Pres," suara lembut itu memanggilnya. Yellena. Perlahan Ryan buka mata, dia bangkit dari kerusi dan cuba untuk tersenyum kepada Yellena. Yellena menjegil mata, serta merta capai tisu dan berikan pada Ryan. Tanpa sedar, hidung Ryan dah mulai berdarah.

Ryan mengambil tisu dan meletakkan pada hidung yang berdarah, sementara Yellena mencapai fail untuk mengipas Ryan. Kelakar lah pulak...

"Aku okey lah," ujar Ryan. Yellena makin kuat pula mengipas Ryan.

"No! You're not!" tegasnya.Ryan memandang Yellena yang kerisauan. Perlahan, dia mencapai tangan Yellena.

"Yell, you don't have to worry about me. I'll manage," ujarnya. Yell kemudian duduk bersandar pada meja kerja Ryan.

"Truthfully speaking, I'm worried bout everything Pres," ujar Yell. Ryan mendengus.

"It'll be hard," katanya. Jeda.

"Are you going to leave to Yell?" soalnya. Yell tidak menjawab.

"If Abraham and Ben left, I think you should go with them," katanya. Yell mendengus.

"Tengoklah dulu macam mana," jawabnya.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang